Sabtu, 14 November 2009

UiTM - Konvo tahun 2003

Satu memori yang meningkatkan semangat diriku. Walaupun aku belajar terkemudian dari usiaku yang sebenar, namun aku bersyukur kerana masih mampu bergelar graduan. Emak dan ayah.... aku tahu kepayahan kalian. Oleh itu, ku usaha untuk meraih impianku dengan usahaku sendiri. Sewaktu aku konvo, aku telah berstatus isteri dan ibu. Aku amat bersyukur kerana suami menyokong cita-citaku.

Usiaku 5 tahun


Si baju merah yang comel tu..... aku ler tu. Umur aku 5 tahun masa tu. Tepi aku tu- abang aku ( wahid ), mak aku ( Tijah ), makcikku ( Asmah ). Al-Fatihah kukirimkan untuk arwah makcikku.

Kenangan sebagai Pegawai Imigresen KP 17


Inilah gambar antara kenangan indah diriku. Memori indah ketika aku menjalani latihan di Kolej Telekom, Marang, Terengganu pada tahun 1996. "Pelatih Disiplin Terbaik". Eeeemmmm. Memang kenangan yang indah. Perkhidmatan di Jabatan Imigresen Malaysia 1996-2004, sentiasa terpahat dihatiku.

Jumaat, 13 November 2009

Sweet 17


Kenangan di zaman persekolahan. Murid kelas 5 Akaun, SMDS 1994.

Selasa, 10 November 2009

Pelangi Petang

Ku meniti awan yang kelabu
Ku tempuhi lorong yang berliku
Mencari sinar yang menerangi
Kegelapanku
Kupercaya pasti suatu masa
Sang suria kan menyinar jua
Membawa harapan yang menggunung
Bersamanya..

Engkau tiba bagaikan pelangi ( korus )
Tak bercahya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan
Hati ini....
Seharian waktu bersamamu
Tak terasa saat yang berlalu
Bagai pelangi petang kau kan pasti
Pergi jua....

Lagu nyanyian Allahyarham Sudirman Hj Arshad.

So touching n so feeling..........

Khamis, 5 November 2009

Suasana Baru

Diam tak diam dah 4 hari aku bertugas di PUSPEN Tampoi, Johor bahru. Syukur Alhamdulillah, tiada apa-apa yang menyukarkan untuk aku terus menaburkan khidmat baktiku demi negara tercinta ini. Sejak hari pertama (02hb November 2009 ) hinggalah hari ini, setiap hari ada saja program yang perlu dilaksnakan. Hari pertama ada lawatan dari pegawai & kakitangan PUSPEN Bukit Chabang, hari kedua ada lawatan dari Biro Nakoba Indonesia, Hari ketiga ada aktiviti kawad kaki kakitangan PUSPEN Tampoi, hari ini ada program gotong-royong dan ceramah motivasi di desa damai melibatkan pelatih Puspen Tampoi. hah..... tiap-tiap hari ada program. Ok ler, seronok gak, tak sunyi........ layan.......