Ahad, 13 Mei 2012

Selamat Hari Ibu

Dah malam baru dapat bagi bunga kat mama - kata anak aku. Huhuhuhuhu sungguh terharu, seharian tunggu masa sesuai nak bagi bunga kat mama dia yg bz.... over bz ler dah nie. Love u always. Lai terharu nila dia kata, masa mama gie program t...adi, adik n abah gie tgok abang Hafiz kat asrama, dia pun kirim salam kata " Selamat Hari Ibu". Moralnya - tema hari ibu 2012 " Ibu berkerjaya sentiasa di sisi " eeemmmmm sesuai jika di tambah "sentiasa di hati ".

Sabtu, 7 April 2012

07.04.2012, lawatan PM di Batu Pahat

Kenangan sempena Program lawatan Perdana Menteri ke Batu Pahat pada 07.04.2012. Tak dapat gambar dengan Pm dapat pose dengan Dato' Hishamuddin, Menteri Dalam Negeri pun ok gak.




 Member ni minat sangat dengan ex-menteri nama Chua Sui Lek. hahahahahha

Isnin, 2 April 2012

Birthday Mama, 30.03.2012

Terima kasih kepada suamiku dan anak-anak yang bersusah payah beli kek dan sambut Birthday mama. Kita makan bersama dalam suasana yang harmoni. Sayang kamu semua dunia akhirat.



Birthday Hafizuddin pada 03.02.2012




Selasa, 1 November 2011

Gaduh manja

Sejak semalam bawa ke hari nie, kami ada sikit krisis. Semalam dengan penuh ketenangan dan keikhlasan aku rela ditinggal2 kan oleh dia. Aku relax sangat. Hari nie, pagi nie, entah kenapa aku berubah fikiran. Aku tak sanggup nak berjauhan dengan dia. Aku pun mulalah buat perangai, tiba2 dia naik hangin. Dah macam kena rasuk hantu lak laki aku nie. Aku pulak bila dia dah naik antu... aku gelabah dah..... relax, cool, dalam hati Tuhan jer yang tahu. Syukur, petang tadi gone case. Abang dah ok, aku pun ok lah sangat. He said " abang sayang min sangat2" Kalau min tak der abang akan jadi murung, abang akan masuk hospital. Abang " min pun sayang sangat2 kat abang". Kalau abang tak der, jiwa min kosong. Umpama jasad tak bernyawa. Tapi min kena kuatkan semangat untuk terus hidup. Allah maha mengetahui, Allah adil. Yang penting kita jangan aniaya orang lain ya abang. Kita jaga hubungan kita, kita jaga anak-anak amanah Allah.
Mean sayang abang. InsyaAllah kita sama-sama khidmat jaga hubungan kita. Moga Allah mudahkan urusan kita ke arah kebaikan.

Rabu, 19 Oktober 2011