Selasa, 23 Mei 2017

Jiwa Tenang

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan dan ketenangan jiwa.
Dalam tempoh 2 bulan... April & Mei terlalu banyak cerita dan ujian.
07.04.2017 ( Jumaat ) 5.30 pagi terlibat dengan kemalangan. Sehingga hari ini kereta masih dibengkel. Alhamdulillah, aku dah sihat semula dari kecederaan dibahu kiri akibat kemalangan tersebut.

04.05.2017 ( Khamis ) Ibu mertuaku Puan Hjh. Saaidah Binti Hj. Abdul Rahman telah kembali menghadap Allah. Sempat kami menjaganya di hospital sejak 30.04.2017. Syukur Alhamdulillah, diberi peluang kami menjaga ibu disaat akhirnya.

Apapun ujian yang diberi, ianya untuk kami meningkatkan keimanan. Alhamdulillah. Kami dapat melaluinya dengan izin Allah dipermudahkan juga segala urusan kami. Dalam kesulitan ada kemudahan yang Allah beri. Syukur Alhamdulillah.

Isnin, 3 April 2017

Ucapan Darimu

Terima kasih atas kad ucapan kirimanmu. Tiada kata-kata lain mampu ku ucapkan.
Hanya terima kasih. Allah Maha Mengetahui segalanya. Kehidupan yang kita lalui adalah suratan takdir dari-NYA Yang Maha Esa. Bersusah payah abang kirimkan melalui poslaju. Atas izin-NYA jua ingatanmu terhadapku. Terima kasih.
 
 

Ahad, 12 Februari 2017

Tak Pernah Terfikir

                                             Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu,
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah,
Mengapa terjadi
Ku tak pernah terfikir ku kan memiliki cintamu,
Ku tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku,
Mengapa perasaan ini hadir
Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu,
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik untuk dirimu,
Dan jaganlah kau bersedih hanya kerna diriku,
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya
Mengapa terjadi
Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu,
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah,
Ku tak terfikir ku kan milikku cintamu,
Ku tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku
Mengapa terjadi
Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu,
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik untuk dirimu,
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku,
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya
Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu,
Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah,
Mengapa terjadi.

Rabu, 8 Februari 2017

Happy Birthday

Semalam 07.02.2016...... kusangka tahun ini dah tak dapat nak celebrate bersama.
Jika itu takdirnya.... ketentuan dari NYA tiada siapa dapat menghalang. Semalam dpt juga makan bersama walau sekejap. Tiada lagi nak merajuk2 nak gaduh-gaduh.... elok jer berdua. Apapun semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan urusan hidup dunia akhirat. Panjang jodoh kita bersama. InsyaAllah.

Isnin, 6 Februari 2017

HAPPY BIRTHDAY

Esok 07 feb. Ya.....aku ingat....esok birthday seorang insan yang istimewa. Namun apakan daya, kini dia memilih jalan hidupnya sendiri. Dia memilih untuk "curang". Biarkan lah. Bukannya sebelum ini tidak pernah dia lakukan begitu. Kali ini, aku dah malas nak terus sakit hati. Biarlah dia bertanggungjawab terhadap keputusan hidupnya sendiri. Hanya doa tulus ikhlas untuknya kuberikan. Sejak 01.02.2017 lagi bila dia dah maklumkan untuk "curang"... aku dah blok dia dari hidupku. Biarlah semuanya menjadi kenangan sahaja. Hanya mampu doayang baik-baik sahaja utk dia dan juga untuk kami.

Rabu, 18 Januari 2017

Kek Marble

Hari nie bawa kek nie untuk santapan rakan-rakan kat opis. Bukan tujuan untuk promosi jual. Buat kek bila terasa nak makan. Biasanya kek nie untuk hantar ke asrama anak. Memandangkan hujung minggu lepas buat kek nie sebiji... kejap jer habis dah. Malam tadi buat lagi khas untuk kawan-kawan. Ini pun terapi jugak. Nikmatilah hidup ini dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan. Jangan gaduh-gaduh, marah-marah...biarlah hubungan sesame kita nie sentiasa harmoni. Jika ada terkecil hati ke terusik jiwa ke...jangan suka pendam dan jadi dendam. Rugi diri sendiri. Masa yang dah berlalu tidak dapat diganti, diundur semula ke belakang. Oleh itu, biarlah masa-masa yang kita lalaui ini penuh dengan memori indah, kasih saying, harmoni dan bahagia. Amalkan sikap tolak ansur, bantu membantu sesame kita.

Isnin, 16 Januari 2017

Nikmat apa lagi yang hendak kudustakan ?

Hidup ini sudah cukup sempurna kurasa. Mempunyai sepasang cahaya mata yang sedang meningkat dewasa. Mempunyai pasangan hidup yang sangat mengasihi & menyayangi. Mana nak cari pagi-pagi pergi kerja hubby tunggu kita bersiap, bukakan gate, tutupkan gate... pergi kerja diiringi dengan restu dan senyuman seorang suami. Dipesannya "hati-hati ya sayang". Setiap hari itu lah rutinnya.... bertahun-tahun.
Balik kerja pulak... tak perlu bersusah payah nak masak ke buat kerja rumah ke... masing-masing perut dah di isi siap-siap... lepas magrib... sama-sama dok rehat kejap sementara tunggu isyak... sembang, berkongsi cerita... OOOhhhh... syukur.. nikmat bahagia Allah beri. Biarlah kami tak mewah dari segi harta wang ringgit... InsyaAllah.. kami mewah dengan kasih sayang.Terima kasih Allah.

Ahad, 15 Januari 2017

Kuatkan Hati

Aku kena bertindak selamba. Kuatkan hati agar tidak mudah cair dengan ayat2 cinta dari seorang lelaki penggoda. Sejak 2004 lagi.... tak pernah kenal erti putus asa... mengharap aku menjadi isterinya. OOOhhhh....dunia. Macam2 ujian. Aku nie masih status isteri. Selagi suamiku bernyawa, InsyaAllah jodoh kami kuat. Duhai hatiku yang berbolak-balik.... kuserahkan hatiku kepadamu Ya Allah. Segala perjalanan hidup di dunia yang sementara ini kuserahkan dan kuredha takdir Illahi. Hanya kepadamu Ya Allah tempatku bergantung harap. Hidup ini penuh onak duri.... tak sanggup ku terus tersungkur ke lembah kehinaan. Sesungguhnya aku bersyukur dengan setiap apa yang Allah berikan nikmatnya.

Khamis, 12 Januari 2017

Hati Tenang

Alhamdulillah...hari ini hati rasa tenang. Mood Ok.
Rasa bahagia cukup sempurna. Syukur atas nikmat ketenangan Allah berikan hari ini.
Ada ketikanya...mood swing berlaku.... rasa cam dunia nie nak berakhir.
Hari ini semua berjalan lancer. Kerja ok... semua ok.

10.01.2017

Dah jadi tarikh istimewa pulak....
EEEmmmmm....sekeras hati wanita nie macam kerak nasi.
Akhirnya aku akur jua...bila dia tiba-tiba dah terpacak depan mata.
Ok... Baiklah. Berdamai. Lama juga kami berbincang & bersembang.
Result memang tak der..... persahabatan tetap diteruskan .... ko terima perangai cepat meradang aku. Aku terima perangai buruk ko jugak. OK laaa...

Selasa, 3 Januari 2017

Motiffffff ??????????

03 Januari 2017
Sejak malam tadi sampai la pagi nie.....
Berat betul ujian hati nie...
Untuk menempuh jalan bermujahadah memang perlukan kekuatan iman.
Setelah sekian lama kau melukakan hati....
Sejak malam tadi sampai la pagi nie... ada ajer akal nak memikat hati nie...
Lagu Sambutlah Kasih & Tuhan Jagakan Dia.... bertalu-talu kau hantar kat aku kan......
EEEEeeemmmmm lirik lagu tu memang la best... jiwang karat... tangkap leleh..
Boleh melentok liuk dibuatnya.....
Tapi..... itu semua dunia semata.... kepentingan dunia yang dikejar oleh manusia yang mementingkan diri sendiri... Sudah-sudah lah..... Tahun nie umur aku dah 40 tahun......
Aku bertekad tak akan sia-siakan sisa-sisa khudrat yang Allah beri ini lagi.
Ya.... Allah... berilah aku kekuatan hati & iman untuk kekal istiqamah dijalan yang diredhai.
AAmiinn.

Tuhan Jagakan Dia

Hanya dirimu yang ku cinta
Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku

Walau ku tahu kau tak sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku 'kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Walau ku tahu kau takkan sempurna
Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku 'kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku 'kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia
Dia kekasihku 'kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Sambutlah Kasih

Tak pernah ku menduga
Gelora jiwa sesali dada
Aku jatuh dan aku merindu tanpa kepastian
Bagaimanakah nantinya
Aku dapat merasakan
Rasa cinta di hatiku
Hanyalah untukmu kekasihku
Mendung dalam sinar matamu
Kenangan duka masa lalu
Kepasrahan...

Tak ku hiraukan panas mentari lagi
Demi cinta kurela menanti
Takkan goyang walau badai kan melanda
Seribu tahun kutetap setia
Lupakanlah dukamu yang silam
Hulur tanganmu sambut kasihku
Mari bersama kita melangkah
Membina cinta abadi

@@@@@@@@@@@@@@@@

https://www.youtube.com/watch?v=Ro5NNv9CzpA

Isnin, 2 Januari 2017

2017

Hari ini merupakan hari kedua dalam tahun 2017.
Semoga semangat juang meneruskan liku-liku kehidupan tetap berada di jalan yang diredhai Allah.
Bukan mudah untuk melupakan kisah-kisah duka yang lalu. Akhirnya aku membuat keputusan tidak mahu lagi merentap jiwa menyesakkan akal fikiran dengan melupakan kisah-kisah duka itu..... biarkan sahaja kisah-kisah duka itu menjadi kenangan lalu. Jadikan saja kenangan-kenangan duka itu sebagai pembakar semangat meneruskan kehidupan ini. Mulai melakar dan melalui perjalanan hidup dengan tabah, sabar, cekal dan berusaha sentiasa mencari keredhaan Allah. Bukan mudah....aku tahu bukan mudah.... tapi aku perlu cekal dan tabah. Doa...doa...doa...doa...dan terus doa...laksanakan tanggungjawab dan amanah sebaik mungkin. Allah maha mengetahui segala yang ku lalui. Ya...aku yakin Allah tahu aku sedih...ya... aku tau...Allah Maha Melihat aku sedang keletihan dan kepenatan menghadapi ujian hidup ini.....inilah dunia...tempat untuk bersusah payah...bertabahlah wahai jiwa.... pasti ada sinar bahagia di hadapanmu. Yakinlah. Allahuakhbar.

Impianku...semoga Allah pilih aku untuk berada di sini.
Melakukan amal ibadat yang diterima oleh NYA.
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar 
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar 
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar 
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar