Selasa, 29 Disember 2009

Nukilan namaku

Ada seorang teman di zaman sekolah yang telah memberikannya padaku. Masa tu birthday aku yang ke 17. Aku hargai hasil susah payah dia untuk memberi ayat kat nama aku nie. Inilah hasil kreatif my best friend:-

R - ramah mesra sifatmu
U - Ucapan manis dari bibirmu
M - Membuat hatiku terpaut padamu
I - Ingin rasanya
N - Naluri hatiku untuk memilikimu
A - Akan tetapi aku sedar diriku ini
H - Hanya seorang insan yang hina

I - Ibarat diriku ini
S - Segenggam garam di lautan sepi
M - Menumpang kasih dari dirimu
A - Abdikan diri kepadamu
I - Ikhlaskan hati untukmu
L - Luahkan apa yang terbuku

Ahad, 27 Disember 2009

Suamiku & Kilang Mee

Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad nie aku jadi driver. Suamiku sibuk ngan kilang mee nya. Hari Jumaat ke pontian jumpa akak yang dah 20 tahun ada pengalaman buat mee kuning nie. Hari Sabtu sehari suntuk dia kat kilang sebab mesin membuat mee nya dah sampai. Hari Ahad sejak dari pukul 7.30 pagi pun sama juga, kami ke kilang mee, suamiku uruskan pemasangan mesin-mesin tu tak siap lagi. Pada ketika dan saat ini, suamiku masih di kilang. Aku balik dulu tadi sebelum masuk waktu maghrib. Itulah dia suamiku terlalu komited ngan kerja. Syukur Alhamdulillah projek mee kuningnya menjadi kenyataan. Semoga usahamu diberkati ALLAH dan dimudahkan segala urusanmu sayang.

Rabu, 23 Disember 2009

Hutan Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

Kakakku dan suaminya pose kat Hutan Bandar Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah

Balik JB Dah

Sejak aku sampai kat JB ari Isnin, aku terlalu sibuk sampai nak coret sesuatu kat blog nie pun tak sempat. Malam nie baru ada masa sikit, nie pun sebab hubby aku tu tengah dok bz ngadap laptop dia. Esok dia ada meeting so kena prepare untuk esok la tu. Aku pun amik peluang nie berbloging. Aku happy sangat coz aku dah berada bersama-sama insan yang aku kasihi, sayangi dan cintai. Hari isnin ari tu aku balik JB sekali ngan kakak dan suaminya, diarang sajer nak berjalan2. Aku pun seronoklah. Dua hari melayan diarang sekali ngan anak2 aku. Bawa diarang jalan2 sekitar JB nie. Senang2 nanti aku nak download gambar diarang bersiar-siar tu. Tengahari tadi baru diarang balik ke Pt. Sulong semula. Takat nie dululah catatan aku. Esok lepas balik dari library aku bloging lagi. Dah janji ngan anak aku esok nak ke library. Petang tadi bawa anak2 aku gi shopping beli pakaian2 sekolah. Hubby aku bagi aku duit untuk gi shopping. Eeemmm apa lai, aku pun bawa ler anak2 aku tu shoping sakan. Hubby aku tak dapat ikut, dia kerja. Kul 5.30petang baru aku gi amik hubby aku balik keja lak. Sajer aku nak hantar n amik dia gi kerja. Aku cuti lai nie. So ada masa untuk melepaskan rindu ngan anak2 n hubby nie.

Ahad, 20 Disember 2009

Hari ini hari terakhir

InsyaALLAH, hari ini merupakan hari terakhir aku kat USM nie. Petang lepas exam last paper jam 5.00-6.30 ptg maka aku pun startlah enjin keta zoooop terus balik ke Johor Bahru. Tak sabar aku nak jumpa anak2 n insan yang aku kasihi ( My love hubby ). Apa pun aku kena berhati-hati memandu. Almaklumlah malam2 nie. Tak per biar lambat asal selamat. Pagi nie bila aku buka jer laptop terus in kat imotivasi. Hohohohohohahahahaha gembira aku bila tengok dah ada beberapa artikel kat dalam tu. Dah ada juga komen2 dari kawan2 lain. Ini bererti blog imotivasi dah sihat semula, semalam dia kena sakit teruk sampai aku pun kena jangkitan sakit hati. Eeeemmmm hilang jap kawalan perasaan semalam. Mana tak nya dah lah hanya ada 1 artikel jer, tu pun artikel maklum blog imotivasi kena hack, dah tu aku nak reply kat artikel tu pun tak boleh. Tapi hari nie.... semuanya dah ok semula. Aku pun bertambah-tambah semangat dah. Semangat nak balik jumpa insan-insan yang sentiasa bersemadi di hatiku ini.

Sabtu, 19 Disember 2009

Sedihnya.....

Ada berita sedih hari ini. Pagi tadi aku ada ler in jap kat blog kesukaan aku ( http://www.imotivasi.com/ ) pas tu aku out. Malam nie lepas exam tadi lebih kurang jam 9.oo malam aku pun cuba ler in lai kat blog tu... aku dapat berita blog tu dah kena hack. Habis semua isi kandungan kat blog tu. Kesian kawan yang buat blog tu. Motivasi2 kat blog tu semuanya best2 sangat. Aku dah dua tahun ikuti blog tu. Artikel2 dalam blog tu leh membuatkan aku senyum, ceria, gembira, bersemangat, berfikiran positif. Tiap kali aku keresahan aku akan layari blog tu. Semangat dari blog imotivasi jugalah yang membuatkan aku memiliki blog aku sendiri nie. Ramai kawan yang aku kenal melalui blog tu. Walaupun tak jumpa secara nyata, hubungan melalui alam maya ini juga memberikan dorongan motivasi yang tak terhingga. Sedih sangat bila blog tu dah kosong sekarang. Tak leh lai tengok link2 blog kawan2 lain. Aku lak tak simpan blog2 diarang tu. Kesian shueqry mesti dia frust jugak. Shueqry ni nama budak yang wat blog imotivasi. Dia budak muda lai baru dapat kerja kat Mahkamah Syariah, Kota Kinabalu. Bagus pemikiran budak nie. Positive Thinker dia banyak memberi sumber inpirasi kepada kawan2 yang berada dalam kekalutan dan kecelaruan minda. Aku ingat kat dunia nyata nie jer orang hasad dengki, rupanya penyakit PHD ( perasaan hasad dengki ) nie melalui internet pun diarang buat jugak. Wahai orang yang telah hack blog imotivasi " kenapalah kau nie dijadikan sebagai manusia kan lebih elok kalau kau dijadikan sebagai setan. Dah memang sah2 kerjanya menyusahkan manusia". Eeeemmm sedihnya aku nie.

Khamis, 17 Disember 2009

SMS Maal Hijrah

Moga-moga ALLAH jadikan pagimu cahaya, Zohormu gembira, Asarmu bahagia, Maghribmu keampunan,Isyakmu keberkatan dan doamu tidak ditolak, diluaskan rezekimu serta ianya tidak diambil semula. Dibuka bagimu pintu syurga tanpa sempadan. Pengalaman lepas sebagai panduan dan azam baru sebagai halatuju ke arah kejayaan. Salam Maal Hijrah 1431.


...... sms ini telah dikirimkan oleh seorang teman. Terima Kasih......

Tabahkanlah Hati

Malam nie aku ada exam - Politik Asia Tenggara. Sejak semalam aku mula mengulangkaji. Aku cuba sedaya upaya fokuskan urusan aku kat USM nie. Perjuangan belum berakhir. Korbankan perasaan rindu yang membara terhadap anak-anak dan suami. Aku tidak boleh mempersiakan pengorbanan diarang dan pengorbanan aku nie. Aku kena kuat. Aku kena tabah. Thinks Positive. I can do it. InsyaALLAH.

