Ahad, 25 Mei 2014

Kerana Kasihmu

Pada 22.05.2014 adalah birthday seseorang yang rapat denganmu. Namun pada hari itu tidak kau bersamanya. Malah kau bersamaku sejak jam 4 petang hingga 9.30 malam. Sungguh kasihmu padaku mengatasi sayangmu pada seseorang lain yang berada dekat denganmu. Sayangku...maaf kerana terlalu berprasangka padamu. Sungguh apa yang kau nyatakan bahawa "diriku sangat kau sayangi adalah benar" bukan hanya dengan kata-kata namun dengan perlakuan juga kau buktikan. Terima kasih sayangku.

Rabu, 16 April 2014

Tiada Lagi Kata Cintaku


Sia sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu

Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu

Mawar itu milik aku


Disaat mawar itu mulai layu, menjatuhkan kelopak indahnya satu persatu dan hanya tersisa tangkai kecilnya yang berusaha tetap kukuh, mempertahankan dirinya untuk tetap berdiri.
Kini, tidak ada lagi keindahan darinya, hanyalah duri tajam, menyakitkan siapa saja yang cuba meraihnya, tanpa ada keindahan di dalamnya. Mawar tersebut tertunduk, berharap datang seekor kupu-kupu yang membawa serbuk-serbuk; pembawa kehidupan yang baru.

Cinta itu seperti mawar, indah, namun menyakitkan, memiliki pertahanan, namun rapuh.
Setangkai mawar yang indah, akan menjadi kebun mawar yang subur dan jauh lebih indah jika terdapat cukup unsur yang melengkapinya. Sebaliknya, jika mawar tersebut dibiarkan tumbuh tanpa ada unsur yang menyertainya, akan layu, tanpa meninggalkan setitik pun keindahan. Warna cerahnya akan pudar, berubah menjadi hitam kelam. Wanginya yang lembut, akan hilang, tanpa meninggalkan bekas. Tangkainya yang kukuh, perlahan tertunduk; layu . Sama seperti cinta; tanpa kepercayaan, saling menghargai, perhatian, saling mengerti, dan kasih yang tulus ianya tiada erti untuk hidup bercinta. Tinggalkan sajer cinta itu…biarkan ianya hanya sekadar memori.


Rabu, 29 Januari 2014

Cinta Tak Kenal Siapa

Tidak salah rasanya
Andai kumemuja
Anggun di wajahmu
Kerna hati ini dah tertawan
Cinta tak kenal siapa
Hadir tanpa dipaksa
Walau berkecai badan
Melepaskanmu
Aku rela berputih tulang
Dan tak sanggup aku lihat
Engkau dipimpin oleh insan lain...Oh
Dan tak sanggup aku dengar
Tentang keburukanmu...Ooh
Hendak kuhampirimu
Untukku luahkan semuanya
Sayangnya lidahku kelu
Apa lagi yang harus kuperbuat
Agar kau mengerti maksud tersirat
Maka terpaksalah aku melepaskan
Apa yang telah tersimpan sekian lama
Aku cintakanmu Aku perlukanmu
Untuk mengisi ruang kekosongan
Kau merenung bersahaja
Lalu (kau) tersenyum tanda rela
Kemarilah kekasih
Tak perlu kau menoleh
Aku di depanmu bukanlah bayang
Kuingin cipta sejarah
Sejarah indah...denganmu

http://www.youtube.com/watch?v=uWsYAXEY5YQ
- abang minta mean dengar lagu nie kan sayang..... sungguh mean terharu.

Jumaat, 24 Januari 2014

Lovely Day

Bermula perjalanan sejak dari jam 6.00 pagi. Pelbagai keindahan dan nikmat Allah telah kami rasai bersama. Perjalanan yang tidak dirancang . Hanya pengisian masa secara bersama. Penuh dengan kasih sayang. Penuh dengan kemesraan, kemanjaan, sungguh indah nikmat kehidupan di dunia.


Bersama kita di awan biru.

Sungguh indah ciptaan ALLAH
 
Berada kita bersama di KLIA, sarapan disini
Bergerak ke KL Sentral
 
 
Menaiki Rapid KL ke KLCC ( kelakar kan, sama2 tak tahu )
Minum pagi di sini...ooohhhh romantiknya kita relax.
 
Sambil  menyaksikan air pancut yang indah di KLCC
Lepas tu kita merayap di Bukit Bintang ( best sangat2 terasa kasih sayangmu penuh diberikan kepadaku )

Lewat petang kita naik Monorail dari Bukit Bintang ke KL Sentral semula
Samapi di KL Sentral kita naik Komuter ke TBS
 
Kita makan2 kat medan selera TBS.....bestnyaa...sayang
 
Kita akhiri road tour kita dengan ini menuju destinasi kita.
Tak sudah2 dan tak jemu2 sepanjang perjalanan abang pegang tangan mean sambil mengucapkan kata-kata "abang sayang mean sangat" n "terima kasih sayang". Terbalik dunia pun abang tak akan lepaskan mean. I Love u to so much sayangku.


 
23-1-2014 ( 6 a.m-10.30 p.m ) -a journey of love.

Khamis, 12 Disember 2013

Ada tika & masanya


Ada tika dan masanya kebahagiaan memenuhi hidup ini,
Aku tersenyum & bersyukur…..
Ada tika dan masanya kesedihan menyapaku,
Aku menahan hati, menangis & bersabar……
Ada tika dan masanya ujian datang bertubi-tubi,...
Maka aku merasa sangat lelah & letih…..
Ada tika dan masanya kemenangan bersamaku,
Aku merasakan hidup ini sangat bermakna…..
Semua ada tika dan masanya…..
Apapun yang terjadi, aku tidak akan pernah berhenti
Menaiki tangga menuju pengharapan kepada ILLAHI…
Semoga hati ini tetap bertahan dalam tawakal dan keikhlasan
Menuju Redha dan Jannah- NYA.

Jumaat, 15 November 2013

Panas Baran boleh diatasi

Mengikut kaedah psikologi, panas baran berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosinya sendiri. Individu panas baran itu terlalu mudah mengikut emosi marah hingga menjadikan dirinya seorang yang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yang remeh.

Perlu difahami, panas baran bukan sifat semula jadi malah, bukan juga penyakit keturunan, sebaliknya ia adalah sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang. Ini bererti sifat panas baran boleh diatasi dan dibuang terus daripada diri seseorang bergantung kepada kehendak dirinya sendiri. Lantas, pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah bagi mengatasi sikap panas baran iaitu :
1. Jauhkan diri daripada situasi menimbulkan kemarahan
Jika anda tahu pasangan anda mempunyai sikap panas baran, elakkan daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahannya. Cepat memohon maaf jika tersalah dan akui kesilapan. Bagi anda yang panas baran, jika bertembung dengan situasi yang boleh menimbulkan baran anda, segera jauhkan diri anda daripada keadaan tersebut dan carilah masa yang sesuai untuk bertenang.
2. Mendiamkan diri ketika marah
Panas baran bermula dengan tindakan demi tindakan. Cara terbaik untuk mengurangkan sikap panas baran anda adalah dengan mendiamkan diri tanpa mengambil apa-apa tindakan. Apabila anda berjaya menghayati sikap berdiam diri ketika marah, secara tidak langsung anda berusaha menghilangkan sikap panas baran anda sedikit demi sedikit.
3. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat.
Jika sebelum ini anda terbiasa memekik atau bertindak garang ketika marah, usahakan untuk meluahkan rasa marah anda secara positif dan terhormat agar anda lebih dihormati. Perlahankan suara, bercakap menggunakan perkataan yang tidak menyakitkan orang lain dan elakkan daripada bertindak secara fizikal.
4. Luah pada masa dan tempat sesuai
Emosi marah yang tidak terkawal juga berpunca daripada perasaan yang dipendam. Ledakannya ibarat gunung berapi pendam yang mungkin meletus bila-bila masa tanpa amaran. Lantas, sentiasa luahkan emosi malah apa jua masalah yang anda alami bertepatan pada masa dan tempatnya. Tindakan ini akan dapat mengurangkan tekanan anda seterusnya mengurangkan sikap panas baran anda.
5. Bawa bertenang
Anda perlu sentiasa belajar mengawal diri dengan bertenang dalam menghadapi apa juga keadaan dan situasi yang menggugat kesabaran anda. Praktikkan untuk menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan. Jika anda Muslim, beristighfarlah kerana dengan beristighfar anda akan tahu anda adalah hamba-Nya dan jika Allah mampu mengampunkan hamba-Nya, kenapa tidak anda? Memaafkan orang lain dapat mengelakkan panas baran.
6. Senyum
Nampak macam satu perkara mudah tetapi percayalah, senyuman mampu meredakan tekanan. Praktikkan untuk sentiasa melakarkan senyuman tanpa mengira masa dan keadaan. Senyuman yang sentiasa terukir di bibir menjadi satu penawar kepada kemarahan dan sikap panas baran anda.
.
.

7. Berzikir 
Untuk Muslim, saya menyarankan anda untuk sentiasa mengamalkan zikir-zikir bagi mengingati Allah. Ucapkanlah zikir Sayidatina Fatimah iaitu “Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akbar.” Sentiasa lafazkan zikir ini, insya-Allah akan dapat membantu meringankan tekanan hidup anda sekali gus mengelakkan sikap panas baran anda berleluasa.
Ingatlah! Tiada satu faedah pun daripada sikap panas baran. Yang ada hanyalah keburukan yang memusnahkan perkahwinan, persahabatan, kerjaya dan kesihatan anda.
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
1. Mengubah Posisi – Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
2. Berwuduk – Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
3. Minum air.
4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
7. Berfikiran positif.
8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
Wallahu wa’lam…
Ingatlah! Segala cadangan disebutkan tadi tidak akan berhasil jika anda tidak melakukan satu perkara paling penting iaitu berubah! Hanya jika anda mahukan perubahan, barulah perubahan tersebut akan berlaku.