Khamis, 3 Disember 2009

Erti persahabatan


Persahabatan umpama pelayaran yang tidak akan tenggelam, sentiasa berusaha menuju ke satu destinasi yang diharapkan bersama. Itulah erti persahabatan di antara aku dengan rakan-rakan seperjuangan sebagai Pelajar Jarak Jauh di USM ini. 3 minggu kami di sini, bersama-sama berhempas pulas menyiapkan tugasan dan menghadapi peperiksaan berterusan ( PB ). Saling ingat mengingatkan dan saling memberi dorongan motivasi agar semangat perjuangan kami tidak luntur di tengah jalan demi untuk mengenggam segulung ijazah. Untuk teman-teman yang kini berada di tahun akhir...... ayuh...... kita teruskan usaha gigih untuk mempertingkatkan CGPA kita. Bagi teman-teman yang baru memulakan perjuangan..... usaha... dan terus usaha... Kejayaan sedang menanti di hadapan. InsyaALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan