Jumaat, 26 Februari 2010

Peringatan untuk diriku

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. ( Al-Baqarah : 286 )

Selasa, 16 Februari 2010

Terkini tentang aku




Dah seminggu aku tak mencatat apa2 kat blog kesayangan aku nie. Sibuk buat tesis. Tak siap juga tesis aku tuh. Syukurlah dah tinggal bab akhir jer. InsyaALLAH dalam minggu nie siaplah tu. Azam aku next week aku nak send email kat penyelia aku untuk semakan akhir sebelum aku binding dan hantar untuk penilaian. Hari ni... mak dan ayah aku datang ke JB. Seronok aku, yang paling seronok adalah anak2 aku. Sampai jer mak dan ayah aku kat rumah aku nie... tak kering gusi anak2 aku bersembang n gelak2. Ni dah hampir kul 12 malam pun masih lagi anak pompuan aku tu bersembang ngan neneknya. Aku pulak... ni ler teringat nak update blog aku nie. Semalam aku dan anak2 gi jalan-jalan kat taman permainan. Dah lama aku tak teman anak2 aku ke taman permainan. So, semalam petang aku pun ikut ler diarang ke taman. Aku nak upload gambar kami kat taman permainan. Bila mereka buka blog aku nie... leh jadi kenang-kenangan. Memori indah antara kami.

Isnin, 8 Februari 2010

Cerita Aku

Salam sejahtera.... 03 Feb yang lalu adalah birth date anak lelakiku. Dah 12 tahun umur dia. Malam tu kami sekeluarga keluar makan. Hubby aku belanja makan " Besar punnnyaaa". Seronok anak2. Aku lagilah happy. Minggu nie aku cuti seminggu. Cuti nak siapkan tesis. Petang nie aku nak bawa anak lelaki aku buat kad pengenalan. Sukanya dia. Kalau boleh tak nak gie sekolah. Aku paksa dia gie sekolah gak. Petang, balik sekolah baru gie Jabatan Pendaftaran wat IC dia tuh. Dah lama aku tak buka blog kesayangan aku nie. Jadi hari nie ada masa sikit aku pun bukalah dan catat sesuatu. Rutin harian aku yang sibuk ngan kerja dan keluarga membuatkan aku tak sempat nak buka blog nie. Apa yang penting adalah ini blog aku, so bila-bila masa jer aku leh catat sesuatu ikut suka aku ler kan. Kepada kengkawan dan juga pengunjung2 yang singgah kat blog nie, aku ucapkan terima kasih bebanyak. Maaflah kekadang dindingnya bersawang. hehehehehe. Wassalam.