Isnin, 28 Januari 2013

Wulan Merindu-Cici Paramida

Bersamamu Sayang



Walau hanya seketika, namun ianya cukup membahagiakan dan mendamaikan hati dan perasaan. Berada bersamamu di tempat yang menjadi kegemaranku di saat aku kegundahan adalah satu kenangan yang sangat indah. Terima kasih sayang kerana berada di sampingku. Aku tahu ketulusan hatimu. - 26 Januari 2012

http://www.youtube.com/watch?v=yB6Y9lMCIVA

Ahad, 18 November 2012

Khamis, 18 Oktober 2012

Ku lepaskan lelahku dibahumu

Abaaannnggggg....hari ini mean menangis dan meluahkan perasaan sepuas-puasnya dalam pelukanmu. Mean tak tahu sampai bila mean mampu bertahan menghadapi ujian ini. Dalam dakapan abang, mean rasa amat disayangi, mean menangis di bahu abang....abang hanya membisu sambil tangan membelai mean tanpa henti. Mean tahu abang terlalu menyayangi dan mengasihi mean.Abang tak suka tgok mean menanggis, tapi hari ini mean dah tak mampu nak tahan lagi...mean luahkan segala yang terbuku di hati. Bukan bermaksud mean menyalahkan takdir dan tak redha di atas ujian Tuhan, hanya sekadar melepaskan bebanan perasaan ini kepadamu sayang. Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar setia. Mean amat bersyukur atas kurniaan Tuhan, menjadikan dirimu peneman setiaku di saat duka, kecewa dan juga disaat gembira dan bhgiaku. Terima kasih Allah. Syukur Alhamdulillah. Benar....selepas mean meluahkan segala yang terbuku di hati...lega rasanya...terlena kita bersama dalam dakapan abang yang sungguh membahagiakan.
http://www.youtube.com/watch?v=02SCOpu3jP4

Sabtu, 13 Oktober 2012

Kau Tak Pernah Jauh


Abang.....abang tak pernah jauh dari hati mean. Walau seribu liku didepanku, akan tetapku tempuh untuk bersamamu sayang. Walau ada ketikanya mean terpaksa menunggu abang...mean redha...mean ikhlas sayang abang dan sentiasa bersedia khidmat untuk abang. Kerana kau membuat hidup ini lebih bererti . Semoga Allah terus mengizinkan untuk kita kekal bersama.

Aktiviti bersama

Setelah setahun bertangguh...akhirnya hari ini tertunai juga hajat abang untuk mengecat rumah kita. Alhamdulillah...cantik dah rumah kita sayang. Bahagianya kita hari ini...abang cat rumah...mean mengemas rumah...nampak lah seri rumah kita.....siap jer kerja..macam biasalah...berehat lah kita...melelapkan mata. Hujan pulak diluar sana...sedar2 dah azan asar...cepat2 bersiap...abang dah lapar.... mean tak masak..jom gie makan. Indahnya hidup ini. Terima kasih Tuhan kerana memberikan nikmat bahagia ini kepada kami. Semoga niat suci kami dikabulkan jua....dan  kami akan kekal bahagia bersama begini selamanya dunia akhirat. Ampunilah dosa-dosa kami Ya Allah, kabulkan lah doa kami agar kami tetap bersama dan menjadi insan yang soleh & solehah, hidup dirahmati dan diredhai olehmu Ya Allah. Hanya kepadamu kami menyerahkan segalanya dan kepadamulah kami berharap Ya Allah.

Rabu, 10 Oktober 2012

Muara Hati


Abang sayang mean. Setiap hari itulah ucapanmu terhadapku abang. Semoga kita kekal bahagia bersama dunia akhirat.