Isnin, 10 Oktober 2011

Cerita menyentuh hati.

Cerita soffiya yang ditayangkan oleh TV3 setiap hari jam 7-8 malam, benar-benar menyentuh hati. Kisah penderitaan seorang remaja perempuan yang memiliki ketabahan dan kecekalan hati untuk meneruskan kehidupan. Kisah hari ini 10.10.2011 - soffiya (yaya) dilanggar kereta, berada di hospital, ditemani oleh En. Kamal, setelah Yaya sedar En. Kamal memperdengarkan lagu, Kak Ton datang ke hospital, melawat Yaya dan meminta En. Kamal tukar lagu sentimental kepada lagu yang lebih rancal, kemudian berjoget. Gelagat Kak Ton dan En. Kamal telah membuatkan Yaya tergelak. Setelah bertahun Yaya meratapi kehidupannya dengan pelbagai musibah, pada hari itu dan hari-hari berikutnya Yaya mampu tersenyum dan tergelak di samping En. Kamal dan Kak Ton. Sungguh jalan cerita hari ini membuatkan aku mengalirkan air mata.
     Seketika aku terkenang kisah hidupku sendiri. Tidak kurang hebatnya ujian dan cabaran hidup yang ku lalui. Sejak di alam kanak-kanak, alam remaja dan alam dewasa. Sesungguhnya Allah amat menyayangi dan hampir denganku. Oleh kerana itu, ujian dan dugaan hidup silih berganti, Allah menganugerahkan ketabahan dan kecekalan dihati ini untuk meneruskan kehidupan. Syukur Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan