Ahad, 27 Disember 2009

Suamiku & Kilang Mee

Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad nie aku jadi driver. Suamiku sibuk ngan kilang mee nya. Hari Jumaat ke pontian jumpa akak yang dah 20 tahun ada pengalaman buat mee kuning nie. Hari Sabtu sehari suntuk dia kat kilang sebab mesin membuat mee nya dah sampai. Hari Ahad sejak dari pukul 7.30 pagi pun sama juga, kami ke kilang mee, suamiku uruskan pemasangan mesin-mesin tu tak siap lagi. Pada ketika dan saat ini, suamiku masih di kilang. Aku balik dulu tadi sebelum masuk waktu maghrib. Itulah dia suamiku terlalu komited ngan kerja. Syukur Alhamdulillah projek mee kuningnya menjadi kenyataan. Semoga usahamu diberkati ALLAH dan dimudahkan segala urusanmu sayang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan