Khamis, 14 Mei 2009

Segera Bertaubat

Dirawikan dari Ali ra dari Nabi SAW bersabda: "Tertulis di sekitar Arasy empat ribu tahun sebelum makhluk terciptakan; sesungguhnya Allah pengampun orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, kemudian mendapat petunjuk."

Sesungguhnya segera bertaubat dari dosa besar mahupun kecil adalah wajib. Membiasakan dosa kecil akan menjadi dosa besar pula.

" Dan orang-orang apabila mereka berbuat kejahatan atau menganiaya dirinya, mereka akan ingat Allah....." ( Q.S. Al Imran :135 )

Taubat nasuha adalah taubat zahir batin menyesal dan tidak akan mengulanginya lagi. Taubat zahirnya saja bagai panci ditutup sutera indah. Namun ketika orang membukanya akan berpaling jua. Demikianlah melihat orang yang lahirnya taat. Jika kedok itu terbuka di hari kiamat, para Malaikat berpaling. Oleh kerana Rasulullah SAW bersabda," Allah tidak akan melihat rupamu tapi melihat hatimu." Dari Ibnu Abbas ra dia berkata, "Betapa banyak orang yang bertaubat ketika datang hari Kiamat mengira dia telah bertaubat tetapi sebenarnya tidak." Sebab tanpa disertai dengan penyesalan, berjanji tidak akan mengulanginya, membendung kezaliman serta memperbanyak istighfar dengan demikian Allah tidak akan menerima dan menghapuskan dosanya. Orang yang berakal haruslah mengekori diri dan tidak melupakan dosanya. seperti dikatakan:
Wahai orang yang berdosa,
Masa silam jangan engkau lupa,
Taubatlah sebelum mati,
Jika engkau mengakui.

Allah maha pengampun dan penerima taubat. Hanya kita sebagai manusia mestilah sentiasa sedar diri akan kelemahan dan kelalaian yang dilakukan.

1 ulasan:

  1. " Maha Suci Engkau, Ya Allah dan segala puji bagiMu; aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau, aku mohon ampun dan bertaubat padaMu.."

    BalasPadam