Ahad, 31 Januari 2010

Balik Kampung

Assalammualaikum w.r.b.t.h
Dah hampir 2 minggu aku tak mencatat sesuatu kat blog aku nie. Tak per la... waktu yang dah berlalu aku tak boleh nak undur semula. Jadi, aku teruskan perjalanan hidup dengan waktu yang ada. Maka, aku pun berusaha juga mencatatkan sesuatu kat blog kesayangan aku nie.
Sejak suami aku sibuk dengan kilang mee. Sejak itu jugalah aku pun sibuk bagi moral support untuk dia. Sehinggalah tetiba aku teringat dah hampir 2 bulan aku tak balik kampung jengok mak dan bapa aku. Hari jumaat yang lalu, aku minta izin dengan hubby aku untuk balik kampung. Alhamdulillah, macam biasa... tiada halangan dari hubby aku. Hari sabtu jam 2.00 petang, aku dan anak-anak aku pun balik lah ke kampung aku di Batu Pahat. Seronok sangat anak-anak aku tu. Yang sorang kata seronok dapat jumpa atuk dan nenek. Yang sorang lagi leh kata seronok balik kampung sebab nak tengok ayam. SubhanaALLAH, macam-macam lah gelagat anak-anak nie. Kami sampai kampung jam 4.00 petang. Sampai kampung, biasalah tak duduk diam lah anak-anak. Mak dan bapa aku pun sibuk melayan cucu-cucu. Gembira sangat orang tua aku. Setelah hampir 2 bulan aku tak balik, tak kering gusi kami berceloteh dan gelak2 sembang mesra. Seronok sangat. Syukur Alhamdulillah kerana aku masih memiliki kedua ibu bapa yang masih sihat akal fikiran dan juga fizikal. Masih mampu gelak bersama, masih mampu memberiku moral support. InsyaALLAH cuti sempena Tahun Baru Cina nanti kita jumpa lagi ya, mak dan bapa yang amat aku sayangi dan kagumi. Ketabahanmu mengharungi perjalanan hidup ini menjadi idolaku.

Selasa, 19 Januari 2010

Sepagi bersama Hubby

Semalam dan hari ini aku ambil Cuti Rehat. Cuti untuk melayan anak-anak dan suamiku. Dua hari ini juga aku jadi driver untuk suamiku. Hantar dia pergi dan ambil dia blik kerja. Tak sanggup aku nak tengok dia naik motor jauh2 tu. Lepas hantar dia terus balik rumah tunggu anak-anak balik sekolah pula. Pagi nie lewat ikit balik rumah, sajer tengok suami aku kat kilang mee nya. Tengok operator kilang panaskan air mesin mee. Pukul 9.50 pagi baru aku gerak balik. Ingatka nak tengok sampai mee tu siap proses. Aku ubah fikiran... balik lah dulu tengok anak aku yang pompuan tu nak balik dari sekolah agama. Petang nanti pukul 5.00 gie ke kilang semula amik suamiku balik. Release stess aku.... dapat melayan anak-anak dan suami. Tak fikir pasal kerja. Eok aku kerja baru fikir semula hal-hal kerja. Dua hari nie, tumpuan aku hanya untuk anak-anak dan suamiku sahaja. I love u all. They make me happy. Syukur Alhamdulillah di atas anugerah yang ALLAH berikan kepadaku.

Isnin, 18 Januari 2010

Sabtu, 16 Januari 2010

Kebahagiaan Hati

Salam sejahtera untuk diriku dan juga muslimin & muslimat sekalian. Al-Fatihah.
Dah bersawang dah dinding blog aku nie. Beberapa hari ni memang aku tak sempat nak buka blog nie. Nie dah tahap rindu ler nie. Hari nie aku nak wat cacatan tentang kebahagiaan hati. Kebahagiaan hati yang sedang aku alami.... Hidup memang tak pernah suram dari ujian. Hidup disulami dengan suka, duka, bahagian dan derita. Syukur Alhamdulillah sehingga ke saat ini aku masih lagi mampu bertahan dengan bantuan ALLAH Yang Maha Agung. Ciri-ciri kebahagiaan hati yang sedang aku lalui :
1. Merasa selamat dan gembira bersama keluarga dan rakan2.
2. Merindui suamiku walhal dia hanya pergi kerja... tak sabar2 nak jumpa dia, tunggu dia balik kerja cam tunggu dia masa bercinta pulak. Berdebar2 rasa hati.
3. Tenang jer bila berada di rumah. Seronok tengok keletah anak2.
4. Rumahku syurgaku.
5. Boleh menghadapi tekanan di tempat kerja dengan selamba. Kerja cam biasa.
6. Senyum dan ceria apabila bertemu rakan2 di tempat kerja.
7. Bahagia sangat bila bersama anak2 dan suami.
8. Perasaan rindu membuak2 kat mak & bapaku. Jom... balik kampung.
9. Bangun pagi... semangat nak teruskan hidup.
10. Tenang jer hati nie untuk menghadapi ketentuan hidup ini.
11. Yakin dan tawakal kepada ALLAH. Apa yang aku ada di dunia ini hanya pinjaman semata-mata.
12. Kepala tak runsing, jiwa tenang. Fikiran berfokus.

Syukur Alhamdulillah.

Jumaat, 8 Januari 2010

Keajaiban Keyakinan Diri

Pengertian Keyakinan
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.

Kepentingan Membina Keyakinan Diri
Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda pada diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda.

Jenis-Jenis Keyakinan
Terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:
*Keyakinan diri terhadap Tuhan dan KeesaanNya
*Keyakinan terhadap diri sendiri
*Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
*Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri

Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri
-Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan -Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup
-Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
-Kurang kemahiran dan persediaan
-Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
-Kemiskinan (Idea & Sains Kejayaan Hidup)
-Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang cergas / sihat

Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri
-Kurang senyum
-Risau dan kelihatan risau
-Gugup dan kelihatan gugup
-Kurang berinteraksi
-Malas bekerja atau berusaha
-Bersikap meminta-minta
-Mudah putus asa
-Suka gossip dan mengumpat
-Defensif dan pemarah
-Mudah berbohong

Keajaiban Keyakinan Diri
Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang. Kisah Keyakinan Diri Joan of Arc amat menarik perhatian. Joan of Arc pada umur 17 tahun, seorang pengembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis, amat percaya yang ia telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau harus mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang tentera-tentera Inggeris yang amat sukar dikalahkan. Tentera-tentera Perancis telah kehabisan idea tentang bagaimanakah lagi cara menepis serangan-serangan serta mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk tampil ke hadapan memberi idea tentang bagaimanakah lagi cara menentang tentera-tentera Inggeris.
Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin sekali - seyakin-yakinnya! bahawa ia telah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah yang akan dapat memimpin bala tentera Perancis bagi mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Keyakinannya yang sungguh kental dan mengkagumkan itu telah memberi harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera Perancis. Beliau telah diberi tugas berat; mengepalai tentera Perancis yang sedang menghadapi kebuntuan dan kemelut itu!
Keyakinan si gadis lidi yang tidak dapat dipertikaikan lagi itu telah menyemarakkan semangat seluruh tentera dan rakyat Perancis. Dengan keyakinan dan pimpinan Joan of Arc, mereka telah mendapat semangat dan tenaga baru untuk menyerang balas dan menggempur tentera-tentera Inggeris dengan strategi peperangan yang berbisa serta keyakinan dan semangat juang yang tidak terperi tingginya! Ini telah amat meNGEJUTKAN tentera-tentera Inggeris sehingga hilang arah, kekuatan dan semangat walaupun jumlah mereka lebih ramai daripada tentera-tentera Perancis - kelamkabut serta bertempiaran tentera-tentera Inggeris! Lantas, Perancis meraih kemenangan besar!
Inilah bukti KEAJAIBAN keyakinan diri!

Khamis, 7 Januari 2010

Farmville Foto

Sebahagian dari gambar kebun aku ( farmville ) kat Facebook. Menda nie lah wat aku addict. Mana tak nya, aku dah ada macam2 kat ladang tu. Eemmmmm.... best.

Cerpen Semalam Yang Terakhir

"Apa khabar sayang? Semoga sayang sejahtera dan bahagia selalu"kata Erman. Sarah hanya membisu, lama suasana sepi. Dengan nada perlahan sarah berkata " Bagaimana untuk sarah merasa bahagia apabila insan yang Sarah sayangi dan kasihi telah mendiamkan diri sekian lamanya, baru hari ini kita bersua semula". Erman hanya mendiamkan diri dan memandang tepat ke wajah sarah. Kopitiam tempat mereka selalu menikmati roti bakar milo menjadi saksi pertemuan mereka. Kenangan demi kenangan kembali menerpa minda mereka berdua. Saat indah perkongsian kasih antara mereka amat sukar dipadam dari kotak minda dan mata hati. Kasih yang bertaut telah tertanam erat di dalam dua jiwa. Namun apakan daya mereka, kasih yang terjalin masih belum kesampaian untuk disatukan secara rasmi. Terlalu banyak halangan dan dugaan yang mereka tempuhi.
Pertemuan mereka pada petang itu adalah pertemuan terakhir. Sarah telah berjanji kepada dirinya sendiri, kasih dan sayang yang wujud antara dirinya dan Erman tidak akan pernah terpadam. Demi untuk kesejahteraan Erman, Sarah sanggup berkorban untuk menghentikan pertemuan antara mereka berdua. Sarah tidak mahu kerana kedegilan mereka untuk terus berjumpa akan memudaratkan kesejahteraan Erman. Biarlah mereka membawa haluan masing-masing, kalau ada jodoh pasti akan kembali semula untuk bersama satu hari nanti. Sarah sudah biasa dengan kesunyian dan sendirian mengharungi dugaan hidup. Kehadiran Erman telah mewarnai hidup Sarah. walaupun hanya untuk seketika, Sarah bersyukur kerana kasih yang bertaut telah dapat mengubah hati Sarah terhadap nilai kasih sayang seorang lelaki. Hati Sarah keras. Namun setelah kehadiran Erman, kekerasan hatinya telah menjadi seperti sekeras kerak nasi. Bagi Erman, walau apapun yang terjadi dia tetap mahu memiliki Sarah. Kali ini Erman terpaksa akur, dia harus mengundur setapak dari kedegilannya. Tekadnya satu hari nanti Sarah pasti menjadi miliknya. Biarlah jasad mereka berjauhan, namun kasih sayang yang wujud antara mereka akan sentiasa bertaut dan bersemadi di dalam sanubari. Semalam adalah terakhir antara mereka. Tiada lagi perhubungan dan pertemuan secara nyata. Yang tinggal hanyalah kenangan terindah antara mereka berdua. Itulah permintaan Sarah yang terpaksa diakuri oleh Erman. "Sayang walaupun apapun terjadi, aku tetap sayang padamu".

-Ini adalah petikan dari Cerpen bertajuk "Semalam Yang Terakhir". Seronok baca cerpen nie, sedih sampai meleleh airmata. Nak tulis semua tak boleh, hak cipta terpelihara penulis asal. So amik jer petikannya sikit.
Cerpen Hasil nukilan Ehsany/cinta. Dibaca pada 03 Januari 2010

Rabu, 6 Januari 2010

Farmville di Facebook

Memang betulah aku nie dah addict. Addict kat farmville. la nie aku dah level 28. Memang best ler layan farmville nie. Aku cuba gak nak wat tak tau jer.... tak leh la. Tiap2 ari aku mesti nak bukak FB tu n layan farmville. Hilang kejap dari dunia nyata, tetiba jer aku dah berada di alam khayalan kat farmville tu. Tu lah.... tak dapat berkebun di alam nyata, berkebun di alam maya pun ok jer. Tak kisah lah yang penting aku tak aniaya orang lain, tak kacau hidup orang lain, aku layan diri jer. hahahahaha

Cepatnya masa........