Salam Maal Hijrah 1431

1 Muharam 1431 bersamaan 18.12.2009 ( Jumaat )


Rabu, 16 Disember 2009

About Money

Ambillah Waktu

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Semakin Hari Semakin Sayang

Bila memandang gambarmu
Hatiku rasa terharu
Senyuman dibibirmu
Menawan kalbu
Mengapa hanya bayangan
Tak sanggup berjauhan
Andainya kita bersua
Betapa mesra
Kudampingimu oh sayang
Hatiku berlagu riang
Teringat malam dan siang
Bertambah sayang
Sungguh ku terpesona
Terasa kau bersama
Memberi kucupan mesra
Daku bahgia
Semakin hari kukenang
Jiwaku rasa tak senang
Semakin hari kupandang
Semakin sayang....
Semakin sayang.....

Nyanyian : Uji Rashid



Ilmu Baru


Sejak dari tadi malam aku cuba add nuffnang. Dengan line internet kat USM nie yang kjap on kjap off. Eeeem akhirnya dapat gak aku add nuffnang. paling best aku dah dapat letak nuffnang kat blog aku nie. Satu ilmu dan kejayaan buat diri aku. Tambah lagi semangat aku niiihh.

Bisikan Malam


Selasa, 15 Disember 2009

Happy Morning...cheer up our day.


Ciri-ciri kanak-kanak harga diri tinggi

Tadi petang sebelum masuk dewan kuliah, sempat lah aku masuk jap kat Library USM. Cari buku rujukan berkaitan Politik Asia Tenggara. Sedang membelek-belek buku, aku terjumpa pula buku berkaitan kanak-kanak. Terlalu rindu pada anak-anak aku, aku pun terus baca buku tu, maka tak jadilah aku cari buku Politik tu. Antara isi kandungan buku berkaitan kanak-kanak tu, aku berminat nak mengabdikan hasil bacaan aku tu kat blog nie sikit, lain kali aku leh tengok2 semula.

Ciri-ciri kanak-kanak harga diri tinggi.
1. Mudah berkawan
2. Berminat untuk melakukan aktiviti-aktiviti baru
3. Mudah bekerjasama dan patuh pada arahan
4. Boleh mengawal perlakuan
5. Bermain sendiri dan bersama rakan-rakan lain
6. Mempunyai idea-idea tersendiri dan kreatif
7. Riang, bersemangat dan mudah berinteraksi

Menghitung Hari

Setiap hari yang kulalui penuh dengan ranjau dan onak duri, menanggung sarat rindu di hati terhadap anak-anak dan suami yang dikasihi. Lagi 6 hari baru dapat jumpa diarang. Semalam exam paper International Organisasi. Ini bererti ada 3 lagi paper I must face it. Last paper pada 20hb jam 5 ptg. Habis paper tu, ptg tu juga aku calo kluo dari USM go back home.. JB. Rindu sangat kat insan-insan yang sentiasa menceriakan dan memotivasikan diriku ini. Sabarlah sayang-sayangku sekalian. Aku juga terlalu merindui kalian di sana.

Sabtu, 12 Disember 2009


Selamat Tinggal Penderitaan

Langkah demi langkah
Aku teruskan jua
Masa demi masa
Sampai akhirnya
Terima kasih
Atas penghinaan
Yang kau lemparkan
Tangga demi tangga
Kita daki bersama
Jatuh terluka
Bangun semula
Terima kasih
Atas kesakitan
Yang telah kau berikan
Kerana itu penghinaan
Juga cemuhan
Diganti dengan kepujian
Dan kemuliaan
Airmata menjadi permata
Kebencian menjadi cinta
Inilah hidup di dalam dunia
Bak sandiwara
Selamat tinggal kesengsaraan
Selamat tinggal penderitaan
Terima kasih atas pengalaman
Yang kau berikan
Kini terbukti
Cinta yang kualami
Bukannya mimpi
Lautan api boleh menjadi
Oh! Taman salji...

Jumaat, 11 Disember 2009

Demi keranamu.... Degree

Dah dua hari aku tak berkesempatan update blog nie. Bz memang bz giler. Siapkan assigment dan buat ulangkaji untuk exam. Alhamdulillah hanya tinggal satu lagi assigment nak kena siapkan. 5 dah siap, hantar dah pun. Tinggal 1 jer....... Exam lak ada lai 4 paper. Sabar.... sabar.... sabar n tabahkanlah hati demi untuk segulung ijazah. InsyaALLAH.
Happiness keeps you Sweet,
Trials keep you Strong,
Sorrows keep you Human,
Failures keep you humble,
Success keeps You Glowing,
But Only God keeps You Going!

Selasa, 8 Disember 2009

Hakikat Hidup

Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup.

Isnin, 7 Disember 2009

Jangan putus asa

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Ahad, 6 Disember 2009

CINTA



SAHABAT @ TEMAN


Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

Ikhlas terhadap dirimu







Kehidupan Ini

Hidup ini bukanlah suatu jalan yang datar dan ditaburi bunga melainkan adakalanya disirami air mata dan juga darah. ~ Hamka

Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa. Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian. Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaian untuk menyelamatkan diri dan keadaan. Hidup di dunia ini tidak ubah seperti seorang musafir yang sedang bernaung di bawah sebatang pohon yang sebentar kemudian pergi dan meninggalkan pohon tersebut.

Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.
Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.

Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan.

Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya. InsyaALLAH.

Peeehhhhh...... Buku, buku, buku, buku.......


Lebih kurang cam nie lah aku kat USM laaaa nie. Bertimbun ngan buku. Almaklum ajer ler, kat sini ler baru aku nak buka buku untuk exam (PB) dan juga untuk wat tugasan2 yang lum hantar lai. Cuma aku tak lah dok kat atas buku. Buku atas aku jer..... Kita mana leh dok atas buku ilmu.... nanti ilmu tak masuk otak. Buku dok atas kita tak per..... paling tidak pun buku terbuka..... mata dah lelap.

Sabtu, 5 Disember 2009

Hantar SMS percuma

Step 1:Buka laman web ini:http://freesms.cloudapp.net

Step 2: Pada ruangan Mobile Number, masukkan nombor henset kepada siapa yang anda hendak hantar SMS. Pastikan bermula dengan kod negara. Contohnya jika Malaysia, kod negara Malaysia ialah 60. Tulis 60 di depan kemudian baru masukkan nombor henset.
Cth: ( 600127744555 )

Step 3: Pada ruangan Message, tulis SMS yang anda hendak hantar.

Step 4: Pada ruangan Verify, tulis balik Verification Number. Ini bagi mengelakkan SMS ini dihantar secara automatik.
Untuk menguji keberkesanannya, anda cuba hantar pada nombor anda sendiri dahulu.

Jumaat, 4 Disember 2009

Kerlipan Hatiku

Bersinar terang hatiku hari ini. Hari ini aku telah berjaya menyelesaikan tugasan JKP 418 ( Ekonomi Politik Malaysia ). Wah.... senang hatiku, bersinar-sinar cam ada diamond. Esok mula wat tugasan subjek lain lak. InsyaALLAH aku akan terus berusaha menyelesaikan semua tugasan sebelum aku keluar dari USM nie pada 21.12.2009.
Selain dari tugasan, aku ada berita gembira lain jugak....... hari ini teman yang dah lama terputus hubungan, tetiba call aku semula. Eeeeemmmm...... sukar nak digambarkan betapa gembiranya aku. Patutlah dalam minggu nie aku asyik teringat kat teman aku nie, nak contact tak tau no. So aku relaks jer ler. Tetiba dia contact aku, rasa happy sangat ler. Mengerlip riang sepanjang hari.

Peranan Fikiran Positif

Kecemerlangan individu bermula dari hati dan pemikirannya. Oleh sebab itu, untuk mencipta kecemerlangan, ia perlu dimulakan oleh perubahan mindset dan mempositifkan pemikiran dari dalam hatinya terlebih dahulu.

Untuk mencipta perubahan apa yang kita mahu, ia bermula di dalam gambaran mental kita dulu. Selepas itu akan timbul idea yang dijana oleh minda. Dengan idea-idea tu kita perlu melakar strategi. Dari strategi itu kita bertindak menuju matlamat dan mengukur sejauh mana pencapaian kita. Saya tak percaya dengan hanya sekadar berfikir positif kita mampu menjadi cemerlang, Anda mesti bertindak positif, super aktif dan mengambil langkah mengikut ‘peta’ strategi Anda. Perjalanan menuju kecemerlangan ibarat belayar di tengah lautan, Anda perlu ada kompas dan peta untuk mengemudi kapal Anda. Memang pemikiran positif pencetus segala perubahan, tapi ia perlu ada perlaksanaan dengan bertindak melaksanakan apa yang telah dirancang mengikut strategi. Itulah sebabnya mengapa saya berkata berfikir positif saja tak berapa mencukupi untuk mencipta kecemerlangan diri dalam pembelajaran, pekerjaan dan bisnes. Mengapa seringkali Anda rasa tidak ada semangat setiap kali nak pergi kerja ? Jawapannya......

“kerana Anda membenarkan diri Ada jadi tidak bersemangatdan seringkali mengomplen atau tidak puas hati dengan apa jua yang berlaku di sekelilng, lalu sentiasa pula fokuspada perasaan tak puas hati tu.”

Jawapan ini dilihat dari aspek asas dalaman iaitu hati, minda dan tubuh badan. Dalam bahasa Inggerisnya di panggil Mind, Body And Soul. Ketiga-tiganya berkait rapat. Kita jadi tak bersemangat mungkin sebab badan kita lemah, fikiran kita buntu atau jiwa kita yang tak tenang dek gelombang negatif yang bersarang di dalam tubuh kita. Bila kita fikir yang kita ni tak bersemangat, melihat diri kita tak bersemangat dalam gambaran mental kita, maka itulah yang akan jadi! Untuk jadi bersemangat, ubah diri Anda jadi super positif dan sangat ceria dengan mengubah gambaran mental Anda terhadap diri Anda sendiri.
Dalam gambaran mental tu lihat diri Anda sebagai seorang yang ceria, sentiasa tertawa dan bersemangat jadinya setiap kali turun kerja atau tiap kali memulakan rutin harian bisnes Anda.

Buang jauh-jauh segala sakit hati, tak puas hati, geram, dendam mahupun jeles-menjeles, kerana ini menjadi racun pada pembangunan diri Anda termasuk pencapaian Anda. Maafkan orang yang bersalah pada Anda dan lupakan saja kesalahannya, sebab kalau ingat selalu ia akan menarik banyak, lebih banyak, lagi banyak gelombang negatif menetap di hati, minda dan tubuh Anda. Kesannya, Anda susah nak berjaya dalam apa jua bidang.
Law Of Attraction menarik apa saja yang Anda fikirkan. Kalau Anda asyik fikir yang kita tak bersemangat, sampai bila-bila Anda tak akan bersemangat. Melainkan, ubah mindset Anda cari apa yang membuatkan Anda bersemangat. Kemudian, wujudkan suasana yang pernah membuat kita gembira satu ketika dulu. Ingat sesuatu peristiwa lucu yang pernah terjadi dan akan jadi tertawa selepas itu. Tak percaya? Cubalah. Ia bagus untuk menjadikan Anda lebih ceria. Bila Anda dah ceria, memudahkan Anda untuk mencapai apa saja matlamat yang Anda letak.

