Khamis, 17 Oktober 2013

11.10.2013

Tarikh 11.10.2013 adalah hari lahir seorang kenalan. Namun pada tarikh tersebut seolah-olah tarikh istimewaku pula. Sejak dari tengahari abang bawa aku makan di chicken rice shop. Petang pulang abang bawa makan kat kedai kek SDS, Johor Bahru. Mean..."abang sayang mean". Kata-kata yang tidak pernah jemu abang ungkapkan setiap hari. Abang suka tgok mean senyum. Abang tahu mean ada banyak masalah...sebab tu abang ambil berat pasal mean. Abang sayang mean sangatlah.
Abang...layananmu membuatkan aku lemah. Lemah untuk berdiri sendiri tanpamu disisi. Sebelum ini akulah wanita gagah yang berjuang sendiri untuk kehidupan. Namun kini, aku menjadi wanita yang terlalu lemah untuk mengatasi segala kasih, sayang, perhatian yang abang berikan untuk mean. Mean bersyukur, namun mean khuatir mean akan terus hanyut dan tenggelam. Ya, Allah...bantulah aku hambamu yang lemah, hina dan tak berdaya ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan