Ahad, 31 Januari 2010
Balik Kampung
Dah hampir 2 minggu aku tak mencatat sesuatu kat blog aku nie. Tak per la... waktu yang dah berlalu aku tak boleh nak undur semula. Jadi, aku teruskan perjalanan hidup dengan waktu yang ada. Maka, aku pun berusaha juga mencatatkan sesuatu kat blog kesayangan aku nie.
Sejak suami aku sibuk dengan kilang mee. Sejak itu jugalah aku pun sibuk bagi moral support untuk dia. Sehinggalah tetiba aku teringat dah hampir 2 bulan aku tak balik kampung jengok mak dan bapa aku. Hari jumaat yang lalu, aku minta izin dengan hubby aku untuk balik kampung. Alhamdulillah, macam biasa... tiada halangan dari hubby aku. Hari sabtu jam 2.00 petang, aku dan anak-anak aku pun balik lah ke kampung aku di Batu Pahat. Seronok sangat anak-anak aku tu. Yang sorang kata seronok dapat jumpa atuk dan nenek. Yang sorang lagi leh kata seronok balik kampung sebab nak tengok ayam. SubhanaALLAH, macam-macam lah gelagat anak-anak nie. Kami sampai kampung jam 4.00 petang. Sampai kampung, biasalah tak duduk diam lah anak-anak. Mak dan bapa aku pun sibuk melayan cucu-cucu. Gembira sangat orang tua aku. Setelah hampir 2 bulan aku tak balik, tak kering gusi kami berceloteh dan gelak2 sembang mesra. Seronok sangat. Syukur Alhamdulillah kerana aku masih memiliki kedua ibu bapa yang masih sihat akal fikiran dan juga fizikal. Masih mampu gelak bersama, masih mampu memberiku moral support. InsyaALLAH cuti sempena Tahun Baru Cina nanti kita jumpa lagi ya, mak dan bapa yang amat aku sayangi dan kagumi. Ketabahanmu mengharungi perjalanan hidup ini menjadi idolaku.
Selasa, 19 Januari 2010
Sepagi bersama Hubby
Isnin, 18 Januari 2010
Sabtu, 16 Januari 2010
Kebahagiaan Hati
Dah bersawang dah dinding blog aku nie. Beberapa hari ni memang aku tak sempat nak buka blog nie. Nie dah tahap rindu ler nie. Hari nie aku nak wat cacatan tentang kebahagiaan hati. Kebahagiaan hati yang sedang aku alami.... Hidup memang tak pernah suram dari ujian. Hidup disulami dengan suka, duka, bahagian dan derita. Syukur Alhamdulillah sehingga ke saat ini aku masih lagi mampu bertahan dengan bantuan ALLAH Yang Maha Agung. Ciri-ciri kebahagiaan hati yang sedang aku lalui :
1. Merasa selamat dan gembira bersama keluarga dan rakan2.
2. Merindui suamiku walhal dia hanya pergi kerja... tak sabar2 nak jumpa dia, tunggu dia balik kerja cam tunggu dia masa bercinta pulak. Berdebar2 rasa hati.
3. Tenang jer bila berada di rumah. Seronok tengok keletah anak2.
4. Rumahku syurgaku.
5. Boleh menghadapi tekanan di tempat kerja dengan selamba. Kerja cam biasa.
6. Senyum dan ceria apabila bertemu rakan2 di tempat kerja.
7. Bahagia sangat bila bersama anak2 dan suami.
8. Perasaan rindu membuak2 kat mak & bapaku. Jom... balik kampung.
9. Bangun pagi... semangat nak teruskan hidup.
10. Tenang jer hati nie untuk menghadapi ketentuan hidup ini.
11. Yakin dan tawakal kepada ALLAH. Apa yang aku ada di dunia ini hanya pinjaman semata-mata.
12. Kepala tak runsing, jiwa tenang. Fikiran berfokus.
Syukur Alhamdulillah.
Jumaat, 8 Januari 2010
Keajaiban Keyakinan Diri
Keyakinan ialah kepercayaan yang tidak berbelah bagi. Keyakinan diri pula ialah kepercayaan bahawa dirinya boleh mengendalikan kehidupannya dengan baik serta segala cabaran yang dihadapi dengan jayanya.
Kepentingan Membina Keyakinan Diri
Kebolehan anda mengatasi segala halangan dalam hidup untuk mencapai kejayaan, banyak dipengaruhi oleh keyakinan diri anda. Ini bermakna lebih yakin anda pada diri anda serta masa hadapan anda, lebih terbukalah kejayaan untuk anda.
Jenis-Jenis Keyakinan
Terdapat 4 jenis keyakinan utama yang perlu kita miliki:
*Keyakinan diri terhadap Tuhan dan KeesaanNya
*Keyakinan terhadap diri sendiri
*Keyakinan diri sendiri terhadap orang lain
*Keyakinan orang lain terhadap diri sendiri
Punca-Punca Utama Ketidakyakinan Diri
-Kurang pengetahuan, pengalaman dan pendedahan -Tidak mempunyai matlamat yang jelas dalam hidup
-Tidak mempunyai prinsip hidup yang mantap
-Kurang kemahiran dan persediaan
-Suka bergaul dengan orang-orang yang berfikiran negatif atau dilahirkan di kalangan orang-orang yang pesimis
-Kemiskinan (Idea & Sains Kejayaan Hidup)
-Berpenyakit kronik atau badan kerap kurang cergas / sihat
Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri
-Kurang senyum
-Risau dan kelihatan risau
-Gugup dan kelihatan gugup
-Kurang berinteraksi
-Malas bekerja atau berusaha
-Bersikap meminta-minta
-Mudah putus asa
-Suka gossip dan mengumpat
-Defensif dan pemarah
-Mudah berbohong
Keajaiban Keyakinan Diri
Kejayaan datang kepada mereka yang dapat mengendalikan kehidupan dengan yakin dan cemerlang. Kisah Keyakinan Diri Joan of Arc amat menarik perhatian. Joan of Arc pada umur 17 tahun, seorang pengembala kambing biri-biri yang miskin di Perancis, amat percaya yang ia telah mendapat ilham dari Tuhan bahawa beliau harus mengetuai bala tentera Perancis untuk menentang tentera-tentera Inggeris yang amat sukar dikalahkan. Tentera-tentera Perancis telah kehabisan idea tentang bagaimanakah lagi cara menepis serangan-serangan serta mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Kerana terlalu kekalutan, mereka telah merayu kepada sesiapa sahaja di kalangan rakyat Perancis untuk tampil ke hadapan memberi idea tentang bagaimanakah lagi cara menentang tentera-tentera Inggeris.
Joan of Arc seorang gadis yang masih amat muda itu telah tampil ke hadapan dengan keyakinan yang begitu tinggi, berapi-api - amat yakin sekali - seyakin-yakinnya! bahawa ia telah mendapat ilham dari Tuhan yang dia sahajalah yang akan dapat memimpin bala tentera Perancis bagi mengalahkan tentera-tentera Inggeris. Keyakinannya yang sungguh kental dan mengkagumkan itu telah memberi harapan baru kepada pucuk pimpinan tentera Perancis. Beliau telah diberi tugas berat; mengepalai tentera Perancis yang sedang menghadapi kebuntuan dan kemelut itu!
Keyakinan si gadis lidi yang tidak dapat dipertikaikan lagi itu telah menyemarakkan semangat seluruh tentera dan rakyat Perancis. Dengan keyakinan dan pimpinan Joan of Arc, mereka telah mendapat semangat dan tenaga baru untuk menyerang balas dan menggempur tentera-tentera Inggeris dengan strategi peperangan yang berbisa serta keyakinan dan semangat juang yang tidak terperi tingginya! Ini telah amat meNGEJUTKAN tentera-tentera Inggeris sehingga hilang arah, kekuatan dan semangat walaupun jumlah mereka lebih ramai daripada tentera-tentera Perancis - kelamkabut serta bertempiaran tentera-tentera Inggeris! Lantas, Perancis meraih kemenangan besar!
Inilah bukti KEAJAIBAN keyakinan diri!
Khamis, 7 Januari 2010
Farmville Foto
Cerpen Semalam Yang Terakhir
Pertemuan mereka pada petang itu adalah pertemuan terakhir. Sarah telah berjanji kepada dirinya sendiri, kasih dan sayang yang wujud antara dirinya dan Erman tidak akan pernah terpadam. Demi untuk kesejahteraan Erman, Sarah sanggup berkorban untuk menghentikan pertemuan antara mereka berdua. Sarah tidak mahu kerana kedegilan mereka untuk terus berjumpa akan memudaratkan kesejahteraan Erman. Biarlah mereka membawa haluan masing-masing, kalau ada jodoh pasti akan kembali semula untuk bersama satu hari nanti. Sarah sudah biasa dengan kesunyian dan sendirian mengharungi dugaan hidup. Kehadiran Erman telah mewarnai hidup Sarah. walaupun hanya untuk seketika, Sarah bersyukur kerana kasih yang bertaut telah dapat mengubah hati Sarah terhadap nilai kasih sayang seorang lelaki. Hati Sarah keras. Namun setelah kehadiran Erman, kekerasan hatinya telah menjadi seperti sekeras kerak nasi. Bagi Erman, walau apapun yang terjadi dia tetap mahu memiliki Sarah. Kali ini Erman terpaksa akur, dia harus mengundur setapak dari kedegilannya. Tekadnya satu hari nanti Sarah pasti menjadi miliknya. Biarlah jasad mereka berjauhan, namun kasih sayang yang wujud antara mereka akan sentiasa bertaut dan bersemadi di dalam sanubari. Semalam adalah terakhir antara mereka. Tiada lagi perhubungan dan pertemuan secara nyata. Yang tinggal hanyalah kenangan terindah antara mereka berdua. Itulah permintaan Sarah yang terpaksa diakuri oleh Erman. "Sayang walaupun apapun terjadi, aku tetap sayang padamu".
-Ini adalah petikan dari Cerpen bertajuk "Semalam Yang Terakhir". Seronok baca cerpen nie, sedih sampai meleleh airmata. Nak tulis semua tak boleh, hak cipta terpelihara penulis asal. So amik jer petikannya sikit.
Cerpen Hasil nukilan Ehsany/cinta. Dibaca pada 03 Januari 2010
Rabu, 6 Januari 2010
Farmville di Facebook
Cepatnya masa........
Sabtu, 2 Januari 2010
Tahun 2010
Al- Fatihah untuk diriku dan juga semua kaum muslimin dan muslimat.