Sabtu, 30 April 2011

Aku Takkan Bersuara


Berulang kali aku melihat dan mendengar lagu ini. Abang.... terima kasih atas segalanya. Aku bukan yang terbaik untukmu namun aku tidak akan sampai hati mengecewakanmu. Aku akan tetap bertahan di atas kasih sayang dan cinta yang telah wujud di antara kita. Tanpamu aku akan kesepian. Tiada lagi gurau senda dan usikan manja yang menyakat aku sampai aku berasap. Hairan.... pandai jer amik hati bila aku dah naik marah. Terlalu banyak memori indah yang telah kita lalui bersama. Selagi aku bernyawa pasti hatiku dan hatimu bertaut.

Ahad, 17 April 2011

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 pada 14.04.2011

Kenangan terindah dalam penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kali ini bila dapat gambar berdua dengan Ketua Pengarah AADK Malaysia, Dato' Hajah Zuraidah Binti Mohamed. Pemimpin yang menjadi idolaku kerana karisma dan personaliti yang dimilikinya. Sweet memories in my life.
Dari kiri : En. Jumaat, Puan Saerah, En. Azli, Puan Ruminah, Dato' Hjh. Zuraidah, En. Baharuddin, En. Zulkiflee, En. Kassim, En. Ibrahim Bujang, En. Hadi.
Penerima APC 2010 pada 14.04.2011 dari Klinik C&C 1Malaysia, Tampoi. Dari Kiri : En.Hadi, En.Jumaat, Puan Ruminah, Puan Saerah, En.Azli, En.Baha, En.Zulkiflee, En. Kassim.
Dari kiri : Puan Zaiton, En.Azli, Puan Ruminah, En. Baha, Puan Saerah.

Selasa, 5 April 2011

Pelangi Petang

Kutujukan lagu ini khas untuk teman-teman yang telah menjadi pelangi dalam warna hidupku. Love U all.

Sabtu, 2 April 2011

Hadiah Kek di Hari Ulangtahun Kelahiran ke 34


Hadiah Kek ini sempena Birthday yang ke 34 diberikan oleh sahabat yang bertugas di C&C Tampoi. Terima kasih sahabat2 ku kalian telah menambahkan kebahagian dan keceriaan hidupku ini. I love u all my frenz. Terima kasih kerana menyayangi diriku ini. Sesungguhnya sahabat adalah insan yang sentiasa dekat dihati dan berada bersama-samaku ketika susah dan senang. Aku amat menghargai kehadiran kalian dalam hidupku. Thanks u so much.

Happy Birthday to you

Terima kasih suamiku Abdul Jalil di atas pautan klip video ini di wall FaceBook milikku. Aku amat menghargainya. Selama ini aku sangkakan aku hanya sekadar perhiasan dan kemegahan dirimu, ternyata sangkaanku meleset. Sesungguhnya aku tahu dirimu amat menyayangi aku cuma keadaan yang membuatkan dirimu sepi. Aku juga sangat menyayangi dan mengasihi dirimu. Semoga cinta yang tulus dan suci ini mendapat keberkatan dan rahmat Allah dunia dan akhirat. I LOVE U SO MUCH suamiku.