Ahad, 26 Ogos 2012

PeLeNgKaP HiDuPkU - eReN FeAt RoMi


Mean sayang abang seikhlas hati. Dalam apa jua situasi mean tetap sayang abang. Kerana sayang ini mean tak sanggup tengok keluarga abang berpecah belah. Keluarga abang, keluarga mean juga. Sabarlah sayang dalam menghadapi ujian hidup. Anak-anak sangat penting dalam hidup kita. Mereka lah waris kita untuk mendoakan kebahgiaan kita dunia akhirat. Sekiranya kita tidak membimbing mereka dengan kasih sayang, apa nak jadi dengan mereka, mereka akan hidup dengan perasaan dendam dan marah yang tak berkesudahan. mean tetap sayang abang.

Selasa, 14 Ogos 2012

Amy Search-Tiada Lagi~lirik~


Mean terima apa jua situasi kita, kerana mean tahu siapalah kita untuk menentukan takdir kita sendiri, mean redha abang walau apa jua keadaan pun. Bukan mean merajuk hanya mean merasakan adalah lebih baik mean serahkan segalanya kepada ketentuan Allah, penyerahan ini membuatkan hati mean lebih tenang untuk menghadapi segala kemungkinan di antara kita. Sayang, kasih dan cinta mean pada abang tak akan berubah. Ianya masih tetap utuh dan teguh. Cuma segala pengharapan mean serahkan kepada ketentuan Allah. InsyaAllah kita akan dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih tenang.

Ahad, 12 Ogos 2012

ROSSA - AYAT AYAT CINTA (LYRICS)


Aku hanya mampu berserah kepada Allah tentang perasaan kasih, sayang dan cinta antara kita. Tiada daya upaya kita untuk menentukan mana arah tujunya tanpa keizinan dari NYA.

Motif Band - Tuhan Jagakan Dia with lirik


Abang call mean dan abang cakap " abang rindu mean sangat, abang sayang mean lah". Tak der apa mean boleh katakan.... mean lai rindu kat abang.... mean tahan jer... macam mana pun mean rindu abang...mean kena bertahan...tahan sendiri. Mean sayang abang. Apapun mean kena bertahan dan serah segalanya kepada ketentuan Allah.

Rabu, 8 Ogos 2012

Rossa Takdir Cinta


Ya Allah...tuntunlah hatiku agar aku tak terus terjerumus pada dosa. Ujian yang aku rasa aku sudah terlalu lemah untuk menghadapinya. Ya Allah... bantulah hambamu yang lemah dan hina ini.

Isnin, 6 Ogos 2012

Inginku Sandarkan Harapan = Hetty Koes Endang


Alhamdulillah...hari ini kekerohan yang berlaku antara kita telah kembali jernih. Mean sayang dan rindu abang sangat. Abang mula call tadi pagi....hati mean yang kosong telah terisi semula. Kemudian abang sama " Mean tau x betapa abg sayang n rindu mean sgt2....mean tau x ptg jmaat bila mean call abang jd gabra takut mean apa2..... mean tau x abg sayang n nk mean ada kat abang slalu? Mean tau x? Mean rasa ke?.... mean jawab " mean tau n mean rasa sangat coz mean pun sama".
Abang sms " Confirm eh x cari orang lain".
" Mean cuma ada abg. Kesilapan paling besar dlm hidup adalah mean berkasih dgan abg. Cukuplah silap sekali. Tak mau nak silap dua kali. Pahit, sakit, duka, suka, gembira, bagahia, sisa kasih dan cinta hanya utk abgsbelum hati menjadi umpama kayu mati.
InsyaAllah. Kesilapan ini tak akan berulang utk orang lain. Cukuplah abang seorang yang terkahir. Kasihmu ku bawa ke mati. Suka, duka, luka dan bahagia di hatiku ku pendam semuanya kerana sayangku padamu."

Ahad, 5 Ogos 2012

Yang terindah hanya sementara


Beronak berliku jalan ku lalui, selagi berupaya ku teruskan. .......Sangat merinduimu....tidak pernah aku merasakan perasaan yang teramat rindu sebegini....umpama jasad tak bernyawa. Walaupun saat yang terindah hanya sementara...itu sudah cukup untuk aku kuatkan semangat meneruskan perjuangan hidup ini. Aku yakin Allah lebih menyayangi diriku ini, sebab itu ujian sebegini hadir dalam hidup. "Mean sayang abang, mean rindu abang".  Mean serahkan perasaan kasih, sayang dan cinta ini kepada Allah semula kerana hadirnya perasaan itu adalah atas keizinan NYA jua.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Andai Ku Miliki Semalam


Sayang.......kerana kerinduan yang terlampau...ku buang segala ego dan kelukaan hati... aku menghubungimu untuk menyatakan "mean rindu abang sangat"...aku terpaksa meluahkannya... aku tak mampu membendung kerinduan itu lagi di dalam hatiku...umpama empangan yang menampung arus deras... empanganku tidak kukuh sayang.... air mataku deras mengalir.... aku kerinduan. Degupan juntungku sangat kencang kerana terlalu merinduimu.. sungguh aku insan yang lemah... ku pohon kekuatan dari Tuhan... akhirnya jalan yang ada untuk mengurangkan beban adalah menghubungimu dan meluahkan "aku kerinduan" ....hinakah aku?.....Semoga Tuhan mengampuni dosa-dosaku.

Khamis, 2 Ogos 2012

DiRantai DiGelangi Rindu


Abang....walaupun terluka kembali hatiku ini...kerana kasih, sayang dan cintaku padamu...aku pasrah.
Katalah sesuka hati terhadapku " keras kepala, hati berkarat, tak sedar diri, tak ada otak, penggor" memang perit apabila insan yang aku sayangi mengeluarkan kata-kata hinaan sebegitu. Namun... aku hanya manusia biasa, siapa aku untuk berdendam dan menyimpan marah padamu... aku biarkan dan lepaskan kesedihan ini bersama rasa marahku di angin lalu....biarlah ianya berlalu pergi... dan yang tinggal di hatiku adalah perasaan kasih, sayang dan cinta anugerah Illahi. Sekali kasih, sayang dan cinta bertamu di hati..... ianya akan kekal di situ selamanya.