Ahad, 25 April 2010

Tiga Generasi


Tiga generasi terkini, Makku, aku, anakku. Syukur Alhamdulillah kerana aku masih mempunyai mak untu bersama-samaku berkongsi kebahagian hidup yang aku miliki kini. Sungguh aku bersyukur terhadap anugerah Illahi dalam hidupku ini. Perjalanan hidup yang berliku membuatkan aku menjadi seorang wanita yang matang sebelum waktunya. Kini aku amat bahagia dengan apa yang ada dalam hidupku ini. Alhamdulillah.

Jumaat, 23 April 2010

Exam dah habis

Kenangan di USM sebagai pelajar.

Syukur Alhamdulillah setelah 4 tahun aku mengikuti pengajian secara Jarak Jauh di USM, semalam adalah hari terakhir aku exam. InsyaALLAH semalam adalah penutup kepada pengajian aku untuk mendapatkan segulung Ijazah. Tunggu 25.05.2010 untuk keputusan provosional dan keputusan penuh pada 08.06.2010. Semoga semua subjek yang aku ambil final year nie lulus hendak-NYA. Maka boleh ler aku merasa untuk konvokesyen tahun nie juga. InsyaALLAH.

Isnin, 19 April 2010

Majlis perkahwinan sepupuku

Anak Pak cu, majlis nie pada 14.03.2010 di Felda Palong 9, Negeri Sembilan
Mak mertuaku, aku, anak aku (Hafizah) n hubby ku

Bersama Pak Itam, Mak Anjang, Mak n sepupu.

Pak Itam (Hj. Salleh), Mak Anjang, Mak Mertuaku ( Hjh. Saedah), aku n anakku
Gambar2 nie dimabil sempena majlis persandingan sepupu sebelah suamiku. First time aku sampai ke Felda Palong 9 nie. Jumpa ler aku ngan sanak saudara belah hubby aku. Aku memang rapat ngan pak sedara n mak sedara yang dalam gambar tu. Seronok ler kami bersembang sepanjang jumpa kat majlis kenduri kahwin tu. Syukur Alhamdulillah, dapat jugak kami ke majlis tu. Tak pernah sampai kawasan tu pun, kami redah jer ikut signboard. Malaysia nie dah maju, tak der masalah nak cari tempat. Kami sampai petang sabtu kat majlis tu, esoknya kul 2 baru kami bertolak balik JB. Anak-anak aku happy sangat2. Alhamdulillah. InsyaALLAH bulan 6 2010 nie anak Pak Itam lak kahwin kat Tapah, Perak. Ke sana pulak ler kami. InsyaALLAH.




Birthday Aku


Sempena birthday aku yang ke 33 ari tu.. hubby aku bawa aku n anak2 gie makan2. Sampai jer rumah dia bagi present katanya" sorry tak sempat nak gie beli yang best2". Aku senyum jer. Buka jer, rupanya musical box. Aku suka sangat, coz sejak aku kecil memang aku suka tengok musical box bila dapat peluang gi jalan2 kat bandar. Masa bercinta ngan hubby dulu pun aku suka sgt ngan musical box, tiap kali dapat present dari dia aku mengharapkan dia bagi musical box. Bagi aku, musical box nie kalau dapat dari orang yang kita sayang, kasih dan cinta ertinya sangat bermakna n rasa romantik sangat2. Tak sangka pula aku nie dah umur 33 tahun, anak2 dah besar baru dapat musical box dari insan yang sangat istimewa dalam hidup aku. I LOVE YOU. Perkataan yang tertera kat musical box nie membuatkan hati aku berbunga2 cam rose heart kat atas tu. Indahnya hidup ini. Terima kasih sayang. I LOVE YOU TOO. Syukur Alhamdulillah.




Sabtu, 17 April 2010

Part Time


Inilah kerja part time aku yang baru. Setiap kali cuti, aku akan ke kilang mee suamiku untuk bantu dia proses mee kuning. Satu pengalaman dan bidang kerja baru aku. Just give him moral support. Walaupun tak der gaji tapi aku happy bila tengok hubby aku happy. Aku seronok ikut dia gie ke kilang meenya. Setakat nie, syukur Alhamdulillah usaha dia dan rakan-rakannya dalam membuat mee kuning nie banyak dimudahkan urusannya oleh ALLAH. Aku tumpang gembira. Alhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah.

Syukur Alhamdulillah, berkat kesabaran atas ujian hidup kini kehidupanku telah lengkap dan sempurna. Memiliki sepasang cahaya mata, suami, rumah, kereta, kerjaya, pendidikan, keluarga bahagia. Allah telah menambah lagi nikmat dunia. Dulu aku hanya ada satu kereta kancil. 10 tahun berjasa kepada kami sekeluarga. Perjalanan utara selatan pun dia boleh bawa kami. Sepanjang aku ambil diploma, ulang alik JB-Segamat, JB-Melaka sehinggalah aku amin Degree, ulang alik JB-Penang. Tiap-tiap tahun balik ke Tapah, Perak ( Hari Raya ). Dari anak aku kecil sampai la nie dah umur 12 tahun dan 9 tahun, masih belum berhenti berkhidmat. Akulah drivernya ke sana ke mari sebab kereta kancil aku tu manual. Suamiku tiada kaki kanan jadi tak boleh drive. Kini, telah bertambah lagi satu kereta kepunyaan kami "Pesona Elegant". Alhamdulillah kereta ni adalah automatik. Suamiku pulak sudah ada lesen memandu, jadi sekarang nie dialah yang drive kereta baru kami tu. Aku sangat gembira. Allah telah menjadikan impianku satu kenyataan. Sejak suamiku kemalangan, aku sering berangan agar satu hari nanti suamiku dapat memandu kereta semula. Alhamdulillah, kini impianku semuanya menjadi kenyataan. Syukur Alhamdulillah atas nikmat anugerah ALLAH. Semoga nikmat-nikmat ini tidak membuatkan aku lupa diri. InsyaALLAH.