Sabtu, 24 September 2011

Teman - Lovehunter (Lyric)


Lagu nie telah dimuatkan oleh abang di laman fb. Suka sangat liriknya, buat perasaanku berbunga-bunga.

Ahad, 4 September 2011

I Love U

Kasihku padamu

Min buat klip video ini sebagai dedikasi untuk kita berdua. Semoga klip video ini akan menjadikan memori indah antara kita. Setelah ijab dan kabul terlaksana, hanya ketabahan dan kesabaran menjadi tonggak untuk kita sama-sama melayari bahtera rumahtangga kita agar dapat sampai ke destinasi yang abadi. Semoga Allah sentiasa memberikan kita kekuatan dan semangat untuk mengekalkan hubungan yang murni ini dunia dan akhirat. Min tidak pernah menyesal menjadi isteri abang. Malah min bersyukur di atas jodoh anugerah Illahi ini.

Semoga kebahagiaan berkekalan

Syukur Alhamdulillah kebahagiaan masih diberikan kepada kita. 14 tahun usia perkahwinan kita, pelbagai cabaran dan dugaan telah kita lalui bersama. Susah senang, suka duka, pahit getir, semuanya telah kita rasa. Ketabahan dan kesabaran dalam mengharungi badai rumah tangga menjadikan hubungan kita semakin matang. Kasih, sayang dan cinta yang bersemi masih tetap utuh dan teguh. Semoga Allah t[erus merahmati dan memberkati kehidupan keluarga kita. Semoga kebahagiaan ini berkekalan di dunia dan akhirat. Semoga anak cucu kita juga dirahmati dan diberkati hidup oleh ALLAH s.w.t di dunia dan akhirat. Min sayang abang. Selagi min hidup min akan terus berbakti kepada abang sebagai seorang isteri. Segala pergorbanan yang min lakukan adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Min tak minta abang balas, kerana min yakin Allah Maha Mengetahui segalanya.

Aidilfitri 2011

Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2011 amat bermakna dalam hidupku. Syukur Alhamdulillah kami masih bersama sebagai satu keluarga yang bahagia seperti keluarga yang lain. Mak dan bapak juga masih sihat walafiat. Jika tahun lepas suamiku sakit, pada tahun ini Alhamdulillah dia sihat seperti sediakala, beraya bersama-sama kami. Menziarahi ibu dan bapaku pada hari raya pertama ( 30.08.2011 ) hingga raya ketiga. Pada raya ketiga ( 01.09.2011 ) jam 9.30 pagi kami bergerak ke Tapah, Perak sehingga raya ke lima ( 03.09.2011 ). Alhamdulillah, anak-anak masih dapat berjumpa saudara mara sempena Hari Raya Aidilfitri.
                                                    Keluargaku bersama mak dan bapakku.
                                                          Suamiku dan anak-anakku.
                                                          Anak-anak permata hatiku.
                                                   Aku bersama suamiku yang tersayang.