Sabtu, 21 Mei 2011

purple-sampai hujung nyawa


Suamiku semoga kasih sayang dan cinta yang telah wujud ini akan kekal selamanya di dunia dan akhirat. Aku amat bersyukur kerana Allah masih mengekalkan jodoh kita. Semoga dirimu tetap menjadi pemimpin diriku dan anak-anak kita selam hidup di dunia ini. Aku mahu kekal menjadi bidadari dan permaisuri hidupmu di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

Selasa, 17 Mei 2011

Motivasi dan Inspirasi

Tips Membina keyakinan Diri

ABOUT YOU

I asked you if I was pretty, you said No. I asked you if I was fat, you said Yes of Course. I asked you if you wanted to be with me forever, you said No. I asked you if you would cry if I walked away, you said No. I had heard too much, and need to leave and as I walked away... You grabbed my arm and told me to stay. You said... ur not pretty but ur beautiful. The only thing fat or big about you, is your HEART. I don't want to be with you forever, I NEED to be with you forever..... and I woudn't cry if you walked away...... but I would die......

Ahad, 15 Mei 2011

Bestnya Ada Kedai Sendiri

Contoh Kedai Cenderamata yang aku berangan nak buka.
Contoh Boutique milik aku..... Usaha tangga kejayaan.
Satu hari nanti impian akan jadi kenyataan.


Bestnya kalau aku mula bisness kan. Aku nak ada kedai jual pakaian dan kedai jual cenderamata. Dua jenis kedai nie memang jadi impian aku. Aku kena mula wat Paper Work berkaitan bisness nie. Lagi cepat aku mula lagi banyak sumber maklumat aku dapat, maka cepat jugalah impian aku nie tercapai. Ya Allah, permudahkanlah urusan aku nie. Semoga bila aku dah dapat buka kedai maka dapatlah aku tolong orang yang tak der kerja bekerja di kedai aku tu.

Rabu, 11 Mei 2011

Cabaran Kehidupan

Sepanjang 14 tahun perkahwinan ini terlalu banyak cabaran dan ujian yang kami hadapi. Paling menakutkan dan membuat hati ini tergugat ialah kehadiran orang ke tiga dalam perkahwinan. Sebagai seorang wanita yang mempunyai kelemahan dari segi hati dan perasaan membuatkan ada ketikanya termakan juga pujuk rayu seorang lelaki. Syukur Allah masih melindungi diri ini, diberi kesedaran dan kekuatan untuk kembali ke pangkal jalan.
Baru-baru ini, seorang rakan sejawat mencuba nasib untuk menagih kasih sayang dariku. Cuba bertahan agar tidak kecundang, hari-hari ayat-ayat cinta ditabur ke telinga, hampir cair jugak aku jadinya. Cuba bertahan agar tidak mengaibkan sesiapa. Semakin cuba bertahan semakin kuat godaan... kalau berdiam diri makin hanyut lah aku nanti.
Akhirnya aku sampaikan juga berita ini kat suami aku. Aku tahu apa akibatnya. Melentinglah dia, tapi aku tau suami aku seorang yang profesional. Suami aku nak jumpa mamat tak sedar diri tu. Tapi mamat tu dah tukar cerita pulak... katanya aku yang mohon bantuan dia.. dan dia dah jadi mangsa. Kurang ajar punya jantan. Aku agak dah lelaki hidung belang macam nie bila dia tersepit pasti akan tukar cerita dia. Dia yang goda aku dari mula sampai sekarang tak habis-habis.... aku dah bagi warning pun dia tak makan saman... bila kena sergah dengan laki aku mula mengelatat, mengelabah dan tukar cerita pulak. Tak apa... bagi yang penting dia jangan berani-berani nak try aku lagi lepas nie. Serabut aku dibuatnya. Benci betul aku kat jantan-jantan kurang ajar macam nie.
Pada 09.05.2011 jam 5.00 petang, mengadaplah aku depan bos dengan jantan tak tau malu tu sekali. Depan bos baru nak mengaku dia yang salah, dia yang mulakan dan janji tak buat lagi lepas ni. Janji depan bos dia akan call atau jumpa hubby aku mohon maaf. Bagus. Itu pun tujuan aku bongkar benda nie, aku nak dia stop buat benda merapu n goda aku nie. Aku rimas.
Sehingga 11.05.2011, aku tunggu dia call atau jumpa hubby aku minta maaf tapi hampeh... tak der pun. Aku tau jantan nie tak ikhlas langsung mengaku kesalahan dia. Jangan dia silap langkah... cuba/try/test goda n cuba menagih kasih sayang dari aku lagi... siap dia. Memang aku terus hantar report kat bos. Aku kena berwaspada dan jaga-jaga selalu. Jangan bagi dia start.

Isnin, 9 Mei 2011

Sambutan Ulang Tahun Perkahwinan Ke-14



Dinner di Danga Bay.


Lunch di Sedap Conner Jusco Taman Universiti.



Anniversary Kek di tempah khas untuk kami.








Coklat istimewa sempena Ulang tahun perkahwinan ke-14. I love u so much my hubby ( Abdul Jalil Abu Bakar ).