Khamis, 23 April 2009

Kejayaan atau Kegagalan adalah pilihan kita

Hadis Rasulullah S.A.W ;
"Berhati-hati dengan pemikiran kamu kerana ia akan melahirkan perkataan. Berhati-hati dengan perkataan kamu kerana ia akan melahirkan perbuatan. Berhati-hati dengan perbuatan kamu kerana ia akan melahirkan tabiat. berhati-hati dengan tabiat kamu kerana ia akan membentuk karakter kamu. berhati-hati dengan karakter kamu kerana ia akan menentukan destinasi kamu, kegembiraan atau kecelakaan."

- Kita mempunyai tubuh atau diri yang terdiri daripada emosional, intelektual, spiritual dan juga fizikal. Jika kita amati hadis ini kita boleh melihat bahawa diri spiritual kita akan muncul di dalam diri dan alam fizikal kita. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Pemikiran positif membentuk tingkahlaku positif dan menghasilkan kejayaan, pemikiran negatif membentuk tingkahlaku negatif dan membawa ke arah kegagalan, kekecewaan dan kesedihan. Fikir-fikirkan pilihan kita.

Cantik Di Hati

Cukup adalah persoalan kepuasan hati. Cukup hanya boleh diucapkan oleh orang yang bersyukur atas apa yang diperolehi. Tak perlu takut berkata cukup. mengucapkan kata cukup bukan bererti kita berhenti berusaha, 'cukup' juga tidak boleh disama erti anda sudah berpuas hati. Mengucapkan kata cukup membuat kita melihat apa yang telah kita terima, bukan apa yang belum kita dapatkan. Jangan biarkan kerakusan manusia membuat kita sukar untuk mengungkapkan kata cukup. Belajarlah mencukupkan diri dengan apa yang ada pada diri kita hari ini, maka kita akan menjadi manusia yang berbahagia dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Belajarlah untuk berkata 'cukup'.

Jumaat, 17 April 2009

Keyakinan Diri

Satu Impian Lebih Baik Dari Seribu Mimpi, Satu Kesedaran Lebih Baik Dari Seribu Impian, Satu Tindakan Lebih Baik Dari Seribu Kesedaran, Satu Matlamat Lebih Baik Dari Seribu Tindakan, Satu Keihklasan Lebih Baik Dari Seribu Matlamat.Mulakanlah Walaupun Sedikit, Melencong Seinci Rugi Seribu Batu 'KEAZAMAN UNTUK BERJAYAdi atas kegagalan anda semalambinalah bangunan hidupmu buat hari esokletakkan batu-bata tujuan yang teguh, dansediakan puing-puing raksasa dari kejatuhanmu yang silam,ukirkan menara-menara yang hebat, bagimembenam lembah-lembah air mata kehampaan.Usahalah dengan sabar, walaupun usaha anda itu perlahan.Namun dari hari ke sehari, binaan itu akan tumbuh cemerlang.Percayalah kepada Tuhan, dan dengan penuh keyakinan,Bahawa anda akan berjaya dari apa yang anda usahakan.