Isnin, 2 Januari 2017

2017

Hari ini merupakan hari kedua dalam tahun 2017.
Semoga semangat juang meneruskan liku-liku kehidupan tetap berada di jalan yang diredhai Allah.
Bukan mudah untuk melupakan kisah-kisah duka yang lalu. Akhirnya aku membuat keputusan tidak mahu lagi merentap jiwa menyesakkan akal fikiran dengan melupakan kisah-kisah duka itu..... biarkan sahaja kisah-kisah duka itu menjadi kenangan lalu. Jadikan saja kenangan-kenangan duka itu sebagai pembakar semangat meneruskan kehidupan ini. Mulai melakar dan melalui perjalanan hidup dengan tabah, sabar, cekal dan berusaha sentiasa mencari keredhaan Allah. Bukan mudah....aku tahu bukan mudah.... tapi aku perlu cekal dan tabah. Doa...doa...doa...doa...dan terus doa...laksanakan tanggungjawab dan amanah sebaik mungkin. Allah maha mengetahui segala yang ku lalui. Ya...aku yakin Allah tahu aku sedih...ya... aku tau...Allah Maha Melihat aku sedang keletihan dan kepenatan menghadapi ujian hidup ini.....inilah dunia...tempat untuk bersusah payah...bertabahlah wahai jiwa.... pasti ada sinar bahagia di hadapanmu. Yakinlah. Allahuakhbar.

Impianku...semoga Allah pilih aku untuk berada di sini.
Melakukan amal ibadat yang diterima oleh NYA.
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar 
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar 
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar 
Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan