Jumaat, 30 Oktober 2009

Selamat Tinggal AADK Johor Bahru


Hari ini hari terakhir aku berkhidmat di AADK Johor Bahru. Pagi tadi last aku attend meeting ngan staf AADK Johor Bahru. Selamat tinggal kawan-kawan. Selamat tinggal adikku Mariam. Thanks banyak bantu aku selama nie... Sedihnya aku last punch kad pukul 5.20ptg tadi. Mulai 02hb November, aku mula bertugas di tempat baru. Apun aku bersyukur kerana aku tak jadi tukar ke Mersing. Aku tukar dekat jer kat PUSPEN Tampoi. Eeemmmm..... dah tiga tahun aku tak bertugas di sana. Berdebar juga rasa. Tak per demi untuk negara tercinta, aku sedia berkhidmat.














Kisah di sebalik mee

Ini gaambar mee ( semua orang tau ). Sajer jer aku nak bagitau lai. Istimewanya mee nie, hubby aku wat sendiri. Dua hari nie dapur aku dah jadi lab. Dia test wat mee coz dia dapat job baru berkaitan mee. Hubby aku nie kejanya selain dari repair komputer dia juga adalah consultant business member2. Sejak dia kehilangan kaki kanannya , nielah keja nie. Kali nie dia dapt job berbaloi. Member offer dia handle kilang buat mee. Dia nie dulu Food Teknologi Degree, so dia tau la pasal benda2 makan nie. Mee kat atas tu dia buat tak guna mesin apa pun. Dia wat secara tradisional, katanya nak test jer dulu sebelum kilang sebenar operasi. Sedap gak mee yang dia wat. Petang tadi aku goreng mee tu, siap hias-hias lai. Sodap........ tuh. Suamiku hai suamiku. Banyaknya ALLAH bagi kelebihan dan kepandaian. Syukur Alhamdulillah.

Rabu, 28 Oktober 2009

Memori silam yang indah di SMDS



Di kiri dan kanan nie adalah schoolmate aku masa tingkatan 4 & 5 di Sek. Men. Dato' Sulaiman, Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Gembiranya aku sukar untuk digambarkan bila dapat berhubung dengan diarang semula setelah hampir 15 tahun kitarang terpisah ( Last 1994 - SPM ). Syukurlah zaman sekarang nie kemudahan ICT dah membangun di Malaysia. Aku jumpa balik diarang nie kat facebook. ALLAH........ sukanya aku. Diarang berdua nie memang istimewa, mana taknya..... diarang kahwinn ngan couple yang sama sejak sekolah. Kiranya cinta monyet dah jadi cinta gajah. Yang gambar dengan anak tu namanya Mastikawani Binti Maslan, suaminya pun schoolmate kitarang namanya Rahim. Yang gambar berdua nie namanya Siti Aminah Binti Masro, suaminya nama Zaidi, samalah schoolmate gak. Bila tengok gambar diarang nie automatik sweet memory di SMDS bermain balik dalam kotak fikiran aku. Wahai kawan...... semoga korang bahagia berkekalan dan ceria selalu.

Selasa, 27 Oktober 2009

Teman Sejati

Ini adalah antara teman-teman seperjuangan di USM selaku pelajar jarak jauh. Kami jumpa di USM setahun sekali ketika Kursus Intensif. Dalam video ni pun ada gak gambar kakak dan anak sedara aku. Tahun nie aku tahun akhir. InsyaALLAH 30 November - 20 Disember 2009 ( Intensif di USM ) nie dapat lagi aku jumpa ngan diarang nie.

Kisah Aku & Dia



Inilah suamiku. Gambar yang ramai-ramai tu diambil pada Hari Raya Aidilfitri 2009. Sebelah suamiku adalah mak sedara dia. Sebelah tepi sekali tu adalah mak mertua aku, Puan Sa'adah. Gambar aku ngan suami aku tu anak aku -Hafizah, amik pagi nie 27.10.2009. Anak aku kata.... "Eh eh, abah dah ada kaki semula la". Gelak aku ngan laki aku dengar dia kata gitu. Aku pun apa lagi terus amik kamera minta anak aku tu amik gambar. Suamiku hari nie ada appointment pasal business ngan kawan dia. Tu yang pasai smart. Kalau tak, pakaian hari-hari dia cam dalam gambar raya tu ler.
Sebenarnya dulu suami aku adalah seorang yang sempurna sifat fizikalnya. Masa dia ngorat aku, dia masih mempunyai anggota yang cukup. Dia tu dulu bos aku. Dia ditimpa kemalangan pada tahun 1998. Masa tu aku sedang cuti bersalin. Anak sulung kami masa tu baru berusia 40 hari. Hanya ALLAh sahaja yang tahu betapa sedihnya hatiku apabila mendapat panggilan dari seseorang yang tidak dikenali mengatakan suamiku berada di hospital 'koma'. Sejak itu juga berlaku perubahan besar dalam hidup kami. Aku hanya mampu bertawakal kepada ALLAH di atas segala apa yag berlaku. Bergegas aku ke Hospital Sultanah Aminah membawa bayi yang berusia 40 hari untuk melihat ayahnya. Waktu itu aku tiada sesiapa untuk kupohon bantuan pergi ke Hospital. Maklum sahaja saudara mara kami jauh. Keluargaku di Batu Pahat, keluarga suami di Perak. Maka terpaksa aku menggagahkan diri untuk melawat suami di Hospital bersama bayiku sahaja dengan kadar segera. Sampai sahaja di hospital, kulihat suamiku terkulai layu tidak bermaya. Doktor maklumkan untuk melakukan pembedahan, dan waktu itu juga doktor menyatakan harapan untuk suamiku adalah 50-50. Aku berdoa tidak putus-putus. Airmata tumpah kalau ditadah berbaldi-baldi rasanya. Aku berdoa " Ya ALLAH! sekiranya hidupnya membawa kebaikan, panjangkanlah usianya, jika hidupnya kelak membawa kemudharatan aku redha KAU ambil nyawanya ya ALLAH". Syukur Alhamdulillah, pembedahan ke atas suamiku semuanya selamat. Dan aku yakin, nyawa di jasad suamiku yang ALLAH beri adalah membawa kebaikan. Aku yakin dengan doaku yang telah dimakbulkan ALLAH. Syukur Alhamdulillah. Sejak itu, aku tidak menoleh kebelakang lagi, sedaya upaya aku memberikan moral support kepada suamiku. Diperingkat awal dia kehilangan kaki kanannya sehingga atas paras lutut, adalah satu hal yang amat sukar untuk dirinya. Semangat dirinya jatuh, hidup baginya kabur. Dia hilang kaki, hilang pekerjaan. Ku tiupkan semangat dalam dirinya, kunyatakan " Abang ada MIN & HAFIZ ". Kami perlukan abang untuk bersama-sama kami.
Hampir setahun kami terpisah, suamiku dijaga ibunya di Tapah, Perak. Aku dan anakku tinggal di Johor Bahru. Setiap bulan aku ambil cuti untuk datang berjumpa suamiku di Perak dengan menaiki keretapi, stesen KTMB Johor Bahru - Tapah. Perhubungan awam ini memudahkan aku melawat suamiku setiap bulan. Aku tidak kisah dengan kepayahan itu, yang penting hatiku puas dapat memberi moral support dan dapat berjumpa dengan insan yang aku sayang, kasih dan cinta selamanya. setelah suamiku benar-benar sembuh dan semangat dirinya sudah mula meningkat, kami kembali hidup sebumbung di Johor Bahru. Syukur Alhamdulillah, ujian itu dapat kami hadapi dengan tabah.
Itu kisah 11 tahun yang lalu. Susah memang susah. Namun aku amat bersyukur kerana di dalam kepayahan itu, ALLAH memberikanku kecekalan dan ketabahan hati untuk menghadapinya.
Aku bersyukur ALLAH masih panjangkan jodoh kami hingga ke hari ini. Walau apapun cabaran, rintangan dan dugaannya, Semoga jodohku bersama suamiku kekal dunia dan akhirat.
" Suamiku, selagi kau masih mahu aku menjadi isterimu, selagi itulah aku akan terus berkhidmat sebagai seorang isteri, semoga khidmatku untukmu dapat kau terima seikhlas hati kerana aku insan yang banyak mempunyai kelemahan dan kesilapan. Bimbinglah aku, pimpinlah aku untuk terus melangkah di dunia yang fana ini menuju ke destinasi yang diredhai Rabbul Izzati ( ALLAH pemilik segalanya )."


Ahad, 25 Oktober 2009

Pendidikan Pencegahan Dadah- KEM PIP 2009


Kem PIP ( Program Intervensi Pelajar ) 2009, anjuran AADK Daerah Johor Bahru dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, Kulaijaya, Pasir Gudang. Terima Kasih yang tidak terhingga kepada semua urusetia, fasilitator dan juga semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam menjayakan program ini. Semoga usahama kita dapat diteruskan lagi pada masa akan datang demi untuk anak bangsa kita- Malaysia. InsyaALLAH.
( Gambar , Barisan urusetia & fasilitator -Baju Hijau. Barisan peserta Kem PIP - Baju Kuning )

Sabtu, 24 Oktober 2009

Happy B'day 2 U Sayang


Selamat menyambut ulang tahun kelahiran ke 48 sayang. Tiada kata yang dapat kusampaikan, tiada hadiah istimewa yang dapat kuberikan. Hanya ingin kunyatakan bahawa " Sayang selalu, bahagia selamanya " untuk dirimu insan paling istimewa dalam diriku. Bimbingan dan kepimpinanmu amat diharapkan sehingga akhir hayatku. Kesabaran dan ketabahanmu membimbing diriku hanya ALLAH yang maha mengetahui dan membalas jasamu. Aku sayang padamu. Semoga jodoh kita berkekalan dunia dan akhirat. Tanpamu jiwaku kosong. Setinggi gunung harta sekalipun tidak akan sama dengan setitik kasih yang kau telah tanamkan di dalam hatiku. Perjalanan hidup ini masih jauh, aku amat memerlukan dirimu untuk sampai ke destinasi yang diredhai ALLAH. Kasih sayangmu tulus dan suci. Semoga kesucian itu akan menenggelami kekaburan dan kekalutan dunia khayalan ciptaan manusia. Jujurku nyatakan, dirimu amatku perlukan untuk kebahagian hidup dunia dan akhirat.

Semalam yang berlalu

Diam tak diam dah hampir 2 bulan aku tak mencatat sesuatu di laman blog nie. Tak berkesempatan. Hari nie, aku terasa sangat nak masuk blog nie. Rindu giler la senang cakap. Terima kasihlah kepada Puan Wan Salmah, guru dari Negeri Sembilan yang sudi menjadi rakan baru dalam blog aku nie. Terima kasih ya. ..... Hari nie ada berita gembira dan sedih nak aku catatkan di blog aku nie. Gembiranya ialah aku dah dapat surat tawaran kenaikan pangkat. Syukur Alhamdulillah. Sedihnya ialah aku kena posting kat Mersing. Peehhhh.... jauh tu. Kusut juga aku, ada juga rasa nak tolak jer promotion nie. Mujurlah suami memberi moral support. Moral support dia pun aku tak sanggup nak tinggal dia dan anak-anak kat JB nie. Nak pindah semua ke Mersing pun tak berbaloi, kat JB nie rumah sendiri ada. Huby aku lak memang dah ada kerja kat JB nie. Kalau kat mersing, bakal makan ikan masin jer lah kami..... Sabar, tawakal, ikhtiar dulu. InsyaALLAH ada jalan keluar. Nak lapor diri 02hb November nie. Tak per lah, relak dulu. Rezeki untuk keluarga kami. Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal ( DUIT ).