Rabu, 2 Disember 2009

.......Perjuangan Belum Berakhir......


Syukur Alhamdulillah, aku dapat menjejakkan kakiku semula untuk mengikuti Intensif di USM ini. InsyaALLAH ini adalah Kursus Intensif akhir aku di USM. In bererti aku kena pulun betul2 belajar final nie. Diam tak diam aku dah semester akhir Pengajian Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan. Aku mula mendaftar sebagai pelajar PJJ ( Pengajian Jarak Jauh ) pada Mei 2006. Kini diam tak diam dah tahun akhir aku menjadi pelajar PJJ. Nanti bulan April 2010 adalah penentu segalanya. Ini kerana pada bulan April 2010 adalah final exam.
Aku berkampung kat USM ni dari 30.11.2009 hingga 20.12.2009. Selama 21 hari aku berjauhan dari suami dan anak-anak semata-mata untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar. Terima kasih suamiku, terima kasih anak-anakku di atas sokongan dan pengorbanan kalian. I LOVE U all and MISS U all very much.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan