Ada seorang teman di zaman sekolah yang telah memberikannya padaku. Masa tu birthday aku yang ke 17. Aku hargai hasil susah payah dia untuk memberi ayat kat nama aku nie. Inilah hasil kreatif my best friend:-
R - ramah mesra sifatmu
U - Ucapan manis dari bibirmu
M - Membuat hatiku terpaut padamu
I - Ingin rasanya
N - Naluri hatiku untuk memilikimu
A - Akan tetapi aku sedar diriku ini
H - Hanya seorang insan yang hina
I - Ibarat diriku ini
S - Segenggam garam di lautan sepi
M - Menumpang kasih dari dirimu
A - Abdikan diri kepadamu
I - Ikhlaskan hati untukmu
L - Luahkan apa yang terbuku
Selasa, 29 Disember 2009
Ahad, 27 Disember 2009
Suamiku & Kilang Mee
Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad nie aku jadi driver. Suamiku sibuk ngan kilang mee nya. Hari Jumaat ke pontian jumpa akak yang dah 20 tahun ada pengalaman buat mee kuning nie. Hari Sabtu sehari suntuk dia kat kilang sebab mesin membuat mee nya dah sampai. Hari Ahad sejak dari pukul 7.30 pagi pun sama juga, kami ke kilang mee, suamiku uruskan pemasangan mesin-mesin tu tak siap lagi. Pada ketika dan saat ini, suamiku masih di kilang. Aku balik dulu tadi sebelum masuk waktu maghrib. Itulah dia suamiku terlalu komited ngan kerja. Syukur Alhamdulillah projek mee kuningnya menjadi kenyataan. Semoga usahamu diberkati ALLAH dan dimudahkan segala urusanmu sayang.
Rabu, 23 Disember 2009
Balik JB Dah
Sejak aku sampai kat JB ari Isnin, aku terlalu sibuk sampai nak coret sesuatu kat blog nie pun tak sempat. Malam nie baru ada masa sikit, nie pun sebab hubby aku tu tengah dok bz ngadap laptop dia. Esok dia ada meeting so kena prepare untuk esok la tu. Aku pun amik peluang nie berbloging. Aku happy sangat coz aku dah berada bersama-sama insan yang aku kasihi, sayangi dan cintai. Hari isnin ari tu aku balik JB sekali ngan kakak dan suaminya, diarang sajer nak berjalan2. Aku pun seronoklah. Dua hari melayan diarang sekali ngan anak2 aku. Bawa diarang jalan2 sekitar JB nie. Senang2 nanti aku nak download gambar diarang bersiar-siar tu. Tengahari tadi baru diarang balik ke Pt. Sulong semula. Takat nie dululah catatan aku. Esok lepas balik dari library aku bloging lagi. Dah janji ngan anak aku esok nak ke library. Petang tadi bawa anak2 aku gi shopping beli pakaian2 sekolah. Hubby aku bagi aku duit untuk gi shopping. Eeemmm apa lai, aku pun bawa ler anak2 aku tu shoping sakan. Hubby aku tak dapat ikut, dia kerja. Kul 5.30petang baru aku gi amik hubby aku balik keja lak. Sajer aku nak hantar n amik dia gi kerja. Aku cuti lai nie. So ada masa untuk melepaskan rindu ngan anak2 n hubby nie.
Ahad, 20 Disember 2009
Hari ini hari terakhir
InsyaALLAH, hari ini merupakan hari terakhir aku kat USM nie. Petang lepas exam last paper jam 5.00-6.30 ptg maka aku pun startlah enjin keta zoooop terus balik ke Johor Bahru. Tak sabar aku nak jumpa anak2 n insan yang aku kasihi ( My love hubby ). Apa pun aku kena berhati-hati memandu. Almaklumlah malam2 nie. Tak per biar lambat asal selamat. Pagi nie bila aku buka jer laptop terus in kat imotivasi. Hohohohohohahahahaha gembira aku bila tengok dah ada beberapa artikel kat dalam tu. Dah ada juga komen2 dari kawan2 lain. Ini bererti blog imotivasi dah sihat semula, semalam dia kena sakit teruk sampai aku pun kena jangkitan sakit hati. Eeeemmmm hilang jap kawalan perasaan semalam. Mana tak nya dah lah hanya ada 1 artikel jer, tu pun artikel maklum blog imotivasi kena hack, dah tu aku nak reply kat artikel tu pun tak boleh. Tapi hari nie.... semuanya dah ok semula. Aku pun bertambah-tambah semangat dah. Semangat nak balik jumpa insan-insan yang sentiasa bersemadi di hatiku ini.
Sabtu, 19 Disember 2009
Sedihnya.....
Ada berita sedih hari ini. Pagi tadi aku ada ler in jap kat blog kesukaan aku ( http://www.imotivasi.com/ ) pas tu aku out. Malam nie lepas exam tadi lebih kurang jam 9.oo malam aku pun cuba ler in lai kat blog tu... aku dapat berita blog tu dah kena hack. Habis semua isi kandungan kat blog tu. Kesian kawan yang buat blog tu. Motivasi2 kat blog tu semuanya best2 sangat. Aku dah dua tahun ikuti blog tu. Artikel2 dalam blog tu leh membuatkan aku senyum, ceria, gembira, bersemangat, berfikiran positif. Tiap kali aku keresahan aku akan layari blog tu. Semangat dari blog imotivasi jugalah yang membuatkan aku memiliki blog aku sendiri nie. Ramai kawan yang aku kenal melalui blog tu. Walaupun tak jumpa secara nyata, hubungan melalui alam maya ini juga memberikan dorongan motivasi yang tak terhingga. Sedih sangat bila blog tu dah kosong sekarang. Tak leh lai tengok link2 blog kawan2 lain. Aku lak tak simpan blog2 diarang tu. Kesian shueqry mesti dia frust jugak. Shueqry ni nama budak yang wat blog imotivasi. Dia budak muda lai baru dapat kerja kat Mahkamah Syariah, Kota Kinabalu. Bagus pemikiran budak nie. Positive Thinker dia banyak memberi sumber inpirasi kepada kawan2 yang berada dalam kekalutan dan kecelaruan minda. Aku ingat kat dunia nyata nie jer orang hasad dengki, rupanya penyakit PHD ( perasaan hasad dengki ) nie melalui internet pun diarang buat jugak. Wahai orang yang telah hack blog imotivasi " kenapalah kau nie dijadikan sebagai manusia kan lebih elok kalau kau dijadikan sebagai setan. Dah memang sah2 kerjanya menyusahkan manusia". Eeeemmm sedihnya aku nie.
Khamis, 17 Disember 2009
SMS Maal Hijrah
Moga-moga ALLAH jadikan pagimu cahaya, Zohormu gembira, Asarmu bahagia, Maghribmu keampunan,Isyakmu keberkatan dan doamu tidak ditolak, diluaskan rezekimu serta ianya tidak diambil semula. Dibuka bagimu pintu syurga tanpa sempadan. Pengalaman lepas sebagai panduan dan azam baru sebagai halatuju ke arah kejayaan. Salam Maal Hijrah 1431.
...... sms ini telah dikirimkan oleh seorang teman. Terima Kasih......
...... sms ini telah dikirimkan oleh seorang teman. Terima Kasih......
Langgan:
Catatan (Atom)







