Ahad, 1 Mei 2011
Esok Anniversary Kami
Esok 02hb Mei genap 14 tahun usia perkahwinan kami. Rasanya segala pahit manis, onak duri dalam perkahwinan telah kami lalui bersama. Kisah suka duka dalam kehidupan juga silih berganti. Dalam hidup ini semuanya telah aku miliki. Aku bersyukur dalam usia 34 tahun, telah lengkap kehidupanku sebagai seorang wanita. Bergelar isteri, kekasih, ibu, pelajar, pekerja, anak kepada insan-insan yang menyayangi dan memerlukan diri ini. Kehidupan yang sungguh berwarna warni dan indah untuk dinikmati. Syukur atas anugerah Allah yang tidak terhingga. Memiliki sepasang cahaya mata yang comel, suami yang sentiasa memberiku sokongan moral untuk meniti kejayaan dalam pekerjaan dan kehidupan. Rumah perlindungan yang sangat sesuai untuk kami sekeluarga berteduh, kenderaan yang memudahkan kami beregrak ke sana ke mari untuk urusan hidup harian. Perjuangan hidupku kini adalah untuk anak-anak yang sedang membesar, mereka perlukan kasih sayang dariku dan suamiku untuk mengharungi kehidupan yang penuh cabaran ini. Semoga perkahwinan ini dapat ku pertahankan selagi hayat dikandung badan. Aku bukan insan sempurna yang sentiasa berada di jalan yang benar, ada kalanya aku tersimpang. Namun selagi hayat dikandung badan, selagi akad yang dilafaz belum digugurkan oleh yang hak, maka aku akan terus berjuang agar aku berada di jalan yang benar bersama suami dan anak-anak yang aku sayangi, kasihi dan cintai. Allah maha mengetahui. Hanya kepada NYA aku berserah dan bertawakal. Semoga kebahagiaan dan nikmat yang diberi ini dapat kurasai didunia dan akhirat, selamanya. Suamiku..... pimpinlah aku ke jalan yang lurus bersama Nur Kasih Illahi, aku amat perlukan huluran tangan keikhlasan darimu sayang.
Sabtu, 30 April 2011
Aku Takkan Bersuara
Berulang kali aku melihat dan mendengar lagu ini. Abang.... terima kasih atas segalanya. Aku bukan yang terbaik untukmu namun aku tidak akan sampai hati mengecewakanmu. Aku akan tetap bertahan di atas kasih sayang dan cinta yang telah wujud di antara kita. Tanpamu aku akan kesepian. Tiada lagi gurau senda dan usikan manja yang menyakat aku sampai aku berasap. Hairan.... pandai jer amik hati bila aku dah naik marah. Terlalu banyak memori indah yang telah kita lalui bersama. Selagi aku bernyawa pasti hatiku dan hatimu bertaut.
Ahad, 17 April 2011
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2010 pada 14.04.2011
Kenangan terindah dalam penerimaan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kali ini bila dapat gambar berdua dengan Ketua Pengarah AADK Malaysia, Dato' Hajah Zuraidah Binti Mohamed. Pemimpin yang menjadi idolaku kerana karisma dan personaliti yang dimilikinya. Sweet memories in my life. Selasa, 5 April 2011
Pelangi Petang
Kutujukan lagu ini khas untuk teman-teman yang telah menjadi pelangi dalam warna hidupku. Love U all.
Sabtu, 2 April 2011
Hadiah Kek di Hari Ulangtahun Kelahiran ke 34
Hadiah Kek ini sempena Birthday yang ke 34 diberikan oleh sahabat yang bertugas di C&C Tampoi. Terima kasih sahabat2 ku kalian telah menambahkan kebahagian dan keceriaan hidupku ini. I love u all my frenz. Terima kasih kerana menyayangi diriku ini. Sesungguhnya sahabat adalah insan yang sentiasa dekat dihati dan berada bersama-samaku ketika susah dan senang. Aku amat menghargai kehadiran kalian dalam hidupku. Thanks u so much.
Happy Birthday to you
Terima kasih suamiku Abdul Jalil di atas pautan klip video ini di wall FaceBook milikku. Aku amat menghargainya. Selama ini aku sangkakan aku hanya sekadar perhiasan dan kemegahan dirimu, ternyata sangkaanku meleset. Sesungguhnya aku tahu dirimu amat menyayangi aku cuma keadaan yang membuatkan dirimu sepi. Aku juga sangat menyayangi dan mengasihi dirimu. Semoga cinta yang tulus dan suci ini mendapat keberkatan dan rahmat Allah dunia dan akhirat. I LOVE U SO MUCH suamiku.
Ahad, 20 Mac 2011
Percutian pada 11-16 Mac 2011
Percutian keluargaku sempena cuti sekolah pada 11 Mac 2011 hingga 16 Mac 2011. Percutian yang melibatkan beberapa buah negeri. Selangor, Kedah, Perlis, Penang, Perak, Melaka dan Johor. Percutian ini sempena sambutan 1/2 abad reunion Sek.Men. Sains Kedah 1978 iaitu suamiku tingkatan 1- 5 di sana. Kumpulan ini mengadakan sambutan reunion sempena umur mereka 50 tahun. Sambutan di jalankan di Pendang Lake Resort, Kedah. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Dah pergi jalan jauh-jauh, keluarlah budget sikit bawa anak-anak berjalan. Jauh perjalanan luas pemandangan.
Pemandangan di Pendang Lake Resort, Pendang, Kedah pada waktu senja,- 12.03.2011.
Pemandangan di Kota Melaka dari Menara Taming Sari,- 16.03.2011.
Menginap di Highway Hotel, Rawang, Selangor pada hari pertama, 11.03.2011

Reunion S.M. Sains Kedah 1/2 abad.
Suamiku dan sahabat-sahabatnya yang semuanya berumur 50 tahun.
Langgan:
Catatan (Atom)






