Khamis, 7 Januari 2010

Cerpen Semalam Yang Terakhir

"Apa khabar sayang? Semoga sayang sejahtera dan bahagia selalu"kata Erman. Sarah hanya membisu, lama suasana sepi. Dengan nada perlahan sarah berkata " Bagaimana untuk sarah merasa bahagia apabila insan yang Sarah sayangi dan kasihi telah mendiamkan diri sekian lamanya, baru hari ini kita bersua semula". Erman hanya mendiamkan diri dan memandang tepat ke wajah sarah. Kopitiam tempat mereka selalu menikmati roti bakar milo menjadi saksi pertemuan mereka. Kenangan demi kenangan kembali menerpa minda mereka berdua. Saat indah perkongsian kasih antara mereka amat sukar dipadam dari kotak minda dan mata hati. Kasih yang bertaut telah tertanam erat di dalam dua jiwa. Namun apakan daya mereka, kasih yang terjalin masih belum kesampaian untuk disatukan secara rasmi. Terlalu banyak halangan dan dugaan yang mereka tempuhi.
Pertemuan mereka pada petang itu adalah pertemuan terakhir. Sarah telah berjanji kepada dirinya sendiri, kasih dan sayang yang wujud antara dirinya dan Erman tidak akan pernah terpadam. Demi untuk kesejahteraan Erman, Sarah sanggup berkorban untuk menghentikan pertemuan antara mereka berdua. Sarah tidak mahu kerana kedegilan mereka untuk terus berjumpa akan memudaratkan kesejahteraan Erman. Biarlah mereka membawa haluan masing-masing, kalau ada jodoh pasti akan kembali semula untuk bersama satu hari nanti. Sarah sudah biasa dengan kesunyian dan sendirian mengharungi dugaan hidup. Kehadiran Erman telah mewarnai hidup Sarah. walaupun hanya untuk seketika, Sarah bersyukur kerana kasih yang bertaut telah dapat mengubah hati Sarah terhadap nilai kasih sayang seorang lelaki. Hati Sarah keras. Namun setelah kehadiran Erman, kekerasan hatinya telah menjadi seperti sekeras kerak nasi. Bagi Erman, walau apapun yang terjadi dia tetap mahu memiliki Sarah. Kali ini Erman terpaksa akur, dia harus mengundur setapak dari kedegilannya. Tekadnya satu hari nanti Sarah pasti menjadi miliknya. Biarlah jasad mereka berjauhan, namun kasih sayang yang wujud antara mereka akan sentiasa bertaut dan bersemadi di dalam sanubari. Semalam adalah terakhir antara mereka. Tiada lagi perhubungan dan pertemuan secara nyata. Yang tinggal hanyalah kenangan terindah antara mereka berdua. Itulah permintaan Sarah yang terpaksa diakuri oleh Erman. "Sayang walaupun apapun terjadi, aku tetap sayang padamu".

-Ini adalah petikan dari Cerpen bertajuk "Semalam Yang Terakhir". Seronok baca cerpen nie, sedih sampai meleleh airmata. Nak tulis semua tak boleh, hak cipta terpelihara penulis asal. So amik jer petikannya sikit.
Cerpen Hasil nukilan Ehsany/cinta. Dibaca pada 03 Januari 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan