Sabtu, 1 Oktober 2011

Antara cinta suci dan nafsu

          Sejak bergelar seorang isteri dapat aku merasakan cinta yang terjalin adalah cinta suci. Apabila cinta disudahi dengan ikatan ijab dan kabul maka cinta ini di redhai oleh Allah. Maka seterusnya, kita sebagai hamba NYA hendaklah berusaha untuk mengekalkan hubungan suci ke arah yang dirahmati dan diredhai Allah dunia dan akhirat.
        Usaha yang murni pasti akan diuji, dipertengahan jalan sudah pasti cinta suci ini akan diuji dengan cinta nafsu. Di sinilah amat diperlukan pemikiran dan perasaan yang berpaksikan keyakinan kepada Allah yang hakiki. Ini kerana cinta nafsu seringkali mengkaburi cinta suci. Cinta nafsu menutupi segala pemikiran bersih, cinta nafsu membutakan hati menjadi tuli. Hanya dengan bantuan Allah sahaja dapat menyelamatkan cinta suci. Walaupun kadangkala merasakan diri telah jauh hanyut, tetapi jangan sesekali membiarkan kehanyutan tersebut menyebabkan diri lemas tanpa mendapatkan bantuan.
       Sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang, kembalilah kepada cinta suci yang diredhai Allah, pasti cinta nafsu akan berlalu pergi. Biarkan cinta  nafsu itu berlalu pergi, jangan diringi dengan tangisan sedih, iringilah berlalunya cinta nafsu itu dengan tangisan kesyukuran. Ini kerana cinta suci telah kembali menerangi hati yang telah kelam dan kabur, kini hati kembali berseri bersama cinta suci anugerah Allah. Syukurilah apa yang telah diberi oleh Allah kepadamu. Pada usia sebegini, hidupmu telah sebagai seorang wanita yang memiliki segala-galanya. Kamu memiliki rupa yang menarik, berkarisma, berkerjaya, suami yang bertanggungjawab dan menyayangimu sepenuh hati dengan caranya sendiri, anak-anak yang comel dan bijak. Segala-galanya anugerah Illahi yang tidak ternilai. Biarkab cinta nafsu itu pergi, jangan dicari dan dikenang lagi. Peliharalah cinta suci yang telah bersemi dan tersemadi di hatimu. Ketenangan milikmu anugerah Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan