Selasa, 23 Mei 2017

Jiwa Tenang

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan dan ketenangan jiwa.
Dalam tempoh 2 bulan... April & Mei terlalu banyak cerita dan ujian.
07.04.2017 ( Jumaat ) 5.30 pagi terlibat dengan kemalangan. Sehingga hari ini kereta masih dibengkel. Alhamdulillah, aku dah sihat semula dari kecederaan dibahu kiri akibat kemalangan tersebut.

04.05.2017 ( Khamis ) Ibu mertuaku Puan Hjh. Saaidah Binti Hj. Abdul Rahman telah kembali menghadap Allah. Sempat kami menjaganya di hospital sejak 30.04.2017. Syukur Alhamdulillah, diberi peluang kami menjaga ibu disaat akhirnya.

Apapun ujian yang diberi, ianya untuk kami meningkatkan keimanan. Alhamdulillah. Kami dapat melaluinya dengan izin Allah dipermudahkan juga segala urusan kami. Dalam kesulitan ada kemudahan yang Allah beri. Syukur Alhamdulillah.