Selasa, 1 Oktober 2013

Cabaran yang menjerat diri

29.09.2013....satu tarikh keramat yang tidak boleh dilupakan kerana kata-kata sendiri telah menjerat diri. Mahu atau tidak, suka atau benci....sahabatku terpaksa menunaikan janji yang dibina atas keegoan sendiri. Dia telah mencabar seorang lelaki yang telah lama jatuh cinta terhadap dirinya. Bukan cinta biasa tetapi cinta yang sangat luar biasa. Terlalu lama lelaki itu menanti dirinya untuk dijadikan isteri. Memandangkan lelaki berkenaan mempunyai isteri dan sahabatku ini masih bersuami maka cubaan demi cubaan silelaki dengan mudah dipatahkan oleh sahabatku ini. Namun, pada 28.09.2013, sahabatku ini mendapat tahu si lelaki akan menaiki satu van bersama iterinya untuk ke Bangi.. Kebetulan van itu dinaiki juga oleh sahabatku. Maka dengan lancing sahabatku memberitahu kepada si lelaki....jika benar dia lelaki yang tidak takut bini dan benar2 mahu memperisterikannya apabila dia sudah kematian suami, maka buktikan dia boleh naik satu van dengan isterinya tanpa ada persengketaan. ( Sahabatku terlalu yakin bahawa isteri lelaki itu tidak akan naik van sekali dengannya kerana isteri lelaki itu pernah berjumpa, sms dan call menyatakan kebenciaannya pada sahabatku itu ).
   Dijadikan cerita pada 29.09.2013 jam 5 pagi.... kelihatan si lelaki dan si isteri datang untuk naik van. Sahabatku menyatakan jantungnya dah berderau. Habislah dia jika isteri lelaki itu naik van, maka dia terpaksa mengotakan janjinya kepada lelaki itu, apabila cukup edah kerana kematian suaminya maka dia sendiri akan hantar boring nikah kepada lelaki itu dan sanggup bermadu.
hahahahahaa...... akhirnya tepat jam 6.00 pagi, semua penumpang naik van termasuklah sahabatku, lelaki yang giler kat dia dan juga isteri lelaki tadi. Perjalanan selamat sehingga ke Bangi. Maka " terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata kena lah kotakan" Kesian sahabatku, terpaksalah dia doa agar suaminya panjang umur agar dia tidak menjadi isteri kepada lelaki tadi dan bermadu pulak. Kesian, kesian, kesian. hahahhhahahahaa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan