Anak Pak cu, majlis nie pada 14.03.2010 di Felda Palong 9, Negeri Sembilan
Mak mertuaku, aku, anak aku (Hafizah) n hubby ku
Bersama Pak Itam, Mak Anjang, Mak n sepupu.Gambar2 nie dimabil sempena majlis persandingan sepupu sebelah suamiku. First time aku sampai ke Felda Palong 9 nie. Jumpa ler aku ngan sanak saudara belah hubby aku. Aku memang rapat ngan pak sedara n mak sedara yang dalam gambar tu. Seronok ler kami bersembang sepanjang jumpa kat majlis kenduri kahwin tu. Syukur Alhamdulillah, dapat jugak kami ke majlis tu. Tak pernah sampai kawasan tu pun, kami redah jer ikut signboard. Malaysia nie dah maju, tak der masalah nak cari tempat. Kami sampai petang sabtu kat majlis tu, esoknya kul 2 baru kami bertolak balik JB. Anak-anak aku happy sangat2. Alhamdulillah. InsyaALLAH bulan 6 2010 nie anak Pak Itam lak kahwin kat Tapah, Perak. Ke sana pulak ler kami. InsyaALLAH.



Sempena birthday aku yang ke 33 ari tu.. hubby aku bawa aku n anak2 gie makan2. Sampai jer rumah dia bagi present katanya" sorry tak sempat nak gie beli yang best2". Aku senyum jer. Buka jer, rupanya musical box. Aku suka sangat, coz sejak aku kecil memang aku suka tengok musical box bila dapat peluang gi jalan2 kat bandar. Masa bercinta ngan hubby dulu pun aku suka sgt ngan musical box, tiap kali dapat present dari dia aku mengharapkan dia bagi musical box. Bagi aku, musical box nie kalau dapat dari orang yang kita sayang, kasih dan cinta ertinya sangat bermakna n rasa romantik sangat2. Tak sangka pula aku nie dah umur 33 tahun, anak2 dah besar baru dapat musical box dari insan yang sangat istimewa dalam hidup aku. I LOVE YOU. Perkataan yang tertera kat musical box nie membuatkan hati aku berbunga2 cam rose heart kat atas tu. Indahnya hidup ini. Terima kasih sayang. I LOVE YOU TOO. Syukur Alhamdulillah.






