Khamis, 29 Disember 2016

Selamat Tinggal 2016

Bersawang dah. Lama sungguh tidak menulis di laman ini. Seolah-olah tuanya sudah mati.
Hari ini 29.12.2016.  Aku kembali. Kembali melalui hari-hari terakhir tahun 2016. Memulakan lembaran baru untuk tahun 2017. Alhamdulillah, masih diberi nikmat kesihatan untuk meneruskan kehidupan. Masih lagi bersama ahli keluarga yang kukasihi anugerah terindah Allah s.w.t.
Anak-anak semakin membesar. Semakin menginjak dewasa. Puteraku tahun hadapan berusia 19 tahun. Puteriku pula tahun 2017 berusia 16 tahun.

Suamiku..... masih lagi sidia Abdul Jalil Abu Bakar. Jodoh kami masih panjang.( hehehehehehehe )
Usianya tahun depan 56, syukur si dia masih sihat, boleh uruskan diri dan juga uruskan keluarga. Masih setia melayani kerenah ku yang giler tak tentu masa, berangin tak tentu hala....oooohhh...sungguh dasyat....kesian sidia. Syukur, Allah masih berikan dia sebagai suamiku yang setia menemani hari-hariku.

Mengenali sidia sejak umurku 18 tahun...sampailah umur 40 tahun ( InsyaAllah jika panjang umur 2017 ). Allah berikan dia untuk menemani perjalan hidupku. Dari aku tidak punya apa-apa, sehinggalah kini aku telah lengkap memiliki segalanya. Ya... hidupku lengkap. Seorang wanita yang telah sempurna dalam kehidupan dunia...hanya untuk persediaan akhirat sahaja yang aku masih belum lagi.... Dari zero sekarang aku ada :-
1. Dah bergelar isteri selama 20 tahun
2. Bergelar ibu kepada sepasang cahaya mata. Anak-anak pun maju dalam pelajaran
3. Berpendidikan sehingga Ijazah
4. Berkerjaya dari gred 17...27....32...kini di kumpulan pengurusan & professional
5. Memiliki 2 rumah
6. Memiliki 2 kereta
7. Memiliki 2 motor ( 1 dah beri pada orang...1 lagi anak bujang punya )
8. Dapat berbakti kepada kedua ibu bapaku sehingga akhir hayat mereka.
    Bapak telah meninggal pada 15.02.2014 pada usia 70... Al-Fatihah
    Mak pula menyusul pada 10.05.2014 pada usia 67 tahun ...Al-Fatihah
9. Sehingga sekarang aku masih lagi mempunyai hubungan yang akrab dan rapat dengan adik-  
    beradik & saudara mara.
Banyak lagi nikmat hidup yang ALLAH s.w.t. berikan kepadaku sepanjang hidup bersama sidia. Apalagi nikmat Allah yang hendak aku dustakan.