Sabtu, 2 April 2011

Hadiah Kek di Hari Ulangtahun Kelahiran ke 34


Hadiah Kek ini sempena Birthday yang ke 34 diberikan oleh sahabat yang bertugas di C&C Tampoi. Terima kasih sahabat2 ku kalian telah menambahkan kebahagian dan keceriaan hidupku ini. I love u all my frenz. Terima kasih kerana menyayangi diriku ini. Sesungguhnya sahabat adalah insan yang sentiasa dekat dihati dan berada bersama-samaku ketika susah dan senang. Aku amat menghargai kehadiran kalian dalam hidupku. Thanks u so much.

Happy Birthday to you

Terima kasih suamiku Abdul Jalil di atas pautan klip video ini di wall FaceBook milikku. Aku amat menghargainya. Selama ini aku sangkakan aku hanya sekadar perhiasan dan kemegahan dirimu, ternyata sangkaanku meleset. Sesungguhnya aku tahu dirimu amat menyayangi aku cuma keadaan yang membuatkan dirimu sepi. Aku juga sangat menyayangi dan mengasihi dirimu. Semoga cinta yang tulus dan suci ini mendapat keberkatan dan rahmat Allah dunia dan akhirat. I LOVE U SO MUCH suamiku.

Ahad, 20 Mac 2011

Percutian pada 11-16 Mac 2011

Percutian keluargaku sempena cuti sekolah pada 11 Mac 2011 hingga 16 Mac 2011. Percutian yang melibatkan beberapa buah negeri. Selangor, Kedah, Perlis, Penang, Perak, Melaka dan Johor. Percutian ini sempena sambutan 1/2 abad reunion Sek.Men. Sains Kedah 1978 iaitu suamiku tingkatan 1- 5 di sana. Kumpulan ini mengadakan sambutan reunion sempena umur mereka 50 tahun. Sambutan di jalankan di Pendang Lake Resort, Kedah. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Dah pergi jalan jauh-jauh, keluarlah budget sikit bawa anak-anak berjalan. Jauh perjalanan luas pemandangan.
Reunion S.M. Sains Kedah 1/2 abad.

Suamiku dan sahabat-sahabatnya yang semuanya berumur 50 tahun.

Pemandangan di Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah pada waktu senja,- 12.03.2011.

Pemandangan di Kota Melaka dari Menara Taming Sari,- 16.03.2011.

Menginap di Highway Hotel, Rawang, Selangor pada hari pertama, 11.03.2011

Bersiar-siar di Kota Melaka.-16.03.2011

Di dalam Muzium Samudera, Melaka Bandaraya Bersejarah.-16.03.2011



Pemandangan dari Menara Taming Sari.

Penginapan di Pendang Lake Resort pada 12-13 Mac 2011 sempena reunion hubby
(S.M. Sains Kedah becth 1978 - sambutan 1/2 abad )

Happy time di Lost World of Tambun, Ipoh, Perak pada 14.03.2011

Mandi-manda di Lost World of Tambun, Ipoh, Perak -14.03.2011

Home town my lovely hubby. Kg. Changkat Dermawan, Tapah Road, Tapah, Perak
( 14-16 Mac 2011 )

Gambar di rumah ibu mertuaku, Kg. Changkat Dermawan, Tapah Road, Tapah, Perak.


Di Tasek, Pendang Lake Resort.
Lost World of Tambun


Ahad, 6 Februari 2011

Keluargaku

Nurul Hafizah bersama ayahnya di pinggir bandar Pontian

Nana (anak sedara), Emakku sayang, Hafizah (anakku), aku

Hafizuddin ( anakku) bersama atuknya ( Ismail )
Hari pertama pendaftaran di Sekolah Maahad Pontian ( Hafiz & ayahnya)
Ibu dan ayah yang amat bermakna dalam hidupku.

Sabtu, 29 Januari 2011

Hidup dan Kehidupan

Allah memberi nyawa untuk kita hidup. Kita perlu terus berusaha untuk kehidupan. Berusaha untuk mencari rezeki, berusaha untuk meningkatkan amal, berusaha mencari ilmu, berusaha untuk sabar, berusaha menahan kemarahan, berusaha mengurus stress, berusaha untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, berusaha untuk bahagia dan gembira, segala-galanya perlu usaha. Inilah kehidupan. Kehidupan yang sentiasa diuji. Gembira, sedih, susah, senang, rasa suka, duka, cinta, benci, kasih, sayang, makan, minum, lapar, dahaga, semuanya silih berganti. Kehidupan ini tidak statik. Rasa gembira tidak akan terus menerus gembira, sesekali akan disulami rasa sedih, resah, muram, gelisah. Rasa kecewa juga tidak akan berterusan kecewa, kerana pasti akan muncul rasa bahagia. Hanya kita yang perlu membuat pilihan hidup untuk kehidupan. Sesungguhnya jika kita berada di landasan yang benar, untuk memilih jalan hidup tidaklah susah kerana kita telah dibekalkan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. InsyaAllah. Hidup untuk kehidupan didunia ini adalah sementara dan main-main saja, tetapi hidup di kehidupan akhirat adalah kekal abadi. Jika kita silap memilih jalan hidup sementara kehidupan didunia ini maka kita akan hidup sengsara untuk kehidupan di akhirat. Namun, apabila kita memilih jalan Allah untuk hidup di kehidupan dunia ini maka kita akan hidup gembira dan nikmat di kehidupan akhirat nanti. InsyaALLAH. Teruskan berjihad untuk hidup di kehidupan dunia yang semntara ini.

Sabtu, 22 Januari 2011

Kenangan Terindah 1997

Bergambar atas ferry dalam perjalanan ke Pulau Tioman "Honeymoon"
Honeymoon di Pulau Tioman pada 04.05.1997 hingga 08.-5.1997

Majlis makan potong kek dan makan suap-suap.

Selesai akad nikah di Masjid Jamik Kg. Separap, Batu Pahat, Johor pada 02.05.1997


Majlis persandingan pada 02.05.1997 jam 3 petang.

Sabtu, 15 Januari 2011

For The Rest Of My Life


Suamiku, andainya satu hari nanti dirimu melayari blog ini, maka ketahuilah olehmu bahawa dirimu amat bermakna dalam hidupku. Aku akan sentiasa berada bersamamu, susah dan senang di dalam melayari kehidupan ini. Lirik lagu ini membawa makna yang cukup mendalam kutujukan khas untukmu sayang.