Sabtu, 29 Januari 2011
Hidup dan Kehidupan
Allah memberi nyawa untuk kita hidup. Kita perlu terus berusaha untuk kehidupan. Berusaha untuk mencari rezeki, berusaha untuk meningkatkan amal, berusaha mencari ilmu, berusaha untuk sabar, berusaha menahan kemarahan, berusaha mengurus stress, berusaha untuk mengekalkan keamanan rumahtangga, berusaha untuk bahagia dan gembira, segala-galanya perlu usaha. Inilah kehidupan. Kehidupan yang sentiasa diuji. Gembira, sedih, susah, senang, rasa suka, duka, cinta, benci, kasih, sayang, makan, minum, lapar, dahaga, semuanya silih berganti. Kehidupan ini tidak statik. Rasa gembira tidak akan terus menerus gembira, sesekali akan disulami rasa sedih, resah, muram, gelisah. Rasa kecewa juga tidak akan berterusan kecewa, kerana pasti akan muncul rasa bahagia. Hanya kita yang perlu membuat pilihan hidup untuk kehidupan. Sesungguhnya jika kita berada di landasan yang benar, untuk memilih jalan hidup tidaklah susah kerana kita telah dibekalkan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. InsyaAllah. Hidup untuk kehidupan didunia ini adalah sementara dan main-main saja, tetapi hidup di kehidupan akhirat adalah kekal abadi. Jika kita silap memilih jalan hidup sementara kehidupan didunia ini maka kita akan hidup sengsara untuk kehidupan di akhirat. Namun, apabila kita memilih jalan Allah untuk hidup di kehidupan dunia ini maka kita akan hidup gembira dan nikmat di kehidupan akhirat nanti. InsyaALLAH. Teruskan berjihad untuk hidup di kehidupan dunia yang semntara ini.
Sabtu, 22 Januari 2011
Sabtu, 15 Januari 2011
For The Rest Of My Life
Suamiku, andainya satu hari nanti dirimu melayari blog ini, maka ketahuilah olehmu bahawa dirimu amat bermakna dalam hidupku. Aku akan sentiasa berada bersamamu, susah dan senang di dalam melayari kehidupan ini. Lirik lagu ini membawa makna yang cukup mendalam kutujukan khas untukmu sayang.
Ahad, 9 Januari 2011
BAIK BAIK SAYANG
Suka lagu ini kerana liriknya mengingatkan saya kepada insan yang mengasihi dan menyayangi diri ini. Terima kasih sayangku.
Jangan Pisahkan
Lagu ini membawa erti yang amat bermakna untuk diriku dan juga suamiku. Abang.... cintaku padamu tak kan pernah padam. Semoga cinta ini kekal dunia dan akhirat.
Langgan:
Catatan (Atom)