Sabtu, 23 Mei 2009

Terapi Menghadapi Tekanan

1. Pertamanya, menjaga solat fardu lima waktu dan memperbanyakkan solat sunat. Banyak kajian pakar psikologi Barat sendiri yang memperakukan fadilat solat dalam memberi ketenangan jiwa dan pemikiran seseorang.
Menurut kesimpulan beberapa kajian sarjana barat, secara saintifiknya solat adalah suatu tempoh masa ‘aman dan damai’ di mana seluruh tubuh dan minda seseorang tertumpu kepada sesuatu (kepada Allah).
Gerakan dan keadaan minda dalam solat berupaya menghalang pengaliran keluar hormon seperti Cortisol, Epinephrine dan Norepinephrine daripada kelenjar adrenalin yang bertindak balas terhadap sebarang tekanan. Solat turut membantu memberi kesan positif terhadap sistem pernafasan, aliran oksigen dalam badan, degupan jantung dan gelombang otak.
Daripada konteks Islam, mendirikan solat fardu lima waktu, dilengkapkan dengan amalan solat sunat yang pelbagai, seseorang itu akan diberikan pertolongan oleh Allah dalam sebarang kesukaran.
Allah berfirman yang bermaksud:
“Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)

2. Keduanya, dengan amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid dan bertasbih adalah amalan yang mampu menenangkan jiwa seperti jaminan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud:
“(Iaitu) orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.” (Surah ar-Ra’d, ayat 28)

3. Ketiga, mengamalkan mendengar, membaca dan menghayati tafsir al-Quran. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Al-Quran adalah penawar kepada kesakitan minda.” (Hadis riwayat Bukhari)
Membaca al-Quran sendiri memberikan ketenangan kepada pembaca malah kepada sesiapa yang mendengar bacaannya apatah lagi jika ayat Allah itu difahami, dihayati dan dijadikan panduan dalam kehidupan kerana al-Quran dan hadis adalah sumber teragung merungkaikan segala permasalahan.

4. Keempatnya, meletakkan keyakinan bahawa kehidupan dunia ini adalah sementara dan akhirat jugalah tempat yang kekal selamanya. Dengan cara ini, jiwa akan terasuh untuk menyedari bahawa apa saja yang berlaku di dunia ini baik yang positif ataupun negatif sekadar warna kehidupan dunia yang tidak kekal lama dan akan mendapat balasan setimpal di akhirat kelak.
Tekanan yang dihadapi di tempat kerja akan menjadi sesuatu yang terlalu kerdil jika dibandingkan dengan apa yang akan dihadapi di Padang Mahsyar kelak. Diri kita akan sentiasa takutkan azab api neraka dan berusaha mencari keredaan-Nya dan dimasukkan ke dalam syurga.

5. Kelima, dengan amalan berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang sudah diusahakan bagi mengatasi tekanan diri untuk ketentuan-Nya. Allah berfirman yang bermaksud:
“Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (Surah al-Ghaafir, ayat 60)

Kesimpulannya, walau sebesar manapun masalah atau kesukaran yang menyumbang kepada tekanan di tempat kerja, kita perlu sedar ia boleh dihadapi dengan jayanya jika tindak-tanduk kita menepati syariat Islam. InsyaAllah.

Tips Mengatasi Stress

Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupa-kan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasa-ngan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya se-tiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.
Teknik atasi stress yang sihat, antara lain:

1. Tidur Sejenak
Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

2. Pengurutan
Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

3. Mengekspresikan diri secara artistik
Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

4. Kerap ketawa
Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

5. Bersikap lembut terhadap diri sendiri
Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan. Oleh, sentiasalah berbicara dengan diri sendiri perkara-perkara yang positif dan menyenangkan hati.

Jumaat, 15 Mei 2009

Mutiara Hikmah 1

1. Orang yang dilanda keluh kesah, kesempitan dada, kosong jiwa, resah dan kesepian hanyalah orang yang tidak memperoleh nikmat iman dan keyakinan.(al-Iman wa al-Hayah - Syeikh Yusuf al Qaradhawy).

2. "Keimanan berperanan besar dalam membatasi jiwa menusia yang sarat dengan sifat loba, tidak cukup dengan yang sedikit, tidak puas dengan yang banyak dan tidak memadai dengan yang halal.".( al-Iman wa al-Hayah - Syeikh Yusuf al-Qaradhawy).

3. Ilmu adalah panduan, harta adalah alat. Kedua-duanya adalah untuk menegakkan kebenaran, bukan untuk mencari kepentingan dan jauh sekali dari tujuan kesombongan dan kebanggaan. (Kata-kata Hukama').

4. Jika hati tercemar dengan keburukan dunia, akibatnya terhalanglah ukhuwah yang ikhlas, lantaran hati yang tandus dan malas memikirkan kebenaran. Akhirnya hilang segala nikmat yang Allah SWT berikan, tiada rasa lazat keimanan dan yang tinggal hanyalah tekanan. Insaflah wahai saudaraku, jika kita terlanjur jalan, usah malu mohon keampunan, malah bersegeralah untuk dibimbing kembali kepangkal jalan. Semoga Allah SWT beri keampunan dan kerahmatan .(Kata-kata Hukama')

Khamis, 14 Mei 2009

Ketulusan Hati

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya
bahagia untuk selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu.
Kau biarkan kasihku

Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untu selamanya
Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau benarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu

Apa yang kurasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu selalu
Lirik lagu: Anuar Zain

Sekadar Impian

Sayang, pagi ini terlalu rindukanmu, amat rindu. Dirimu bagai mentari pagi yang indah, dirimu bagai embun pagi yang menyegarkan namun dirimu jua bagaikan bayang-bayang yang akan hilang bila malam berlabuh.
Detik beredar, saat berlalu. Di sini ada keluhuran cinta, bersemadi teguh dalam hati, di sini ada kekuatan kasih, ada kepercayaan, biar simpuh tak terungkai, biar getaran tak senada, aku tahu aku sayang padamu setulus hati. Kerinduan adalah janji yang dilafazkan dalam hati, tak bersuara, tak tertulis, tak terputus walaupun berjauhan, tak berubah walaupun masa terus berputar.
Izinkan jantung ini berdegup lagi, bila tersebut namamu. Izinkan hatiku bergetar bila merentasi lautan rinduku, rasakan dingin udara di sekelilingmu kerana ia adalah kiriman sayangku.
Wahai diri yang sedang merindui, apabila kita mencintai seseorang sebenarnya kita telah pun merelakan hati dilukai, apabila kita telah menyayangi seseorang sesungguhnya kita telah pun membenarkan diri dibenci. Apabila kita terlalu merindui seseorang kita telah pun bersedia untuk dilupakan meskipun amat terseksa tapi itulah hakikat hidup, pengajaran yang perlu dirasai bila kasih telah berbalas. Ada masanya kita tak perlu lagi menoleh ke belakang andainya sejarah silam hanya melukakan hati namun ada ketikanya kita perlu mengingati biarpun terasa pedih kerana ada seseorang yang bermakna menghiasi pengalaman hidup yang pernah kita lalui.
Ada masanya kita terpaksa lepaskan peluang yang lalu di depan mata, ada waktunya kita terpaksa lepaskan sesuatu yang tak mungkin kita miliki, kerana selalunya hakikat hidup tak sama dengan kebetulan yang kadangkala tak disangka.
Kadangkala apa yang kita inginkan tak akan sama dengan apa yang kita harapkan, ada kalanya apa yang kita harapkan takkan sama dengan apa yang kita impikan kerana impian hanyalah ilusi, harapan hanyalah kemahuan yang kita cuba gapai, sedangkan segalanya belum tentu untuk dijadikan realiti.
Kasih sayang bukan hanya sekadar ucapan, bukan sekadar memiliki tapi ia adalah sesuatu yang memberi kita nilai untuk terus hidup, beri kita kekuatan dan makna sebuah perhubungan.

Petikan diatas adalah hasil nukilan Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj, motivator tersohor di Malaya. Dah lama aku simpan petikan nie..... rasanya sejak aku belum kenal suami aku lagi. Bila ada blog sendiri, aku pun upload ler. TQ Dr. Tuah.

Pencegahan Terlibat Dadah 1



Ini adalah gambar pokok ganja. Perhatikanlah persekitaran kita, sekiranya didapati di kawasan kita memang ada penagih dadah, maka berhati-hatilah, bimbang sekiranya ada mereka tanam pokok ganja di katanya pokok bunga. Bila polis @ pihak berkuasa datang sport check hah.... dengan kita yang tak tahu menahu nie pun leh terperangkap.

Segera Bertaubat

Dirawikan dari Ali ra dari Nabi SAW bersabda: "Tertulis di sekitar Arasy empat ribu tahun sebelum makhluk terciptakan; sesungguhnya Allah pengampun orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian mendapat petunjuk."

Sesungguhnya segera bertaubat dari dosa besar mahupun kecil adalah wajib. Membiasakan dosa kecil akan menjadi dosa besar pula.

" Dan orang-orang apabila mereka berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya, mereka akan ingat Allah....." ( Q.S. Al Imran :135 )

Taubat nasuha adalah taubat zahir batin menyesal dan tidak akan mengulanginya lagi. Taubat zahirnya saja bagai panci ditutup sutera indah. Namun ketika orang membukanya akan berpaling jua. Demikianlah melihat orang yang lahirnya taat. Jika kedok itu terbuka di hari kiamat, para Malaikat berpaling. Oleh kerana Rasulullah SAW bersabda," Allah tidak akan melihat rupamu tapi melihat hatimu." Dari Ibnu Abbas ra dia berkata, "Betapa banyak orang yang bertaubat ketika datang hari Kiamat mengira dia telah bertaubat tetapi sebenarnya tidak." Sebab tanpa disertai dengan penyesalan, berjanji tidak akan mengulanginya, membendung kezaliman serta memperbanyak istighfar dengan demikian Allah tidak akan menerima dan menghapuskan dosanya. Orang yang berakal haruslah mengekori diri dan tidak melupakan dosanya. seperti dikatakan:
Wahai orang yang berdosa,
Masa silam jangan engkau lupa,
Taubatlah sebelum mati,
Jika engkau mengakui.

Allah maha pengampun dan penerima taubat. Hanya kita sebagai manusia mestilah sentiasa sedar diri akan kelemahan dan kelalaian yang dilakukan.

Isnin, 11 Mei 2009

Apabila rindu bertandang

Pernah tak tiba-tiba kita rasa terlalu merindui seseorang ? Biasa la tu kan. Ya, memang keadaan biasa berlaku apabila kita tetiba rindu pada seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita dan kini orang itu berada jauh dari kita. Apatah lagi orang itu pernah menyayangi kita dan kita rapat dengan dia. Tetapi...... kalau kita tetiba rasa rindu sangat dengan orang yang memang rapat dengan kita dan selalu ada depan mata kita, kiranya dekat tapi jauh ler.... adakah itu juga biasa? Pelik, kehidupan kita memang selalunya pelik bin ajaib. Itulah yang aku tengah rasa. Tidak dapat dinafikan, kehidupan dewasa ini amat sibuk. Keluar rumah pagi balik lewat petang. Rutin harian- pergi kerja, balik petang ambil anak-anak sekolah, sampai rumah uruskan pulak hal makan, minum, pakaian dan segala urusan rumahtangga. Begitulah rutin harian. Hari ini tetiba jer rasa rindu sangat dengan suasana romantik bersama suami ketika zaman bercinta dahulu kala. Diam tak diam dah 13 tahun kami berumahtangga. Dia tetap suami yang setia. Sentiasa disisiku dalam susah dan senang. Entah mengapa terasa terlalu merinduinya macam dah terlalu lama tidak berjumpa dan macam dia duduk jauh jer. Walhal setiap hari kami bertemu dan berkomunikasi. Entahlah....... heran jugak kenapa tetiba aku rasa lain macam jer nie... Tak per relaks......... Layan lagu Anuar Zain - Lelaki ini & Ketulusan Hati, 2 lagu hebat yang aku suka dengar kerana melambangkan kasih, sayang & cinta suamiku kepada diriku yang serba kurang ini.

Ahad, 10 Mei 2009

Dunia Medan Permainan

Firman Allah yang bermaksud:
" Maka tiadalah kehidupan dunia ini, selain main-mainan dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya ?" ( Al-An'aam:32 )

Firma Allah lagi yang bermaksud :
" Sesungguhnya kehidupan dunia hanyalah permainan dan senda gurau. Dan jika kamu beriman serta bertakwa, ALLAH akan memberikan pahala kepadamu dan Dia tidak akan meminta-minta hartamu." ( Muhammad: 36 )

Demikian gambaran kehidupan dunia seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Terdapat lebih kurang 17 ayat dalam kitab suci Al-Quran yang menyatakan bahawa kehidupan di dunia adalah medan permainan yang amat dicintai manusia. Sebenarnya dunia sekadar tempat manusia menjalani kehidupan sementara waktu. Atau dengan kata lain dunia adalah jambatan dalam perjalanan manusia ke destinasi iaitu alam yang kekal abadi ( akhirat ). Justeru jadikanlah kesempatan hidup di dunia sebagai peluang untuk membuat amal sebanyak mungkin sebagai persediaan untuk dibawa ke alam kekal nanti. InsyaALLAH.

Apabila aku bosan ?

Hidup ini penuh ketidaktentuan. Ada ketikanya semangat dan keyakinan diri untuk menempuh perjalanan hidup amat berkobar-kobar. Ada kalanya merudum sedikit, naik lagi, turun lagi, paling bimbang turun terus turun nak naik-naik. Parah jadinya. So, bila aku bosan apa aku buat........ aku buat lah apa-apa jer yang aku suka asalkan tidak menyalahi hukum syarak dan tidak melanggari batasan agama sudah. Dosa kecil tu tak dapat dinafikanlah, ya lah aku bukan malaikat. Aku manusia yang penuh dengan kelemahan dan kelalaian. Namun aku mohon pada Tuhan agar sentiasa memberi taufik dan hidayah dalam hidup aku nie.
Aku kalan bosan.......
1. Hah aku pun buka blog aku nie adjust apa yang patut.
2. Aku buka blog kawan2 lain yang ada motivasi.
3. Aku dengar lagu.
4. Aku main ngan anak-anak aku, kekadang aku lak yang lebih-lebih ngalahkan diarang.
5. Aku baca buku motivasi.
6......... dan macam-macam lagilah ikut mood aku.

Sabtu, 9 Mei 2009

Hadiah tidak ternilai


Anakku Nurul Hafizah berusia 8 tahun. Muhammad Hafizuddin berusia 11 tahun. Dua permata hati anugerah Illahi yang tidak ternilai. Sempena Hari Ibu tahun 2009 mereka bersusah payah membeli hadiah di sekolah menggunakan duit belanja sekolah mereka untuk "mama". Sungguh terharu dan sayu hati ini. Sungguh tiada hadiah yang paling bernilai bagi seorang "mama" seperti aku selain daripada kasih sayang anak-anak. Hadiah tidak penting yang penting adalah ingatan ikhlas dan kasih sayang yang terjalin antara kami. Syukur Alhamdulillah.

Rakan-rakan yang menceriakan


Hari terakhir Ketua AADK Johor Bahru menjadi bos sebelum bertukar ke PUSPEN Muar pada 08.05.2009. Wajah-wajah yang sentiasa ceria walau dalam apa jua keadaan pun sentiasa membahagiakan........ Positif Thinking....... Staff AADK Johor Bahru on 08.05.2009 ( Jumaat ).

Insan-insan penyuntik keyakinan diri



Anak-anak yang amat disayangi. Permata hatiku. Membuat diri ini sentiasa istimewa. Meningkatkan keyakinan dan semangat diri untuk meneruskan kehidupan yang penuh ujian dan dugaan. Semoga menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. InsyaALLAH.

Selasa, 5 Mei 2009

Rahmat Tuhan

Kita pohon kekuatan,
Tuhan beri kesulitan untuk jadikan kita kuat.

Kita pohon keteguhan hati,
Tuhan beri masalah untuk di atasi.

Kita pohon keyakinan,
Tuhan beri ujian untuk memantapkan iman dan jiwa.

Kita pohon cinta,
Tuhan berikan insan yang tulus untuk didampingi.

Kadangkala kita tidak dapat apa yang diingini,
Namun kita sentiasa dapat apa yang kita perlukan.

Semua ini rahmat dari ALLAH...... Insaf dan bersyukurlah.

Amanat dan Taubat

Amanat bererti memberikan hak. Sedangkan lawannya adalah khianat bererti mengurangi hak orang lain. Rasulullah SAW bersabda ; " Pembohong, penipu dan pengkhianat tempatnya di Neraka."

Beliau juga bersabda; " Siapa bekerjasama dengan manusia, dia tidak menzalimi mereka dan apabila berkata tidak berbohong, maka dia termasuk dalam orang yang sempurna harga dirinya, terbukti keadilannya dan mestilah berkawan dengannya."

Dirawikan dari Huzaifah bahawa Rasulullah SAW bersabda; " Sesungguhnya amanat akan diangkat dan manusia sama menjual diri. Hampir tidak seorang pun menunaikan amanat hingga dikatakan, "Pada Bani fulan ada orang yang jujur."

Dan ketahuilah bahawa taubat itu wajib berdasarkan beberapa ayat dan hadis. Allah SWT telah berfirman : " Bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan." ( Q.S. An Nur: 31 )

"Hai orang-orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha." ( Q.S. Tahrim: 8 )

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat dan mengasihi orang-orang yang bersuci." ( Q.S. Al-Baqarah: 222 )

Isnin, 4 Mei 2009

Keluhuran Budi Pekerti

Hendaklah kamu berkata benar, kerana berkata benar itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa ke syurga. Bilamana seseorang itu sentiasa membiasakan berkata benar dan cenderung kepada kebenaran, akhirnya orang itu akan dicatat oleh Allah sebagai orang-orang yang benar. Dan jauhilah berkata dusta, kerana dusta itu membawa kepada kejahatan, dan kejahatan itu membawa ke neraka. Bilamana seseorang itu membiasakan berdusta, dan selalu cenderung berdusta, akhirnya ia dicatat di sisi Allah sebagai orang yang pendusta
( Hadith )

Orang yang sempurna Islamnya, ialah orang yang menyelamatkan orang Islam yang lain dari gangguan lidahnya dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya itu ilah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah. ( Hadith )

Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah ia berusaha untuk memperbaikinya dengan tangannya ( kekuasaan ), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya ( nasihat ), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya ( tinggalkan ) dan itulah selemah-lemah iman. ( Hadith )

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupamu, keturunanmu dan kekayaanmu, tetapi yang dipandang oleh Allah adalah keikhlasan hatimu dari amal perbuatanmu. ( Hadith )

Barangsiapa yang mencela kesalahan atau dosa orang lain, maka sebelum mati ia akan berbuat dosa seperti itu pula. ( Hadith )

Kalau perbuatanmu yang baik itu menggembirakan hatimu dan perbuatanmu yang jahat itu meresahkan hatimu, maka itu adalah tanda-tanda bahawa kamu seorang mukmin. ( Hadith )

Jika anda berada dalam jamuan hendaklah menjaga perangai, di rumah orang hendaklah menjaga mata, dalam solat menjaga hati, kalau sendiri menjaga fikiran dan dalam pergaulan menjaga lidah. ( Imam Ghazali )

Empat macam tanda orang-orang yang rendah budi :
1. Membuka rahsia.
2. Pendendam.
3. Suka mengumpat.
4. Memburukkan kawan.

Berlakulah sederhana pada sesiapa juga, hingga orang yang di bawah kita akan menghargai dan orang yang di atas kita akan menyenangi. ( Abul Islami )

Menghilangkan Sifat Dengki

Firman Allah;
Ertinya: " Dan tidaklah sama ( kesannya dan hukumnya ) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah ( kejahatan yang ditujukan kepadamu ) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. ( Surah Fussilat: Ayat 34 )

Penyair Arab menyatakan, ertinya ; Wahai orang yang dengki terhadap nikmat yang kuterima, tahukah engkau kepada siapa engkau tidak beradab? Engkau berkelakuan tidak baik kepada Allah, yakni terhadap hukum-Nya, kerana engkau tidak senang terhadap apa yang Dia beri. lalu Allah menghinakan engkau, dengan menambah nikmat kepadaku dan menutupinya kepadamu.

Penyair Arab juga ada menyatakan, ertinya ; Bersabarlah atas tipudaya orang yang hasad kerana kesabaranmu itu akan membunuh kedengkiannya. Sama seperti api yang memakan dirinya sendiri jika ia tidak mendapat benda untuk dimakan ( dibakar ).