Ahad, 4 September 2011
Kasihku padamu
Semoga kebahagiaan berkekalan
Syukur Alhamdulillah kebahagiaan masih diberikan kepada kita. 14 tahun usia perkahwinan kita, pelbagai cabaran dan dugaan telah kita lalui bersama. Susah senang, suka duka, pahit getir, semuanya telah kita rasa. Ketabahan dan kesabaran dalam mengharungi badai rumah tangga menjadikan hubungan kita semakin matang. Kasih, sayang dan cinta yang bersemi masih tetap utuh dan teguh. Semoga Allah t[erus merahmati dan memberkati kehidupan keluarga kita. Semoga kebahagiaan ini berkekalan di dunia dan akhirat. Semoga anak cucu kita juga dirahmati dan diberkati hidup oleh ALLAH s.w.t di dunia dan akhirat. Min sayang abang. Selagi min hidup min akan terus berbakti kepada abang sebagai seorang isteri. Segala pergorbanan yang min lakukan adalah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah s.w.t. Min tak minta abang balas, kerana min yakin Allah Maha Mengetahui segalanya.
Aidilfitri 2011
Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2011 amat bermakna dalam hidupku. Syukur Alhamdulillah kami masih bersama sebagai satu keluarga yang bahagia seperti keluarga yang lain. Mak dan bapak juga masih sihat walafiat. Jika tahun lepas suamiku sakit, pada tahun ini Alhamdulillah dia sihat seperti sediakala, beraya bersama-sama kami. Menziarahi ibu dan bapaku pada hari raya pertama ( 30.08.2011 ) hingga raya ketiga. Pada raya ketiga ( 01.09.2011 ) jam 9.30 pagi kami bergerak ke Tapah, Perak sehingga raya ke lima ( 03.09.2011 ). Alhamdulillah, anak-anak masih dapat berjumpa saudara mara sempena Hari Raya Aidilfitri.
Keluargaku bersama mak dan bapakku.Suamiku dan anak-anakku.
Anak-anak permata hatiku.
Aku bersama suamiku yang tersayang.
Khamis, 2 Jun 2011
Semoga Ketabahan Sentiasa Bersamaku
Cabaran dan dugaan hidup hadir silih berganti. Semoga ketabahan dan kesabaran seiring dengan perjuangan hidup ini. Ya Allah, aku hanya insan yang lemah, kepadamu lah aku mohon pertolongan dan kepadamu aku berharap. Tiada lain yang dapat memberikan pertolongan kepadaku selain dari mu Ya Allah. Kasihanilah diriku ini Ya Allah. Aku redha di atas segala ketentuan hidup ini. Semoga aku tergolong di dalam golongan yang beriman. Ku pohon bantuanmu, perlindunganmu dan rahmat darimu Ya Allah. Hanya kau lah yang maha mengetahui segala hikmah di atas ujian, cabaran dan dugaan hiduo sementera di dunia ini. Ku dahagakan kasih sayangmu Ya Allah. Amin.
Sabtu, 21 Mei 2011
purple-sampai hujung nyawa
Suamiku semoga kasih sayang dan cinta yang telah wujud ini akan kekal selamanya di dunia dan akhirat. Aku amat bersyukur kerana Allah masih mengekalkan jodoh kita. Semoga dirimu tetap menjadi pemimpin diriku dan anak-anak kita selam hidup di dunia ini. Aku mahu kekal menjadi bidadari dan permaisuri hidupmu di dunia dan akhirat. InsyaAllah.
Selasa, 17 Mei 2011
Langgan:
Catatan (Atom)




