Khamis, 18 Oktober 2012

Ku lepaskan lelahku dibahumu

Abaaannnggggg....hari ini mean menangis dan meluahkan perasaan sepuas-puasnya dalam pelukanmu. Mean tak tahu sampai bila mean mampu bertahan menghadapi ujian ini. Dalam dakapan abang, mean rasa amat disayangi, mean menangis di bahu abang....abang hanya membisu sambil tangan membelai mean tanpa henti. Mean tahu abang terlalu menyayangi dan mengasihi mean.Abang tak suka tgok mean menanggis, tapi hari ini mean dah tak mampu nak tahan lagi...mean luahkan segala yang terbuku di hati. Bukan bermaksud mean menyalahkan takdir dan tak redha di atas ujian Tuhan, hanya sekadar melepaskan bebanan perasaan ini kepadamu sayang. Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar setia. Mean amat bersyukur atas kurniaan Tuhan, menjadikan dirimu peneman setiaku di saat duka, kecewa dan juga disaat gembira dan bhgiaku. Terima kasih Allah. Syukur Alhamdulillah. Benar....selepas mean meluahkan segala yang terbuku di hati...lega rasanya...terlena kita bersama dalam dakapan abang yang sungguh membahagiakan.
http://www.youtube.com/watch?v=02SCOpu3jP4

Tiada ulasan:

Catat Ulasan