Kesimpulannya, lihat diri Anda sebagai seorang yang positif, sentiasa bersangka baik dan berbuat baik kepada semua orang. Bila Anda sudah berbuat begitu, Anda akan menarik lebih banyak situasi-situasi baik yang dapat mencemerlangkan diri Anda secemerlang yang mungkin, sehebat yang mungkin. Berani mencuba? Positifkan diri Anda, minda Anda dan jiwa Anda hari ini juga!

Petikan artikel hasil nukilan shueqry ( imotivasi ).

Rama-rama

Seumpama rama-rama
terbang bebas di udara
tanpa ada halangan
aman damai
suka-suka
riang ria tanpa ada rasa duka sengketa
rama-rama
Ekspresi dirimu
menawan hatiku
ingin aku terbang bersamamu
melihat kerenah melihat telatah
manusia yang sering telagah
Ekspedisi ini bagai tiada henti
kan menjadi antologi diri
terhentilah mimpi
terhapuslah sepi
sanubari yang lebih berani
Korus:
Terminal yang pasti
salju fitrah hati
kerna yang sejati
tiada gentar lagi
terbanglah ke sini
mencari abadi
terbanglah ke mari
mencari hakiki
Seumpama rama-rama
Melewati panorama yang penuh
Warna warni
Tawan bunga tawan taman
Dengan aksi lincah berputik
Hidup yang harmoni
Lagu Nyanyian : Ella

Khamis, 3 Disember 2009

Erti persahabatan


Persahabatan umpama pelayaran yang tidak akan tenggelam, sentiasa berusaha menuju ke satu destinasi yang diharapkan bersama. Itulah erti persahabatan di antara aku dengan rakan-rakan seperjuangan sebagai Pelajar Jarak Jauh di USM ini. 3 minggu kami di sini, bersama-sama berhempas pulas menyiapkan tugasan dan menghadapi peperiksaan berterusan ( PB ). Saling ingat mengingatkan dan saling memberi dorongan motivasi agar semangat perjuangan kami tidak luntur di tengah jalan demi untuk mengenggam segulung ijazah. Untuk teman-teman yang kini berada di tahun akhir...... ayuh...... kita teruskan usaha gigih untuk mempertingkatkan CGPA kita. Bagi teman-teman yang baru memulakan perjuangan..... usaha... dan terus usaha... Kejayaan sedang menanti di hadapan. InsyaALLAH.

Rabu, 2 Disember 2009

Kerinduan bertamu di Hatiku



Rindu..... rindu......rindu....... pada suami dan anak-anakku. Inilah pengorbanan hati yang dilakukan untuk menggengam segulung Ijazah. Aku terpaksa menahan rindu sehingga 20.12.2009. Sayang suamiku...... tunggu I balik ya. Doakan kejayaanku di sini. Untuk anak-anakku yang dikasihi... mama luv n miss u all always.

.......Perjuangan Belum Berakhir......


Syukur Alhamdulillah, aku dapat menjejakkan kakiku semula untuk mengikuti Intensif di USM ini. InsyaALLAH ini adalah Kursus Intensif akhir aku di USM. In bererti aku kena pulun betul2 belajar final nie. Diam tak diam aku dah semester akhir Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan. Aku mula mendaftar sebagai pelajar PJJ ( Pengajian Jarak Jauh ) pada Mei 2006. Kini diam tak diam dah tahun akhir aku menjadi pelajar PJJ. Nanti bulan April 2010 adalah penentu segalanya. Ini kerana pada bulan April 2010 adalah final exam.
Aku berkampung kat USM ni dari 30.11.2009 hingga 20.12.2009. Selama 21 hari aku berjauhan dari suami dan anak-anak semata-mata untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar. Terima kasih suamiku, terima kasih anak-anakku di atas sokongan dan pengorbanan kalian. I LOVE U all and MISS U all very much.