Hah! ari nie dah 06hb Januari 2010. Wow! cepatnya masa berlalu. Ini bererti dah 6 hari kita semua berada di tahun 2010. Masa tidak akan menunggu kita, kita yang kena bijak untuk mengatur langkah melalui perjalanan masa. Hidup di dunia memang singkat. Tetapi yang singkat itulah yang membuatkan aku nie leka, lalai, alpa. Hai..... uban dah mula tumbuh, anak-anak pun dah makin membesar, kena beringat dan sedar2 lah diri nie. Eeeeemmmmm. Bulan depan 03hb Feb. anak teruna aku dah berumur 12 tahun. Alahai.... masa. Cepatnya!!!!!! Masih terasa perasaan gayat aku mengandung anak pertama, masih terasa lagi betapa risaunya aku saat nak melahirkan dia..... tup2 dah 12 tahun semua pengalaman tu berlalu. Mengenali ayahnya pun masih belum sepenuhnya. Walaupun dah menginjak ke tahun 14 usia perkahwinan aku, namun rasanya aku masih belum cukup mengenali sikap dan personaliti suamiku. Apa yang aku tahu, dia seorang suami yang cukup simple, seorang yang pemaaf dan responsbiliti. Alam rumahtangga biasalah ada pasang surutnya.... ada kala umpama dunia ini aku yang punya, ada kalanya umpama alahai...... sorang2 lagi bagus. Ish.... teruknya perangai aku nie. Bawa2 lah kepada perubahan sikap ya min ( diriku lah ). Umur dah makin meningkat, bawa2 lah bertenang dan bersabar. Hai hai hai hai.... Dok asyik berbloging dan facebook, Tesis aku tu tak siap lagi. nie dah final year. Alahai..... kalau hubby aku tahu perangai aku cam nie.... aku tahu dah dia nak kata apa, dia akan kata cam nie " Min.... tesis dah siap? Siapkanlah, senang kalau dah siap" Aku pulak akan jawab cam nie " Kejap lah.... sikit lagi tu... nak siapkanlah nie". Eeemmmm..... ni hubby aku lum sampai rumah lai nie, jap lai dia sampai aku pun off ler laptop nie. RELAX ar beb. Cepatnya masa....... YA.

Sabtu, 2 Januari 2010

Tahun 2010

Menjelangnya tahun 2010 maka menginjaklah lagi usiaku setahun. Ini bererti umurku dah 33tahun. Dalam tempoh 33 tahun aku hidup di dunia ini aku amat bersyukur kerana aku masih cukup sifat. ALLAH memberiku rezeki yang mencukupi untuk aku hidup bahagia di dunia yang sementara ini. Ada suami yang menyayangiku, ada anak-anak permata hatiku, ada ahli keluarga dan sanak saudara yang menyerikan hidupku, ada rakan-rakan yang menceriakan diriku. Ada rumah untuk aku berteduh, ada kenderaan untuk mempercepatkan perjalananku. Indah sungguh indah hidup ini. Namun, apabila aku teringat tentang kematian, hatiku menjadi gentar, teramat gentar. Amalanku? Cukupkah amalanku untuk menghadap Rabbul Izzati. Kiranya nyawaku terpisah dari jasad petang ini atau malam nanti atau esok hari, ALLAH. Tidak terbayang aku dimanakah tempatku nanti. Hidup didunia ini hanya sementara dan permainan sahaja. Hidup yang hakikat adalah alam akhirat. Ku pohon bantuanmu, perlindungan darimu dan rahmatmu Ya ALLAH untuk aku meneruskan kehidupan dunia dan akhirat. Amin.
Al- Fatihah untuk diriku dan juga semua kaum muslimin dan muslimat.