Isnin, 4 Mei 2009

Keluhuran Budi Pekerti

Hendaklah kamu berkata benar, kerana berkata benar itu membawa kepada kebaikan dan kebaikan itu membawa ke syurga. Bilamana seseorang itu sentiasa membiasakan berkata benar dan cenderung kepada kebenaran, akhirnya orang itu akan dicatat oleh Allah sebagai orang-orang yang benar. Dan jauhilah berkata dusta, kerana dusta itu membawa kepada kejahatan, dan kejahatan itu membawa ke neraka. Bilamana seseorang itu membiasakan berdusta, dan selalu cenderung berdusta, akhirnya ia dicatat di sisi Allah sebagai orang yang pendusta
( Hadith )

Orang yang sempurna Islamnya, ialah orang yang menyelamatkan orang Islam yang lain dari gangguan lidahnya dan tangannya dan orang yang berhijrah sebenarnya itu ilah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah. ( Hadith )

Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah ia berusaha untuk memperbaikinya dengan tangannya ( kekuasaan ), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya ( nasihat ), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya ( tinggalkan ) dan itulah selemah-lemah iman. ( Hadith )

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupamu, keturunanmu dan kekayaanmu, tetapi yang dipandang oleh Allah adalah keikhlasan hatimu dari amal perbuatanmu. ( Hadith )

Barangsiapa yang mencela kesalahan atau dosa orang lain, maka sebelum mati ia akan berbuat dosa seperti itu pula. ( Hadith )

Kalau perbuatanmu yang baik itu menggembirakan hatimu dan perbuatanmu yang jahat itu meresahkan hatimu, maka itu adalah tanda-tanda bahawa kamu seorang mukmin. ( Hadith )

Jika anda berada dalam jamuan hendaklah menjaga perangai, di rumah orang hendaklah menjaga mata, dalam solat menjaga hati, kalau sendiri menjaga fikiran dan dalam pergaulan menjaga lidah. ( Imam Ghazali )

Empat macam tanda orang-orang yang rendah budi :
1. Membuka rahsia.
2. Pendendam.
3. Suka mengumpat.
4. Memburukkan kawan.

Berlakulah sederhana pada sesiapa juga, hingga orang yang di bawah kita akan menghargai dan orang yang di atas kita akan menyenangi. ( Abul Islami )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan