Selasa, 23 Mei 2017

Jiwa Tenang

Alhamdulillah, masih diberi kesihatan dan ketenangan jiwa.
Dalam tempoh 2 bulan... April & Mei terlalu banyak cerita dan ujian.
07.04.2017 ( Jumaat ) 5.30 pagi terlibat dengan kemalangan. Sehingga hari ini kereta masih dibengkel. Alhamdulillah, aku dah sihat semula dari kecederaan dibahu kiri akibat kemalangan tersebut.

04.05.2017 ( Khamis ) Ibu mertuaku Puan Hjh. Saaidah Binti Hj. Abdul Rahman telah kembali menghadap Allah. Sempat kami menjaganya di hospital sejak 30.04.2017. Syukur Alhamdulillah, diberi peluang kami menjaga ibu disaat akhirnya.

Apapun ujian yang diberi, ianya untuk kami meningkatkan keimanan. Alhamdulillah. Kami dapat melaluinya dengan izin Allah dipermudahkan juga segala urusan kami. Dalam kesulitan ada kemudahan yang Allah beri. Syukur Alhamdulillah.

Isnin, 3 April 2017

Ucapan Darimu

Terima kasih atas kad ucapan kirimanmu. Tiada kata-kata lain mampu ku ucapkan.
Hanya terima kasih. Allah Maha Mengetahui segalanya. Kehidupan yang kita lalui adalah suratan takdir dari-NYA Yang Maha Esa. Bersusah payah abang kirimkan melalui poslaju. Atas izin-NYA jua ingatanmu terhadapku. Terima kasih.
 
 

Ahad, 12 Februari 2017

Tak Pernah Terfikir

                                             Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu,
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah,
Mengapa terjadi
Ku tak pernah terfikir ku kan memiliki cintamu,
Ku tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku,
Mengapa perasaan ini hadir
Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu,
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik untuk dirimu,
Dan jaganlah kau bersedih hanya kerna diriku,
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya
Mengapa terjadi
Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu,
Ku tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah,
Ku tak terfikir ku kan milikku cintamu,
Ku tak pernah terfikir kau juga mencintai diriku
Mengapa terjadi
Ku tahu ku takkan bisa hidup bersamamu,
Ku tahu ku bukanlah yang terbaik untuk dirimu,
Dan janganlah kau bersedih hanya kerna diriku,
Kerna ku tahu cintaku padamu kekal untuk selamanya
Ku tak pernah terfikir jatuh cinta pada dirimu,
Tak pernah terfikir kau kan jadi yang terindah,
Mengapa terjadi.

Rabu, 8 Februari 2017

Happy Birthday

Semalam 07.02.2016...... kusangka tahun ini dah tak dapat nak celebrate bersama.
Jika itu takdirnya.... ketentuan dari NYA tiada siapa dapat menghalang. Semalam dpt juga makan bersama walau sekejap. Tiada lagi nak merajuk2 nak gaduh-gaduh.... elok jer berdua. Apapun semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan urusan hidup dunia akhirat. Panjang jodoh kita bersama. InsyaAllah.

Isnin, 6 Februari 2017

HAPPY BIRTHDAY

Esok 07 feb. Ya.....aku ingat....esok birthday seorang insan yang istimewa. Namun apakan daya, kini dia memilih jalan hidupnya sendiri. Dia memilih untuk "curang". Biarkan lah. Bukannya sebelum ini tidak pernah dia lakukan begitu. Kali ini, aku dah malas nak terus sakit hati. Biarlah dia bertanggungjawab terhadap keputusan hidupnya sendiri. Hanya doa tulus ikhlas untuknya kuberikan. Sejak 01.02.2017 lagi bila dia dah maklumkan untuk "curang"... aku dah blok dia dari hidupku. Biarlah semuanya menjadi kenangan sahaja. Hanya mampu doayang baik-baik sahaja utk dia dan juga untuk kami.

Rabu, 18 Januari 2017

Kek Marble

Hari nie bawa kek nie untuk santapan rakan-rakan kat opis. Bukan tujuan untuk promosi jual. Buat kek bila terasa nak makan. Biasanya kek nie untuk hantar ke asrama anak. Memandangkan hujung minggu lepas buat kek nie sebiji... kejap jer habis dah. Malam tadi buat lagi khas untuk kawan-kawan. Ini pun terapi jugak. Nikmatilah hidup ini dengan penuh kesyukuran dan kebahagiaan. Jangan gaduh-gaduh, marah-marah...biarlah hubungan sesame kita nie sentiasa harmoni. Jika ada terkecil hati ke terusik jiwa ke...jangan suka pendam dan jadi dendam. Rugi diri sendiri. Masa yang dah berlalu tidak dapat diganti, diundur semula ke belakang. Oleh itu, biarlah masa-masa yang kita lalaui ini penuh dengan memori indah, kasih saying, harmoni dan bahagia. Amalkan sikap tolak ansur, bantu membantu sesame kita.

Isnin, 16 Januari 2017

Nikmat apa lagi yang hendak kudustakan ?

Hidup ini sudah cukup sempurna kurasa. Mempunyai sepasang cahaya mata yang sedang meningkat dewasa. Mempunyai pasangan hidup yang sangat mengasihi & menyayangi. Mana nak cari pagi-pagi pergi kerja hubby tunggu kita bersiap, bukakan gate, tutupkan gate... pergi kerja diiringi dengan restu dan senyuman seorang suami. Dipesannya "hati-hati ya sayang". Setiap hari itu lah rutinnya.... bertahun-tahun.
Balik kerja pulak... tak perlu bersusah payah nak masak ke buat kerja rumah ke... masing-masing perut dah di isi siap-siap... lepas magrib... sama-sama dok rehat kejap sementara tunggu isyak... sembang, berkongsi cerita... OOOhhhh... syukur.. nikmat bahagia Allah beri. Biarlah kami tak mewah dari segi harta wang ringgit... InsyaAllah.. kami mewah dengan kasih sayang.Terima kasih Allah.