Sabtu, 2 Januari 2010

Tahun 2010

Menjelangnya tahun 2010 maka menginjaklah lagi usiaku setahun. Ini bererti umurku dah 33tahun. Dalam tempoh 33 tahun aku hidup di dunia ini aku amat bersyukur kerana aku masih cukup sifat. ALLAH memberiku rezeki yang mencukupi untuk aku hidup bahagia di dunia yang sementara ini. Ada suami yang menyayangiku, ada anak-anak permata hatiku, ada ahli keluarga dan sanak saudara yang menyerikan hidupku, ada rakan-rakan yang menceriakan diriku. Ada rumah untuk aku berteduh, ada kenderaan untuk mempercepatkan perjalananku. Indah sungguh indah hidup ini. Namun, apabila aku teringat tentang kematian, hatiku menjadi gentar, teramat gentar. Amalanku? Cukupkah amalanku untuk menghadap Rabbul Izzati. Kiranya nyawaku terpisah dari jasad petang ini atau malam nanti atau esok hari, ALLAH. Tidak terbayang aku dimanakah tempatku nanti. Hidup didunia ini hanya sementara dan permainan sahaja. Hidup yang hakikat adalah alam akhirat. Ku pohon bantuanmu, perlindungan darimu dan rahmatmu Ya ALLAH untuk aku meneruskan kehidupan dunia dan akhirat. Amin.
Al- Fatihah untuk diriku dan juga semua kaum muslimin dan muslimat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan