Khamis, 12 Disember 2013

Ada tika & masanya


Ada tika dan masanya kebahagiaan memenuhi hidup ini,
Aku tersenyum & bersyukur…..
Ada tika dan masanya kesedihan menyapaku,
Aku menahan hati, menangis & bersabar……
Ada tika dan masanya ujian datang bertubi-tubi,...
Maka aku merasa sangat lelah & letih…..
Ada tika dan masanya kemenangan bersamaku,
Aku merasakan hidup ini sangat bermakna…..
Semua ada tika dan masanya…..
Apapun yang terjadi, aku tidak akan pernah berhenti
Menaiki tangga menuju pengharapan kepada ILLAHI…
Semoga hati ini tetap bertahan dalam tawakal dan keikhlasan
Menuju Redha dan Jannah- NYA.

Jumaat, 15 November 2013

Panas Baran boleh diatasi

Mengikut kaedah psikologi, panas baran berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosinya sendiri. Individu panas baran itu terlalu mudah mengikut emosi marah hingga menjadikan dirinya seorang yang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yang remeh.

Perlu difahami, panas baran bukan sifat semula jadi malah, bukan juga penyakit keturunan, sebaliknya ia adalah sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang. Ini bererti sifat panas baran boleh diatasi dan dibuang terus daripada diri seseorang bergantung kepada kehendak dirinya sendiri. Lantas, pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah bagi mengatasi sikap panas baran iaitu :
1. Jauhkan diri daripada situasi menimbulkan kemarahan
Jika anda tahu pasangan anda mempunyai sikap panas baran, elakkan daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahannya. Cepat memohon maaf jika tersalah dan akui kesilapan. Bagi anda yang panas baran, jika bertembung dengan situasi yang boleh menimbulkan baran anda, segera jauhkan diri anda daripada keadaan tersebut dan carilah masa yang sesuai untuk bertenang.
2. Mendiamkan diri ketika marah
Panas baran bermula dengan tindakan demi tindakan. Cara terbaik untuk mengurangkan sikap panas baran anda adalah dengan mendiamkan diri tanpa mengambil apa-apa tindakan. Apabila anda berjaya menghayati sikap berdiam diri ketika marah, secara tidak langsung anda berusaha menghilangkan sikap panas baran anda sedikit demi sedikit.
3. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat.
Jika sebelum ini anda terbiasa memekik atau bertindak garang ketika marah, usahakan untuk meluahkan rasa marah anda secara positif dan terhormat agar anda lebih dihormati. Perlahankan suara, bercakap menggunakan perkataan yang tidak menyakitkan orang lain dan elakkan daripada bertindak secara fizikal.
4. Luah pada masa dan tempat sesuai
Emosi marah yang tidak terkawal juga berpunca daripada perasaan yang dipendam. Ledakannya ibarat gunung berapi pendam yang mungkin meletus bila-bila masa tanpa amaran. Lantas, sentiasa luahkan emosi malah apa jua masalah yang anda alami bertepatan pada masa dan tempatnya. Tindakan ini akan dapat mengurangkan tekanan anda seterusnya mengurangkan sikap panas baran anda.
5. Bawa bertenang
Anda perlu sentiasa belajar mengawal diri dengan bertenang dalam menghadapi apa juga keadaan dan situasi yang menggugat kesabaran anda. Praktikkan untuk menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Jika anda Muslim, beristighfarlah kerana dengan beristighfar anda akan tahu anda adalah hamba-Nya dan jika Allah mampu mengampunkan hamba-Nya, kenapa tidak anda? Memaafkan orang lain dapat mengelakkan panas baran.
6. Senyum
Nampak macam satu perkara mudah tetapi percayalah, senyuman mampu meredakan tekanan. Praktikkan untuk sentiasa melakarkan senyuman tanpa mengira masa dan keadaan. Senyuman yang sentiasa terukir di bibir menjadi satu penawar kepada kemarahan dan sikap panas baran anda.
.
.

7. Berzikir 
Untuk Muslim, saya menyarankan anda untuk sentiasa mengamalkan zikir-zikir bagi mengingati Allah. Ucapkanlah zikir Sayidatina Fatimah iaitu “Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akbar.” Sentiasa lafazkan zikir ini, insya-Allah akan dapat membantu meringankan tekanan hidup anda sekali gus mengelakkan sikap panas baran anda berleluasa.
Ingatlah! Tiada satu faedah pun daripada sikap panas baran. Yang ada hanyalah keburukan yang memusnahkan perkahwinan, persahabatan, kerjaya dan kesihatan anda.
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
1. Mengubah Posisi – Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk – Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
3. Minum air.
4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7. Berfikiran positif.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
Wallahu wa’lam…
Ingatlah! Segala cadangan disebutkan tadi tidak akan berhasil jika anda tidak melakukan satu perkara paling penting iaitu berubah! Hanya jika anda mahukan perubahan, barulah perubahan tersebut akan berlaku.

Isnin, 4 November 2013

Ujian dari NYA

Sejak semalam sememangnya hatiku berada dalam keadaan sedih yang tidak kepalang. Namun, aku yakin ini semua ujian Tuhan untuk menguji sejauh mana ketabahanku. Ya Allah, akulah hambamu yang hina dan lemah.
Pagi ini, aku keluar awal pagi. Sampai di opis aku terus sarapan dulu di tempat biasa. Tak semena-mena, abang duduk di hadapanku. Abang duduk, tengok mean...abang senyum. Dengan muka yang kelat mean membalas senyuman abang. Abang seolah-oleh dapat membaca kesunggulan yang sedang aku hadapi. Abang Tanya...kenapa mata tu.....Aku diam membisu.  Hanya senyuman ku lemparkan kepadanya. Dah siap sarapan...aku ajak abang...jom masuk opis. Abang menuruti tanpa banyak bicara. Mungkin dia faham. Samapi di opis...aku dapat sms dari abang " I luv u."  kemudian diikuti dengan 1 sms lain juga dari abang " Akan ku hapus airmatamu dengan kasih sayangku......". Terharu hatiku. So sweet....andainya Allah mengizinkan...maka jadilah ianya kenyataan. Mean juga saying abang. Tapi kita hanya manusia biasa yang tak dapat melawan ketentuan dan takdir Allah. inilah ujian hidup yang perlu mean tempuhi selagi nyawa di kandung badan.

Khamis, 17 Oktober 2013

Tuhan Jagakan Dia

Abang minta mean dengar lagu nie dan baca liriknya.... Love u.


Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku
Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku
Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

http://www.youtube.com/watch?v=o8NGPOgLrL8

11.10.2013

Tarikh 11.10.2013 adalah hari lahir seorang kenalan. Namun pada tarikh tersebut seolah-olah tarikh istimewaku pula. Sejak dari tengahari abang bawa aku makan di chicken rice shop. Petang pulang abang bawa makan kat kedai kek SDS, Johor Bahru. Mean..."abang sayang mean". Kata-kata yang tidak pernah jemu abang ungkapkan setiap hari. Abang suka tgok mean senyum. Abang tahu mean ada banyak masalah...sebab tu abang ambil berat pasal mean. Abang sayang mean sangatlah.
Abang...layananmu membuatkan aku lemah. Lemah untuk berdiri sendiri tanpamu disisi. Sebelum ini akulah wanita gagah yang berjuang sendiri untuk kehidupan. Namun kini, aku menjadi wanita yang terlalu lemah untuk mengatasi segala kasih, sayang, perhatian yang abang berikan untuk mean. Mean bersyukur, namun mean khuatir mean akan terus hanyut dan tenggelam. Ya, Allah...bantulah aku hambamu yang lemah, hina dan tak berdaya ini.

Selasa, 1 Oktober 2013

Cabaran yang menjerat diri

29.09.2013....satu tarikh keramat yang tidak boleh dilupakan kerana kata-kata sendiri telah menjerat diri. Mahu atau tidak, suka atau benci....sahabatku terpaksa menunaikan janji yang dibina atas keegoan sendiri. Dia telah mencabar seorang lelaki yang telah lama jatuh cinta terhadap dirinya. Bukan cinta biasa tetapi cinta yang sangat luar biasa. Terlalu lama lelaki itu menanti dirinya untuk dijadikan isteri. Memandangkan lelaki berkenaan mempunyai isteri dan sahabatku ini masih bersuami maka cubaan demi cubaan silelaki dengan mudah dipatahkan oleh sahabatku ini. Namun, pada 28.09.2013, sahabatku ini mendapat tahu si lelaki akan menaiki satu van bersama iterinya untuk ke Bangi.. Kebetulan van itu dinaiki juga oleh sahabatku. Maka dengan lancing sahabatku memberitahu kepada si lelaki....jika benar dia lelaki yang tidak takut bini dan benar2 mahu memperisterikannya apabila dia sudah kematian suami, maka buktikan dia boleh naik satu van dengan isterinya tanpa ada persengketaan. ( Sahabatku terlalu yakin bahawa isteri lelaki itu tidak akan naik van sekali dengannya kerana isteri lelaki itu pernah berjumpa, sms dan call menyatakan kebenciaannya pada sahabatku itu ).
   Dijadikan cerita pada 29.09.2013 jam 5 pagi.... kelihatan si lelaki dan si isteri datang untuk naik van. Sahabatku menyatakan jantungnya dah berderau. Habislah dia jika isteri lelaki itu naik van, maka dia terpaksa mengotakan janjinya kepada lelaki itu, apabila cukup edah kerana kematian suaminya maka dia sendiri akan hantar boring nikah kepada lelaki itu dan sanggup bermadu.
hahahahahaa...... akhirnya tepat jam 6.00 pagi, semua penumpang naik van termasuklah sahabatku, lelaki yang giler kat dia dan juga isteri lelaki tadi. Perjalanan selamat sehingga ke Bangi. Maka " terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata kena lah kotakan" Kesian sahabatku, terpaksalah dia doa agar suaminya panjang umur agar dia tidak menjadi isteri kepada lelaki tadi dan bermadu pulak. Kesian, kesian, kesian. hahahhhahahahaa

Jumaat, 19 Julai 2013

Sayangmu padaku

Abang.....mean minta maaf. Walaupun mean percaya pada kata-kata "sayang abang pada mean sangat2" tapi ada ketikanya mean masih wasangka dan keliru. Mean tahu banyak menda abang buat untuk puaskan hati mean, antaranya :
1. Tak angkat pone dari orang lain bila abang dengan mean.- ini permintaan mean, abang turutkan.
2. Silent kan pone abang bila abang dengan mean.- ini juga permintaan mean, abang turutkan lagi.
3. Selalu pujuk mean bila mean merajuk.
4. Luangkan masa untuk mean.
5. Cari mean, jejak mean, sms, call mean sampai mean ok bila mean nie tengah merajuk giler2 ngan abang.
6. Abang selalu kata " memang jasad abang tak selalu dengan mean, hati abang ada dekat mean dah sayang".
7. Abang jugak selalu kata "mean.....tolonglah....mean kena tau abang sayang mean sgt2 tau, abang tak main2 kan mean, abang ikhlas sayang".
8. Mean, kita kena kuat hadapi ujian hidup ini, satu hari pasti Tuhan kabulkan doa kita.
9. Sayang....kita nie dah lama bersama, hati abang ada kat mean, hati mean ada kat abang.
10. Selagi abang bernyawa, abang akan kotakan janji abang pada mean.

Ya ALLAH ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosa kami. Semoga usaha kami mendapat restu darimu. AMIN.

Sabtu, 30 Mac 2013

Abang......terima kasih atas pemberian hadiah ini. Canteeekkkkkkk sangat. Mean gembira,bahagia dan merasa sangat disayangimu. I'm Speechless. Hari ini abang betul-betul meluangkan masa untuk melayan mean. Abang memang sungguh-sungguh menyatakan "abang sayang mean sangat". "Happt Birthday sayang, memang abang nak bagi bunga nie masa birthday mean, letak kat opis baru mean tu, bila mean masuk opis tengok bunga nie...abang harap...sejuk jer hati mean yang cepat angin n panas tu".  huhuhuhuhuhuhu.....prihatinnya buah hati pengarang jantungku nie. Luv u so much abang. Thanks.
Terngiang2 kat telinga nie:- abang takut bila tengok mean muka masam jer....jadi abang bagi bunga nie untuk mean senyum jer. huhuhuhuhuhu

Isnin, 28 Januari 2013

Wulan Merindu-Cici Paramida

Bersamamu Sayang



Walau hanya seketika, namun ianya cukup membahagiakan dan mendamaikan hati dan perasaan. Berada bersamamu di tempat yang menjadi kegemaranku di saat aku kegundahan adalah satu kenangan yang sangat indah. Terima kasih sayang kerana berada di sampingku. Aku tahu ketulusan hatimu. - 26 Januari 2012

http://www.youtube.com/watch?v=yB6Y9lMCIVA