Sabtu, 19 Disember 2009

Sedihnya.....

Ada berita sedih hari ini. Pagi tadi aku ada ler in jap kat blog kesukaan aku ( http://www.imotivasi.com/ ) pas tu aku out. Malam nie lepas exam tadi lebih kurang jam 9.oo malam aku pun cuba ler in lai kat blog tu... aku dapat berita blog tu dah kena hack. Habis semua isi kandungan kat blog tu. Kesian kawan yang buat blog tu. Motivasi2 kat blog tu semuanya best2 sangat. Aku dah dua tahun ikuti blog tu. Artikel2 dalam blog tu leh membuatkan aku senyum, ceria, gembira, bersemangat, berfikiran positif. Tiap kali aku keresahan aku akan layari blog tu. Semangat dari blog imotivasi jugalah yang membuatkan aku memiliki blog aku sendiri nie. Ramai kawan yang aku kenal melalui blog tu. Walaupun tak jumpa secara nyata, hubungan melalui alam maya ini juga memberikan dorongan motivasi yang tak terhingga. Sedih sangat bila blog tu dah kosong sekarang. Tak leh lai tengok link2 blog kawan2 lain. Aku lak tak simpan blog2 diarang tu. Kesian shueqry mesti dia frust jugak. Shueqry ni nama budak yang wat blog imotivasi. Dia budak muda lai baru dapat kerja kat Mahkamah Syariah, Kota Kinabalu. Bagus pemikiran budak nie. Positive Thinker dia banyak memberi sumber inpirasi kepada kawan2 yang berada dalam kekalutan dan kecelaruan minda. Aku ingat kat dunia nyata nie jer orang hasad dengki, rupanya penyakit PHD ( perasaan hasad dengki ) nie melalui internet pun diarang buat jugak. Wahai orang yang telah hack blog imotivasi " kenapalah kau nie dijadikan sebagai manusia kan lebih elok kalau kau dijadikan sebagai setan. Dah memang sah2 kerjanya menyusahkan manusia". Eeeemmm sedihnya aku nie.

2 ulasan:

  1. Salamelekom,wbt adikku Mien yang abg kasihi kerana DIA.

    Memang adik berhak berasa sedih kerana ianya adalah cerminan betapa adik mengasihi blog imotivasi. Abg mengetahuinya pagi tadi, selepas mengunjunginya. Dan kini, abg tetap setia menunggu perkembangan selanjutnya.

    Bilamana abg membaca catatan adik di dalam artikel ini, terkejut juga dibuatnya. Memang terkejut.

    Bukanlah kerana cerita imotivasi yang digodam, tetapi kerana api kebencian yang membuak-buak adik muntahkan sehingga menggatakan ianya sebagai setan?

    Nau'zubillah!

    Abg masih menunggu dan jujur abg beritahu, masih tidak mengetahui apa yang terselindung di balik cerita godam-menggodam itu. Adalah lebih baik abg tidak memperkatakan apa-apa buat masa ini. Khuatir menambahkan dosa-dosa dunia pula. Abg masih ingin mengetahui rahsia yang terselindung di balik ceritanya. Abg pasti adikku Shueqry akan berusaha menyelesaikannya...

    BalasPadam
  2. Thanks abgbent. Eeeeemmmm. Sorry ar. Semalam memang geram sgt ler. Hari nie ok dah.

    BalasPadam