Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. ( Al-Baqarah : 286 )
Jumaat, 26 Februari 2010
Peringatan untuk diriku

Selasa, 16 Februari 2010
Terkini tentang aku

Dah seminggu aku tak mencatat apa2 kat blog kesayangan aku nie. Sibuk buat tesis. Tak siap juga tesis aku tuh. Syukurlah dah tinggal bab akhir jer. InsyaALLAH dalam minggu nie siaplah tu. Azam aku next week aku nak send email kat penyelia aku untuk semakan akhir sebelum aku binding dan hantar untuk penilaian. Hari ni... mak dan ayah aku datang ke JB. Seronok aku, yang paling seronok adalah anak2 aku. Sampai jer mak dan ayah aku kat rumah aku nie... tak kering gusi anak2 aku bersembang n gelak2. Ni dah hampir kul 12 malam pun masih lagi anak pompuan aku tu bersembang ngan neneknya. Aku pulak... ni ler teringat nak update blog aku nie. Semalam aku dan anak2 gi jalan-jalan kat taman permainan. Dah lama aku tak teman anak2 aku ke taman permainan. So, semalam petang aku pun ikut ler diarang ke taman. Aku nak upload gambar kami kat taman permainan. Bila mereka buka blog aku nie... leh jadi kenang-kenangan. Memori indah antara kami.Isnin, 8 Februari 2010
Cerita Aku
Salam sejahtera.... 03 Feb yang lalu adalah birth date anak lelakiku. Dah 12 tahun umur dia. Malam tu kami sekeluarga keluar makan. Hubby aku belanja makan " Besar punnnyaaa". Seronok anak2. Aku lagilah happy. Minggu nie aku cuti seminggu. Cuti nak siapkan tesis. Petang nie aku nak bawa anak lelaki aku buat kad pengenalan. Sukanya dia. Kalau boleh tak nak gie sekolah. Aku paksa dia gie sekolah gak. Petang, balik sekolah baru gie Jabatan Pendaftaran wat IC dia tuh. Dah lama aku tak buka blog kesayangan aku nie. Jadi hari nie ada masa sikit aku pun bukalah dan catat sesuatu. Rutin harian aku yang sibuk ngan kerja dan keluarga membuatkan aku tak sempat nak buka blog nie. Apa yang penting adalah ini blog aku, so bila-bila masa jer aku leh catat sesuatu ikut suka aku ler kan. Kepada kengkawan dan juga pengunjung2 yang singgah kat blog nie, aku ucapkan terima kasih bebanyak. Maaflah kekadang dindingnya bersawang. hehehehehe. Wassalam.
Ahad, 31 Januari 2010
Balik Kampung
Assalammualaikum w.r.b.t.h
Dah hampir 2 minggu aku tak mencatat sesuatu kat blog aku nie. Tak per la... waktu yang dah berlalu aku tak boleh nak undur semula. Jadi, aku teruskan perjalanan hidup dengan waktu yang ada. Maka, aku pun berusaha juga mencatatkan sesuatu kat blog kesayangan aku nie.
Sejak suami aku sibuk dengan kilang mee. Sejak itu jugalah aku pun sibuk bagi moral support untuk dia. Sehinggalah tetiba aku teringat dah hampir 2 bulan aku tak balik kampung jengok mak dan bapa aku. Hari jumaat yang lalu, aku minta izin dengan hubby aku untuk balik kampung. Alhamdulillah, macam biasa... tiada halangan dari hubby aku. Hari sabtu jam 2.00 petang, aku dan anak-anak aku pun balik lah ke kampung aku di Batu Pahat. Seronok sangat anak-anak aku tu. Yang sorang kata seronok dapat jumpa atuk dan nenek. Yang sorang lagi leh kata seronok balik kampung sebab nak tengok ayam. SubhanaALLAH, macam-macam lah gelagat anak-anak nie. Kami sampai kampung jam 4.00 petang. Sampai kampung, biasalah tak duduk diam lah anak-anak. Mak dan bapa aku pun sibuk melayan cucu-cucu. Gembira sangat orang tua aku. Setelah hampir 2 bulan aku tak balik, tak kering gusi kami berceloteh dan gelak2 sembang mesra. Seronok sangat. Syukur Alhamdulillah kerana aku masih memiliki kedua ibu bapa yang masih sihat akal fikiran dan juga fizikal. Masih mampu gelak bersama, masih mampu memberiku moral support. InsyaALLAH cuti sempena Tahun Baru Cina nanti kita jumpa lagi ya, mak dan bapa yang amat aku sayangi dan kagumi. Ketabahanmu mengharungi perjalanan hidup ini menjadi idolaku.

Selasa, 19 Januari 2010
Sepagi bersama Hubby
Semalam dan hari ini aku ambil Cuti Rehat. Cuti untuk melayan anak-anak dan suamiku. Dua hari ini juga aku jadi driver untuk suamiku. Hantar dia pergi dan ambil dia blik kerja. Tak sanggup aku nak tengok dia naik motor jauh2 tu. Lepas hantar dia terus balik rumah tunggu anak-anak balik sekolah pula. Pagi nie lewat ikit balik rumah, sajer tengok suami aku kat kilang mee nya. Tengok operator kilang panaskan air mesin mee. Pukul 9.50 pagi baru aku gerak balik. Ingatka nak tengok sampai mee tu siap proses. Aku ubah fikiran... balik lah dulu tengok anak aku yang pompuan tu nak balik dari sekolah agama. Petang nanti pukul 5.00 gie ke kilang semula amik suamiku balik. Release stess aku.... dapat melayan anak-anak dan suami. Tak fikir pasal kerja. Eok aku kerja baru fikir semula hal-hal kerja. Dua hari nie, tumpuan aku hanya untuk anak-anak dan suamiku sahaja. I love u all. They make me happy. Syukur Alhamdulillah di atas anugerah yang ALLAH berikan kepadaku.
Isnin, 18 Januari 2010
Sabtu, 16 Januari 2010
Kebahagiaan Hati
Salam sejahtera untuk diriku dan juga muslimin & muslimat sekalian. Al-Fatihah.
Dah bersawang dah dinding blog aku nie. Beberapa hari ni memang aku tak sempat nak buka blog nie. Nie dah tahap rindu ler nie. Hari nie aku nak wat cacatan tentang kebahagiaan hati. Kebahagiaan hati yang sedang aku alami.... Hidup memang tak pernah suram dari ujian. Hidup disulami dengan suka, duka, bahagian dan derita. Syukur Alhamdulillah sehingga ke saat ini aku masih lagi mampu bertahan dengan bantuan ALLAH Yang Maha Agung. Ciri-ciri kebahagiaan hati yang sedang aku lalui :
1. Merasa selamat dan gembira bersama keluarga dan rakan2.
2. Merindui suamiku walhal dia hanya pergi kerja... tak sabar2 nak jumpa dia, tunggu dia balik kerja cam tunggu dia masa bercinta pulak. Berdebar2 rasa hati.
3. Tenang jer bila berada di rumah. Seronok tengok keletah anak2.
4. Rumahku syurgaku.
5. Boleh menghadapi tekanan di tempat kerja dengan selamba. Kerja cam biasa.
6. Senyum dan ceria apabila bertemu rakan2 di tempat kerja.
7. Bahagia sangat bila bersama anak2 dan suami.
8. Perasaan rindu membuak2 kat mak & bapaku. Jom... balik kampung.
9. Bangun pagi... semangat nak teruskan hidup.
10. Tenang jer hati nie untuk menghadapi ketentuan hidup ini.
11. Yakin dan tawakal kepada ALLAH. Apa yang aku ada di dunia ini hanya pinjaman semata-mata.
12. Kepala tak runsing, jiwa tenang. Fikiran berfokus.
Syukur Alhamdulillah.

Langgan:
Catatan (Atom)