Isnin, 1 Oktober 2012

Kisah Kasih Kita-1436666

Abang...mean tak mahu meletakkan harapan yang tinggi tentang hidup kita. Apa yang mean mampu lakukan adalah melalui perjalanan hidup ini sekadarnya. Sekadar meneruskan kelangsungan hidup. Acapkali mean beritahu abang, mean tak akan pernah paksa abang untuk membuat apa-apa keputusan tentang kita. Kuat jodoh kita maka teruslah kita bersama, tiada jodoh kita , usaha macam mana pun kita pasti akan berpisah jua. Semuanya di bawah urusan dan pengetahuan Allah, Tuhan semesta alam. Mean seringkali cuba mengocak hati abang "andainya mean tiada, harap abang masih dapat membina bahagia". Cepat-cepat abang tutup mulut mean, "abang tak fikir tu semua sayang, yang abang fikir, abang nak hidup bersama sayang". Abang....mean dapat rasa kasih sayang abang pada mean, semoga kasih sayang itu hanyalah sekadarnya, mean mahu kasih sayang abang pada Allah mengatasi kasih sayang abang pada mean. Mean hanya seorang wanita yang lemah dan jahil. Hidup ini hanya pinjaman dari Illahi sayang, mean tak layak untuk menerima kasih sayang yang terlalu mendalam dari abang, Allah milik segalanya sayang. Mean pasrah abang, apa jua ketentuan Allah berkaitan kita, mean redha. Mean redha sepertimana mean redha melalui kehidupan mean sebelum ini. Mean amat bersyukur dengan nikmat kasih, sayang dan cinta pinjaman dari Allah ini, mean bersyukur sangat atas anugerah ini. Dijumpakan mean dengan abang, ditakdirkan mean berkasih, bermanja dan bercinta dengan abang. Namun, mean kena sentiasa beringat bahawa abang adalah pinjaman dari Yang Maha Esa, oleh itu mean sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan pun. Abang...demi Allah, mean ikhlas menyayangimu. Hanya pada Allah kuserahkan kembali kasih, sayang dan rasa cinta ini agar kita tetap berada di jalan kehidupan yang di redhai NYA. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita, hambanya yang lemah dan jahil. Sama-samalah kita sentiasa berdoa dan berusaha abang. Agar kasih, sayang, cinta ini memberikan kebahagiaan hidup kita di dunia dan akhirat. Andainya salah seorang dari kita pergi dahulu menghadap Illahi, maka salah seorang yang masih hidup teruskanlah perjuangan hidup ini dan berdoalah agar Allah ampunkan dosa-dosa kita. Mean sangat bahagia bersama abang, namun apakan daya, Allah maha mengetahui segalanya. Terima kasih kerana di ruang kehidupan mean yang sementara ini, mean dipertemukan dengan abang, seorang insan yang melengkapi naluri kehidupan mean sebagai seorang wanita. Mean sayang abang sangat. Sepertimana abang selalu menyatakan dan membisikkan ditelinga mean sambil mengucup pipi dan dahi " abang sayang mean sangat tau" mean kena tahu tu " abang sayang mean". Sungguh menyentuh hati ini sayang. Kasih sayangmu tidak dapat menandingi kasih sayang Allah kepadaku. Ku mohon ampun dan maaf diatas kesalahanku padamu abang. Doakanlah mean selalu, mean juga selalu mendoakan kesejahteraan abang dan insan2 lain yang pernah hadir dalam hidup ini. Mean sayang abang. Namun Allah lebih menyayangiku dan menyayangimu sebab itu ujian ini kita perlu tempuh dengan sabar, tabah, redha dan tawakal. InsyaALLAH. Allah maha pengampun, Allah maha penyayang, Allah mengetahui segalanya. Jangan kita cepat berputus asa dan kecewa, tidak hanya di dunia, mohonlah kita jumpa di akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan