Ahad, 18 November 2012

Khamis, 18 Oktober 2012

Ku lepaskan lelahku dibahumu

Abaaannnggggg....hari ini mean menangis dan meluahkan perasaan sepuas-puasnya dalam pelukanmu. Mean tak tahu sampai bila mean mampu bertahan menghadapi ujian ini. Dalam dakapan abang, mean rasa amat disayangi, mean menangis di bahu abang....abang hanya membisu sambil tangan membelai mean tanpa henti. Mean tahu abang terlalu menyayangi dan mengasihi mean.Abang tak suka tgok mean menanggis, tapi hari ini mean dah tak mampu nak tahan lagi...mean luahkan segala yang terbuku di hati. Bukan bermaksud mean menyalahkan takdir dan tak redha di atas ujian Tuhan, hanya sekadar melepaskan bebanan perasaan ini kepadamu sayang. Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar setia. Mean amat bersyukur atas kurniaan Tuhan, menjadikan dirimu peneman setiaku di saat duka, kecewa dan juga disaat gembira dan bhgiaku. Terima kasih Allah. Syukur Alhamdulillah. Benar....selepas mean meluahkan segala yang terbuku di hati...lega rasanya...terlena kita bersama dalam dakapan abang yang sungguh membahagiakan.
http://www.youtube.com/watch?v=02SCOpu3jP4

Sabtu, 13 Oktober 2012

Kau Tak Pernah Jauh


Abang.....abang tak pernah jauh dari hati mean. Walau seribu liku didepanku, akan tetapku tempuh untuk bersamamu sayang. Walau ada ketikanya mean terpaksa menunggu abang...mean redha...mean ikhlas sayang abang dan sentiasa bersedia khidmat untuk abang. Kerana kau membuat hidup ini lebih bererti . Semoga Allah terus mengizinkan untuk kita kekal bersama.

Aktiviti bersama

Setelah setahun bertangguh...akhirnya hari ini tertunai juga hajat abang untuk mengecat rumah kita. Alhamdulillah...cantik dah rumah kita sayang. Bahagianya kita hari ini...abang cat rumah...mean mengemas rumah...nampak lah seri rumah kita.....siap jer kerja..macam biasalah...berehat lah kita...melelapkan mata. Hujan pulak diluar sana...sedar2 dah azan asar...cepat2 bersiap...abang dah lapar.... mean tak masak..jom gie makan. Indahnya hidup ini. Terima kasih Tuhan kerana memberikan nikmat bahagia ini kepada kami. Semoga niat suci kami dikabulkan jua....dan  kami akan kekal bahagia bersama begini selamanya dunia akhirat. Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah, kabulkan lah doa kami agar kami tetap bersama dan menjadi insan yang soleh & solehah, hidup dirahmati dan diredhai olehmu Ya Allah. Hanya kepadamu kami menyerahkan segalanya dan kepadamulah kami berharap Ya Allah.

Rabu, 10 Oktober 2012

Muara Hati


Abang sayang mean. Setiap hari itulah ucapanmu terhadapku abang. Semoga kita kekal bahagia bersama dunia akhirat.

Isnin, 1 Oktober 2012

Kisah Kasih Kita-1436666

Abang...mean tak mahu meletakkan harapan yang tinggi tentang hidup kita. Apa yang mean mampu lakukan adalah melalui perjalanan hidup ini sekadarnya. Sekadar meneruskan kelangsungan hidup. Acapkali mean beritahu abang, mean tak akan pernah paksa abang untuk membuat apa-apa keputusan tentang kita. Kuat jodoh kita maka teruslah kita bersama, tiada jodoh kita , usaha macam mana pun kita pasti akan berpisah jua. Semuanya di bawah urusan dan pengetahuan Allah, Tuhan semesta alam. Mean seringkali cuba mengocak hati abang "andainya mean tiada, harap abang masih dapat membina bahagia". Cepat-cepat abang tutup mulut mean, "abang tak fikir tu semua sayang, yang abang fikir, abang nak hidup bersama sayang". Abang....mean dapat rasa kasih sayang abang pada mean, semoga kasih sayang itu hanyalah sekadarnya, mean mahu kasih sayang abang pada Allah mengatasi kasih sayang abang pada mean. Mean hanya seorang wanita yang lemah dan jahil. Hidup ini hanya pinjaman dari Illahi sayang, mean tak layak untuk menerima kasih sayang yang terlalu mendalam dari abang, Allah milik segalanya sayang. Mean pasrah abang, apa jua ketentuan Allah berkaitan kita, mean redha. Mean redha sepertimana mean redha melalui kehidupan mean sebelum ini. Mean amat bersyukur dengan nikmat kasih, sayang dan cinta pinjaman dari Allah ini, mean bersyukur sangat atas anugerah ini. Dijumpakan mean dengan abang, ditakdirkan mean berkasih, bermanja dan bercinta dengan abang. Namun, mean kena sentiasa beringat bahawa abang adalah pinjaman dari Yang Maha Esa, oleh itu mean sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan pun. Abang...demi Allah, mean ikhlas menyayangimu. Hanya pada Allah kuserahkan kembali kasih, sayang dan rasa cinta ini agar kita tetap berada di jalan kehidupan yang di redhai NYA. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita, hambanya yang lemah dan jahil. Sama-samalah kita sentiasa berdoa dan berusaha abang. Agar kasih, sayang, cinta ini memberikan kebahagiaan hidup kita di dunia dan akhirat. Andainya salah seorang dari kita pergi dahulu menghadap Illahi, maka salah seorang yang masih hidup teruskanlah perjuangan hidup ini dan berdoalah agar Allah ampunkan dosa-dosa kita. Mean sangat bahagia bersama abang, namun apakan daya, Allah maha mengetahui segalanya. Terima kasih kerana di ruang kehidupan mean yang sementara ini, mean dipertemukan dengan abang, seorang insan yang melengkapi naluri kehidupan mean sebagai seorang wanita. Mean sayang abang sangat. Sepertimana abang selalu menyatakan dan membisikkan ditelinga mean sambil mengucup pipi dan dahi " abang sayang mean sangat tau" mean kena tahu tu " abang sayang mean". Sungguh menyentuh hati ini sayang. Kasih sayangmu tidak dapat menandingi kasih sayang Allah kepadaku. Ku mohon ampun dan maaf diatas kesalahanku padamu abang. Doakanlah mean selalu, mean juga selalu mendoakan kesejahteraan abang dan insan2 lain yang pernah hadir dalam hidup ini. Mean sayang abang. Namun Allah lebih menyayangiku dan menyayangimu sebab itu ujian ini kita perlu tempuh dengan sabar, tabah, redha dan tawakal. InsyaALLAH. Allah maha pengampun, Allah maha penyayang, Allah mengetahui segalanya. Jangan kita cepat berputus asa dan kecewa, tidak hanya di dunia, mohonlah kita jumpa di akhirat.

Ahad, 30 September 2012

Secebis Harapan


Aku hanya mampu berdoa pada Tuhan dan berserah segalanya kepada NYA.

Selasa, 25 September 2012

Jom.....Bowling.

Sayang.... hari ini kita cuti bersama. Mean ajak abang gie main bowling. Abang kata tak pernah main. Tak per lah...jom. Abang ikut jer. Waaaahhhhh.... bila dpt bola... boleh jer main. Walau masuk longkang...tak per lah sayang. Mean pun kadang2 ke longkang jugak. Sweet.... my lovely .... abang kata ...kenangan terindah main bowling ngan mean hari ini. Lagi n lagi " Abang sayang mean, mean kena tau tu, abang memang sayang mean sangat". i love u to so much. Thanks for loving me darling. Sweet memories n happy day together.

Ahad, 26 Ogos 2012

PeLeNgKaP HiDuPkU - eReN FeAt RoMi


Mean sayang abang seikhlas hati. Dalam apa jua situasi mean tetap sayang abang. Kerana sayang ini mean tak sanggup tengok keluarga abang berpecah belah. Keluarga abang, keluarga mean juga. Sabarlah sayang dalam menghadapi ujian hidup. Anak-anak sangat penting dalam hidup kita. Mereka lah waris kita untuk mendoakan kebahgiaan kita dunia akhirat. Sekiranya kita tidak membimbing mereka dengan kasih sayang, apa nak jadi dengan mereka, mereka akan hidup dengan perasaan dendam dan marah yang tak berkesudahan. mean tetap sayang abang.

Selasa, 14 Ogos 2012

Amy Search-Tiada Lagi~lirik~


Mean terima apa jua situasi kita, kerana mean tahu siapalah kita untuk menentukan takdir kita sendiri, mean redha abang walau apa jua keadaan pun. Bukan mean merajuk hanya mean merasakan adalah lebih baik mean serahkan segalanya kepada ketentuan Allah, penyerahan ini membuatkan hati mean lebih tenang untuk menghadapi segala kemungkinan di antara kita. Sayang, kasih dan cinta mean pada abang tak akan berubah. Ianya masih tetap utuh dan teguh. Cuma segala pengharapan mean serahkan kepada ketentuan Allah. InsyaAllah kita akan dapat menjalani kehidupan ini dengan lebih tenang.

Ahad, 12 Ogos 2012

ROSSA - AYAT AYAT CINTA (LYRICS)


Aku hanya mampu berserah kepada Allah tentang perasaan kasih, sayang dan cinta antara kita. Tiada daya upaya kita untuk menentukan mana arah tujunya tanpa keizinan dari NYA.

Motif Band - Tuhan Jagakan Dia with lirik


Abang call mean dan abang cakap " abang rindu mean sangat, abang sayang mean lah". Tak der apa mean boleh katakan.... mean lai rindu kat abang.... mean tahan jer... macam mana pun mean rindu abang...mean kena bertahan...tahan sendiri. Mean sayang abang. Apapun mean kena bertahan dan serah segalanya kepada ketentuan Allah.

Rabu, 8 Ogos 2012

Rossa Takdir Cinta


Ya Allah...tuntunlah hatiku agar aku tak terus terjerumus pada dosa. Ujian yang aku rasa aku sudah terlalu lemah untuk menghadapinya. Ya Allah... bantulah hambamu yang lemah dan hina ini.

Isnin, 6 Ogos 2012

Inginku Sandarkan Harapan = Hetty Koes Endang


Alhamdulillah...hari ini kekerohan yang berlaku antara kita telah kembali jernih. Mean sayang dan rindu abang sangat. Abang mula call tadi pagi....hati mean yang kosong telah terisi semula. Kemudian abang sama " Mean tau x betapa abg sayang n rindu mean sgt2....mean tau x ptg jmaat bila mean call abang jd gabra takut mean apa2..... mean tau x abg sayang n nk mean ada kat abang slalu? Mean tau x? Mean rasa ke?.... mean jawab " mean tau n mean rasa sangat coz mean pun sama".
Abang sms " Confirm eh x cari orang lain".
" Mean cuma ada abg. Kesilapan paling besar dlm hidup adalah mean berkasih dgan abg. Cukuplah silap sekali. Tak mau nak silap dua kali. Pahit, sakit, duka, suka, gembira, bagahia, sisa kasih dan cinta hanya utk abgsbelum hati menjadi umpama kayu mati.
InsyaAllah. Kesilapan ini tak akan berulang utk orang lain. Cukuplah abang seorang yang terkahir. Kasihmu ku bawa ke mati. Suka, duka, luka dan bahagia di hatiku ku pendam semuanya kerana sayangku padamu."

Ahad, 5 Ogos 2012

Yang terindah hanya sementara


Beronak berliku jalan ku lalui, selagi berupaya ku teruskan. .......Sangat merinduimu....tidak pernah aku merasakan perasaan yang teramat rindu sebegini....umpama jasad tak bernyawa. Walaupun saat yang terindah hanya sementara...itu sudah cukup untuk aku kuatkan semangat meneruskan perjuangan hidup ini. Aku yakin Allah lebih menyayangi diriku ini, sebab itu ujian sebegini hadir dalam hidup. "Mean sayang abang, mean rindu abang".  Mean serahkan perasaan kasih, sayang dan cinta ini kepada Allah semula kerana hadirnya perasaan itu adalah atas keizinan NYA jua.

Jumaat, 3 Ogos 2012

Andai Ku Miliki Semalam


Sayang.......kerana kerinduan yang terlampau...ku buang segala ego dan kelukaan hati... aku menghubungimu untuk menyatakan "mean rindu abang sangat"...aku terpaksa meluahkannya... aku tak mampu membendung kerinduan itu lagi di dalam hatiku...umpama empangan yang menampung arus deras... empanganku tidak kukuh sayang.... air mataku deras mengalir.... aku kerinduan. Degupan juntungku sangat kencang kerana terlalu merinduimu.. sungguh aku insan yang lemah... ku pohon kekuatan dari Tuhan... akhirnya jalan yang ada untuk mengurangkan beban adalah menghubungimu dan meluahkan "aku kerinduan" ....hinakah aku?.....Semoga Tuhan mengampuni dosa-dosaku.

Khamis, 2 Ogos 2012

DiRantai DiGelangi Rindu


Abang....walaupun terluka kembali hatiku ini...kerana kasih, sayang dan cintaku padamu...aku pasrah.
Katalah sesuka hati terhadapku " keras kepala, hati berkarat, tak sedar diri, tak ada otak, penggor" memang perit apabila insan yang aku sayangi mengeluarkan kata-kata hinaan sebegitu. Namun... aku hanya manusia biasa, siapa aku untuk berdendam dan menyimpan marah padamu... aku biarkan dan lepaskan kesedihan ini bersama rasa marahku di angin lalu....biarlah ianya berlalu pergi... dan yang tinggal di hatiku adalah perasaan kasih, sayang dan cinta anugerah Illahi. Sekali kasih, sayang dan cinta bertamu di hati..... ianya akan kekal di situ selamanya.

Rabu, 25 Julai 2012

Kenangan Kita







Kasut baru abang belikan


Hari ini abang ajak gie AEON Bukit Indah. Mean kena tau abang sayang mean sangat. Mean kata nak beli kasut, jom kita tengok kasut. Maka bermulalah agenda window shoping kat sana. Dari satu kedai ke satu kedai... perrrgggghhhh payah gak nak cari yang sesuai dengan kaki bentuk "B" nie. Selalu beli kat Bata jer bang,... alahai....Bata...katanya. Eeeeemmmm. Dah memang kasut Bata jer yang kaki mean sesuai. Memandangkan abang beriya2 nak belikan gak kasut untuk gie interview nie...layan jer lah. Akhirnya dah jenuh try byk kasut... dapat gak kasut yang sesuai dikaki dan juga dimata abang sayang nie. Nah...amik ko...bayo ler kasut mean tu ....tak lah mahal kan RM79.90 ada diskaun 20%. Murahnya kata abang...amboi abang aku..... apa pun... mean sangat menghargai pemberian abang. Abang tak belikan apa2 pun mean memang sayang abang. Nie main beli2kan barang pulak nie....alahai...lagilah mean sayang, sayang, sayang, sayang,sayang..... sangat. Thanks my love.

Ahad, 22 Julai 2012

Jangan Pisahkan-deddy dores & mayang sari


Petang jumaat ari tu....abang call..."Sayang dengar lagu nie, abang suka sangat lagu nie, lagu nie untuk kita, abang sayang mean sangat, mean kena tau tu"..... Mean pun sayang abang.

Ahad, 15 Julai 2012

Tentang Rasa - Astrid


Dapatkah selamanya kita bersama, menyatukan perasaan kau & aku.....

Ahad, 8 Julai 2012

Kenangan Program SHIELDS 15-18 Jun 2012



Memory Bahagia




Sayang...... abang sayang sangat mean. Sambil didakap dalam pelukannya. Aku terbuai dalam indahnya cinta, kasih dan sayang. Terima kasih sayang. 5/7. Memori bahagia kita cipta lagi... Restoran saujana kemudian malam di kawasan Pengerang, mula-mula ke Tg. Balau... terus ke Desaru...akhirnya ke Tg. belungkor depan pengkalan TUDM kita lepak jap di situ...." ASbang nak tunjuk pemandangan cantik kat mean... cantik kan sayang" Ya, sungguh cantik dan indah bersamamu sayang. Terima Kasih Abang kerana sedaya upaya cuba membahagiakan dan menceriakan hatiku. Motto " membahagiakanmu sepanjang hayat" telah sedaya upaya kau penuhi. Semoga Allah mengizinkan segalanya sayang.

Memory Indah Bersamamu









Perjalanan di mulai dari Johor bahru ke Genting Highland, petang menuju ke Melaka, selepas maghrib menyusuri sungai Melaka menaiki Feri, turun feri naik beca pulak. Sangat Romantik, sungguh indah hidup berpasangan. Seharian kami bersama...andainya waktu itu dapat diulang semula, seolah-olah aku tak mahu ianya berlalu. Biarlah setiap hari, hari-hari yang kami lalui bersama. Abang sayang sangat mean, itulah ayat yang diulang-ulang tanpa jemu. 30/6. Ya  Allah! berilah kami peluang untuk bersama di dunia dan akhirat. Terima kasih Ya ALLAH atas kebahagiaan yang sementara ini. Sungguh aku bersyukur dengan nikmatmu.

Cinta Setengah Mati - Indah Dewi Pertiwi


Khas ditujukan untuk insan yang ku sayangi.

Selasa, 19 Jun 2012

Akur Janji - Edie & Wanie [Lirik]


Kekasihku...... hidup ini sungguh indah dan bahagia bersamamu. Tanpamu kekosongan melanda jiwaku.

Cinta Setengah Mati


Kepada suami dan anak-anakku, setengah matiku korbankan, apapun ku sanggup lakukan demi kalian. Kalian adalah semangatku.

Ahad, 13 Mei 2012

Selamat Hari Ibu

Dah malam baru dapat bagi bunga kat mama - kata anak aku. Huhuhuhuhu sungguh terharu, seharian tunggu masa sesuai nak bagi bunga kat mama dia yg bz.... over bz ler dah nie. Love u always. Lai terharu nila dia kata, masa mama gie program t...adi, adik n abah gie tgok abang Hafiz kat asrama, dia pun kirim salam kata " Selamat Hari Ibu". Moralnya - tema hari ibu 2012 " Ibu berkerjaya sentiasa di sisi " eeemmmmm sesuai jika di tambah "sentiasa di hati ".

Sabtu, 7 April 2012

07.04.2012, lawatan PM di Batu Pahat

Kenangan sempena Program lawatan Perdana Menteri ke Batu Pahat pada 07.04.2012. Tak dapat gambar dengan Pm dapat pose dengan Dato' Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri pun ok gak.




 Member ni minat sangat dengan ex-menteri nama Chua Sui Lek. hahahahahha

Isnin, 2 April 2012

Birthday Mama, 30.03.2012

Terima kasih kepada suamiku dan anak-anak yang bersusah payah beli kek dan sambut Birthday mama. Kita makan bersama dalam suasana yang harmoni. Sayang kamu semua dunia akhirat.



Birthday Hafizuddin pada 03.02.2012