Khamis, 23 Julai 2009

Memahami Erti Cinta

Surah Al-Baqarah, ayat 216, bermaksud " Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".
Jadi mengapa paksa diri mengikut semua kehendak hati, sedangkan kita tidak pernah tahu apakah sesuatu itu baik bagi kita. Memang sekarang ini nampaknya dialah pilihan, tetapi benarkah ia terbaik buat kita, tidak pernah kita tahu sebenarnya.
Layanlah cinta yang wujud seadanya, usah bercinta terlalu, kelak diri tidak dapat menerima kenyataan jika sesuatu terjadi. Kemudian minta tolong daripada Allah sebab Dia tahu apa yang terbaik buat kita, sedang kita tidak mengetahuinya.
Buah yang kelihatan ranum kulitnya tiada siapa tahu sama ada ia manis dan tidak berulat di dalamnya. Jadi, tidak perlu berebutkan buah itu, tetapi terima sekiranya ada rezeki, sekiranya tidak, anggap itu pun terbaik buat kita.
Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya. Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindak balas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah sebab orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.
Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran., bukannya pengorbanan membuta tuli. Mereka yang sanggup berkorban maruah dan nyawa demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.
Oleh itu, fahamilah bahawa kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab 'cinta itu buta' tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta. Tolong jangan jadi salah seorang mangsanya.
- petikan dari catatan : Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj ( MW 26 Jun- 2 Julai 2009 )

Jumaat, 3 Julai 2009

Kerinduan Yang Amat Sangat

Kumerindu, merindu selalu, kau selalu, selalu dihatiku. Ukhuk ukhuk ukhuk, sungguh pantas masa berlalu. Diam tak diam sudah hampair 2 bulan aku tak up-date blog aku nie. Entah apa yang aku busy sangat pun aku tak tahu. Tapi seingat-ingat aku lepas final exam USM aku mula buat laman blog nie. Lepas tu aku kemaruk dengan blog dan tiap-tiap hari aku buat catatan baru. Lepas tu aku dah mula miss-miss. Sibuk dengan kerja. Bulan 6 pulak aku bertukar tempat kerja lagi la aku tak der masa. Maklum jer lah kerja tempat baru kena buat benda baru so macam-macam benda ada kat kepala otak aku. Walaupun aku sibuk, hati aku nie selalu ingat kat blog aku nie. Cuma tu lah keadaan membuatkan aku tak berkesempatan membuat catatan baru. Hari nie, aku betuk-betul tak dapat menahan rindu. Maka aku lepaskan juga gian aku kat blog nie dengan catatan baru. Memang aku rindu sangat nak membuat catatan kat laman blog aku nie. Hahahahahahaha aku dah melepaskan kerinduan.