Isnin, 9 Mei 2011

Selamat Tinggal Sayangku




Kenangan terindah selama 11 tahun bersama JFR 3332. Kereta yang sangat berjasa kepada diriku sekeluarga. Dari mula belajar untuk mendapatkan Diploma di Universiti Teknologi MARA, Lendu, Melaka sehinggalah mendapat segulung ijazah dari Universiti Sains Malaysia. Setiap tahun bawa kami sekeluarga balik ke Kampung di Tapah Road, Perak. Hari terakhir aku bersamanya aku menanggis sendirian kerana terlalu sedih hendak menyerahkan dia di kedai kereta. 06.05.2011 jam 2.30 petang dengan berat hati kuserahkan dia untuk ditukarkan dengan sebuah Stria Neo berwarna oren. Kalau aku ada duit yang mencukupi pasti tidak aku jual dia untuk Satria Neo. Semoga dia mendapat tuan baru yang berduit dan boleh jaga dia dengan lebih baik. Kini Satria Neo pula kuharapkan dapat berkhidmat denganku. Selamat tinggal sayangku JFR 3332.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan