Sabtu, 20 Februari 2021
MOED Psychology
Jumaat, 19 Februari 2021
HATI YANG BERBOLAK BALIK
Tugasan wisdom challenge hari nie oleh Dr. Rafida ialah ..... nyatakan kebimbangan. Satu-satunya kebimbangan yang mengekori kehidupanku selama ini ialah berkaitan HATI. Yaaa.... bimbang dengan hati ini yang sering berbolak-balik. Hanya kepada ALLAH tempat bergantung agar hati ini kekal berada di jalan yang diredhai, diberkati dan dirahmti oleh NYA.
Sifat hati adalah berbolak-balik.
Kadang ke kiri dan kadang ke kanan. Ada kala menuju kebaikan dan ada kala
menyukai keburukan. Itulah hakikat hati.
Hati perlu diberikan perhatian selalu.
Hati perlu dipelihara dan dijaga. Jangan dibiar usang menjadi lubuk dosa.
Bersarang kegelapan dan merosakkan keimanan.
Surah Ali-Imran
3:8
Jadikan Hati Sentiasa Bersangka Baik
“Sesiapa yang mahu
dilayan baik, maka hendaklah dia bersangka baik dengan orang.”Imam Syafie
Hati harus ada beberapa nilai
kebaikan, salah satunya adalah nilai bersangka baik kepada orang lain. Jangan
mudah memandang serong dan bersangka buruk kepada mereka. Bersangka buruk
menyebabkan hati tidak tenang. Terasa resah dan menjadi lemah.
Belajar untuk bersangka baik kerana ia
akan menyebabkan kehidupan kita lebih baik dan teratur. Hati akan menjadi
tenang tatkala sangka baik menjadi satu kebiasaan.
“Tidak halal
seorang Muslim yang mendengar suatu perkataan daripada saudaranya, lalu dia
terus bersangka buruk dengannya sedangkan dia mampu mengandaikan sesuatu maksud
yang baik sebagai jalan keluar.”Umar Al-Khattab
Lihatlah orang lain lebih baik
daripada diri kita. Hal ini dapat menjaga hati dari dihinggap penyakit hati
seperti dengki, sombong, riyak dan sifat-sifat mazmumah yang lain.
Kita sering menitikberatkan makanan
dari segi jasmani. Namun makanan rohani pula bagaimana? Rohani kita juga turut
memerlukan makanan yang cukup. Jangan dibiarkan berlapar dan tidak terisi.
Makanan kepada jasmani, kita semua
sudah tahu. Malah, tiap-tiap hari bermacam jenis makanan yang disediakan dan
cukup lengkap untuk jasmani kita.
Apa kata kita seiringkan juga makanan
untuk rohani kita. Supaya hati kita lebih kuat dan berkualiti. Antara makanan
untuk rohani kita adalah:
#1- Membaca al-Quran
#2- Berzikir
#3- Berpuasa sunat
#4- Berselawat
#5- Bersedekah
#6- Berbakti kepada kedua ibu bapa
#7- Memelihara anak yatim
#8- Membantu orang miskin
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dan Kami telah
menjadikan di bumi gunung-ganang yang menetapnya, supaya bumi itu tidak
menggegar mereka; dan Kami jadikan padanya celah-celah sebagai jalan-jalan
lalu-lalang, supaya mereka dapat sampai kepada mencapai keperluan rohani dan
jasmani.”Surah Al-Anbiya’ 21:31
Hati juga perlukan kekuatan. Jangan
hanya menfokuskan kepada kekuatan jasmani semata. Rohani dan jasmani saling
berkait dan tidak boleh hanya salah satu sahaja yang ada kekuatan.
Hati Jangan Sombong!
Jangan mengikut sifat Iblis yang
sombong dan tidak mahu untuk sujud kepada Nabi Adam A.S. Perintah tersebut
adalah perintah dari Allah S.W.T, namun kerana ada sifat sombong pada Iblis,
dia ingkar.
Sombong hanya menyebabkan diri kita di
dalam kerugian. Tidak ada apa yang patut kita banggakan kerana semua yang kita
ada adalah milik Allah S.W.T. Semuanya hanya pinjaman. Ia akan ditinggalkan
juga pada suatu hari nanti. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Sebenarnya,
bahawa Allah mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan dan apa yang mereka
zahirkan; sesungguhnya Ia tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur.”Surah An-Nahl 16:23
Sifat sombong bukan sifat yang layak
untuk kita yang berstatus hamba kepada Allah S.W.T. Bersihkan hati dari sifat
sombong kerana ia dapat merosakkan segala kebaikan. Rugi sahaja kebaikan dibuat
tetapi terselit dengan secebis kesombongan.
Kesimpulan
Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:
“Tuhan kamu lebih
mengetahui akan apa yang ada pada hati kamu; kalaulah kamu orang-orang yang bertujuan
baik mematuhi perintahNya, maka sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun bagi
orang-orang yang bertaubat.”Surah Al-Isra’ 17:25
Jangan biarkan hati terus mati dan
gelap. Sinarilah ia dengan cahaya keimanan. Cucilah dengan kalimah zikir dan
alunan al-Quran.
Semoga hati kita semua ditetapkan
dalam Islam dan iman. Amin. Hati yang suci menghadirkan ketenangan walau dalam
kesusahan. Waallahua’lam.
Wisdom Challenge 21 Days with REST
Hasil group sesion bBersama Dr. Rafida Binti Kastawi... wisdom challenge 21 Days.. dari 1.2.2021
Start Rest with Art Therapy. Alhamdulillah... kembali ke zaman kanak-kanak bermain dengan warna yang menghasilkan lukisan-lukisan ini.
Sabtu, 6 Februari 2021
I'M BACK 2021
Sesuatu yang mengembirakan. Still with him.
Selasa, 2 April 2019
Cinta Hati
Bila itu bisa yakinkanmu
Hidup dan matiku hanya untuk cintaku
Hati takkan bisa dusta
Rasaku membahana, getarkan jiwa
Aku sayang sampai mati segenap jiwa ini
Biarlah kubuktikan janji hatiku
Bila itu bisa yakinkanmu
Hidup dan matiku hanya untuk cintaku
Hati takkan bisa dusta
Rasaku membahana, getarkan jiwa
Aku sayang…
Ahad, 31 Mac 2019
Birthday katanya.
Selasa, 12 Mac 2019
Memburu Impian
Membara jiwaku memburu impian
Ku renang lautan gelora
Biarpun tersadai di hujung dunia
Akan ku rempuhi segala rintangan
Biarpun rebah ku bangun sendiri
Akan ku genggam biarpun hitam
Menjadi milikku
Ku mula dengan dengan langkah ini
Menuju sinaran yang abadi
Yang abadi…
-----genap sebulan---
12.02.2019~12.03.2019
Khamis, 7 Mac 2019
Teruslah SENYUM
Rabu, 6 Mac 2019
Semangat Diri
Khamis, 21 Februari 2019
Rabu, 20 Februari 2019
Semoga lebih bahagia.
Menyayangi tidak semestinya memiliki.
Kalau betul kita sayangkan seseorang, lepaskan dia pergi untuk cari kebahagiaan walaupun hanya kesakitan yang mampu kita tanggung”
Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu. Maka, ikhlaskan hati untuk menerima. Allah tak izinkan, bermakna Allah tak redhakan. Sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.”
Walaupun segunung harapan yang dia berikan.
Tapi Allah tak pernah begitu. Allah sentiasa ada untuk hambanya.
“Siapapun yang kamu cintai kelak akan berpisah denganmu. Cintai Allah SWT, yang tidak pernah meninggalkanmu.”
“Sejauh mana pun langkah kaki kita tersasar. Ingatlah Allah sentiasa ada dan tak pernah tinggalkan kita. Dia tunggu. Dia rindu.”
Selasa, 23 Mei 2017
Jiwa Tenang
Dalam tempoh 2 bulan... April & Mei terlalu banyak cerita dan ujian.
07.04.2017 ( Jumaat ) 5.30 pagi terlibat dengan kemalangan. Sehingga hari ini kereta masih dibengkel. Alhamdulillah, aku dah sihat semula dari kecederaan dibahu kiri akibat kemalangan tersebut.
04.05.2017 ( Khamis ) Ibu mertuaku Puan Hjh. Saaidah Binti Hj. Abdul Rahman telah kembali menghadap Allah. Sempat kami menjaganya di hospital sejak 30.04.2017. Syukur Alhamdulillah, diberi peluang kami menjaga ibu disaat akhirnya.
Apapun ujian yang diberi, ianya untuk kami meningkatkan keimanan. Alhamdulillah. Kami dapat melaluinya dengan izin Allah dipermudahkan juga segala urusan kami. Dalam kesulitan ada kemudahan yang Allah beri. Syukur Alhamdulillah.
Isnin, 3 April 2017
Ucapan Darimu
Ahad, 12 Februari 2017
Tak Pernah Terfikir
Rabu, 8 Februari 2017
Happy Birthday
Jika itu takdirnya.... ketentuan dari NYA tiada siapa dapat menghalang. Semalam dpt juga makan bersama walau sekejap. Tiada lagi nak merajuk2 nak gaduh-gaduh.... elok jer berdua. Apapun semoga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan urusan hidup dunia akhirat. Panjang jodoh kita bersama. InsyaAllah.
Isnin, 6 Februari 2017
HAPPY BIRTHDAY
Rabu, 18 Januari 2017
Kek Marble
Isnin, 16 Januari 2017
Nikmat apa lagi yang hendak kudustakan ?
Balik kerja pulak... tak perlu bersusah payah nak masak ke buat kerja rumah ke... masing-masing perut dah di isi siap-siap... lepas magrib... sama-sama dok rehat kejap sementara tunggu isyak... sembang, berkongsi cerita... OOOhhhh... syukur.. nikmat bahagia Allah beri. Biarlah kami tak mewah dari segi harta wang ringgit... InsyaAllah.. kami mewah dengan kasih sayang.Terima kasih Allah.
































