Khamis, 23 April 2009

Kejayaan atau Kegagalan adalah pilihan kita

Hadis Rasulullah S.A.W ;
"Berhati-hati dengan pemikiran kamu kerana ia akan melahirkan perkataan. Berhati-hati dengan perkataan kamu kerana ia akan melahirkan perbuatan. Berhati-hati dengan perbuatan kamu kerana ia akan melahirkan tabiat. berhati-hati dengan tabiat kamu kerana ia akan membentuk karakter kamu. berhati-hati dengan karakter kamu kerana ia akan menentukan destinasi kamu, kegembiraan atau kecelakaan."

- Kita mempunyai tubuh atau diri yang terdiri daripada emosional, intelektual, spiritual dan juga fizikal. Jika kita amati hadis ini kita boleh melihat bahawa diri spiritual kita akan muncul di dalam diri dan alam fizikal kita. Kita adalah apa yang kita fikirkan. Pemikiran positif membentuk tingkahlaku positif dan menghasilkan kejayaan, pemikiran negatif membentuk tingkahlaku negatif dan membawa ke arah kegagalan, kekecewaan dan kesedihan. Fikir-fikirkan pilihan kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan